"Rancangan milik kita , takdir milik kita namun Tuhan yang menentukan segalanya" Hidup berjiran , saling memberi dan saling menerima , saling berkenalan antara satu sama lain , saling berkunjung antara rumah ke rumah Begitulah awal perkenalan ibuku dan umi Haq iaitu ibu Fawzar , pada awal perkenalan mereka hanya seperti teman biasa pada umumnya namun lama kelamaan mereka semakin akrab dan menjadi teman baik . Sedangkan aku dan juga Haq masih sahaja sering bergaduh mulut dan kasar dalam perbualan. Bukanlah Haq yang berkasar , tapi aku . Tapi akhirnya sedikit demi sedikit hubunganku dan Haq beranjak lebih baik daripada awal kami berjumpa Aku sememangnya sejenis wanita yang agak kasar dan degil , namun bukan sahaja itu . Aku juga sering membuat keputusan terburu-buru dan ikutkan hati sangat sehingga akhirnya baru aku menyesal dan sedar . Tapi sayang , baru sahaja menyesal dan sedar dari kesilapan aku akan buat perkara yang sama dengan berulang kali. Fuuuuh!! Penat kan jadi seorang Qaisara? Tak pandai nak mengurus kehidupan dengan jelas. Haq pula adalah seorang yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan , sentiasa steady . Fikir masak-masak sebelum berkeputusan , sentiasa mengatur dan mengurus kehidupan dengan jelas dan teratur , seorang yang sabar dan jenis yang sedar cepat jika ada kesilapan berlaku. Bertahun hidup dalam hubungan yang tidak jelas . Bertengkar mulut , ejek mengejek seperti budak sekolah rendah . Tapi kalau ada masalah terus cari masing-masing minta tolong , ada benda nak luah terus cari masing-masing nak meluah . Tak ada teman keluar terus cari nak ajak keluar . HAIHH!! susah kan hidup dalam ketidak jelasan seperti aku dan juga Haq? Namun , apakah yang akan terjadi dengan kehidupan Qaisara dan juga Haq kehadapannya? Mampukah mereka untuk menyoal perasaan masing-masing?