chp3

17 1 0
                                    

Jam menunjukkan jam 12:30 pagi , aku masih terlelap pulas . Penat , semalam aku melelapkan mata jam 3:00 pagi setelah selesai membuat tempahan dan mengemas.

"Medina Qaisara Binti Muhammad Al-Haqriz , aku cakap bangun!!!! Bangun!! Anak dara mana yang bangun tengah hari ni? Eh !!!!! Aku lah kamu ni kan baby , aku dah cakap semalam esok sambung engko tak dengoo . Degil , itu lah jawabnya"

Ibu membebel , aku hanya melanjutkan tidur . Sungguh-sungguh penat yang amat , aku hanya hirau akan bebelan ibu . Namun ibu masih melanjutkan bebelannya , sehingga ibu menapak masuk ke ruang tidurku .

"Medina Qaisara , bangun sekarang!! Kelak ku siram kau ngan aik jamban kelak , mun sik kau bangun juak ku suruh jiran-jiran tok datang mbuat doa selamat nak ntuk kau!! "

Haa sudah , loghat sarawak ibu sudah mareyyy!! Marah betul ibu dengan aku ya!! Macam tak tahu pula aku tidur jam berapa semalam. Teringat sahaja aku perkataan "kelak ku siram kau ngan aik jamban kelak" daripada mulut milik ibu , aku terus membangkit tubuh . Takut disiram. Kalau ibu siram aku atas katil sudah tentu aku kena bersihkan bilik , lepastu tiada masa hendak menyiapkan tempahan.

Aku menggeliat di atas katil , ibu memandangku dengan tatapan tajam seperti mata helang yang hendak mencari mangsa .

"Alah buu , kejap lah. Baby penat la ibu , janji sekejap lagi adik bangun , mandi lepastu terus turun" aku hendak membodek ibu tapi apakan daya , ibu terus tidak terbodek dengan bodekan ku . Malah ibu semakin kuat menyambung bebelan adalah.

"Ibuuu , sudah!! Setopp , ni baby nak mandi laa ni . Ibu turun dulu , 20 minit nanti baby turun" aku menggeliat turun dari katil menuju ke tempat mandi. Ibu sudahpun keluar dari bilikku setelah aku berkata hendak mandi.

Setelah 20 minit , aku turun ke bawah dengan pakaian kemas serta sedikit calitan sunscreen dan lipstick berwarna merah jambu kecoklatan.

"Eh Qai , ibu ingat kamu tak ada dekat rumah . Ni Qai , kejap lagi nak keluar ye?" Ibu Fawzar bertanya , aku hanya mengia dan mengangguk tanda apa yang dikatakannya itu benar.

Aku melihat ibu yang dari tadi hanya tersenyum macam kerang busuk , ibu Fawzar pula dari tadi seperti mengambil hatiku . Pelik! .

"Ya Ibu Zar , nak pergi library kejap pinjam buku . Lepastu nak pergi repair kereta and beli barang dapur sikit" aku senyum pulas , melihat Haq yang tiba-tiba sahaja berdiri pegun di hadapan pintu rumah . Mesti ada sesuatu ni!!

"Oh! Haq . Meh sini meh , tolong mama teman Qai boleh Haq? Haq tak busy kan?"

Ibu dan ibu Fawzar melihat antara satu sama lain . Lagi lah pelik! Haq pula senyum sampai telinga dan aku masih seperti orang tak tentu hala , tak tahu apa-apa

"Eh. Buleh ma , apa pula dok buleh kalu ma ngey umi . Nok suruh Haq nikoh loni pum buleh takdok masaloh" Haq kerawa terkekek-kekek , seraya tangannya mengambil beg kepunyaanku dari tanganku dan dibawa masuk menuju kereta . Nooh!!! Bertubi-tubi rasa pelikku terhadap 3 orang manusia ni!


Aku dan Haq menyalam tangan orang tua masing-masing sebelum melangkah masuk ke kereta

"Haq! Anak dara orang bawa elok-elok , jangan macam-macam. Qaisara , kalau Haq gedik nak itu ini kamu luku kepala Haq tu"

Ibu Fawzar berpesan kepadaku dan Haq , ibu hanya tersenyum melihat sikap ibu Fawzar


"Ya bu"
"Ya mi"

Serentak kami berkata ia , tanda mendalami pesanan ibu Fawzar tadi

30 minit dalam perjalanan menuju ke destinasi
Kami hanya berdiam , muka masing-masing sudah memerah. Entah blushing ataupun kepanasan.

       "Haq?

Aku berbunyi sekadar untuk memecah suasana. Risau terlalu diam tiba-tiba bisu ja.

    "Hmm?"
 
     "Kenapa awak dengan ibu tadi macam ada sesuatu eh?" Aku menyoal Haq . Hairan . Ingin tahu!

    "Hmm . Takda apa lah awak... oh ni kita nak pergi supermarket dulu ke ataupun nak pergi library dulu?"

    Haq bersahaja merubah topik . Ini lah salah satu sikap Haq yang aku tak suka , orang serius hendak tahu perginya tukar topik pula.

    "Kukmu , mu nok bawa aku gi mano aku ikut jah"  HOHOH aku keluar taring dah duk marah guna dialek klatey

   
"Wowoo!!! Sejak bila mu pandai royak klatey?" Terkejut beruk Haq tengok muka aku , yalaa baru first time dia dengar aku cakap klatey AHAHAHAHA

      "Tahh , tak tahu"  aku menjeling Haq tajam.

      "Ehh jeling-jeling pula , apa gedik sangat jeling orang ni cinta hati saya ni?" Dia berkata seperti bertutur bersama anak kecil.  Comel!

    "Apaa?? Kenapa panggil saya cinta hati? Saya bukan cinta hati awak!" Mulut berkata tidak namun hati berbunga-bunga. Eish kalau boleh pengsan aku pengsan juga sekarang! Malu . Blushing . Aaaaaarghh!!!!

    "Elelele merah-merah muka pula cinta hati saya ni ek. Nak cendol ke?" Dia mendekatkan badannya ke arahku . Phewwww lagi berderau darah aku. huhu!

    "Dahlah Haq. Awak drive tu kang terjatuh tergolek pula kita" pandangan ku tuju ketingkap , tak mahu melihat ke arah Haq . Kalau aku lihat kat dia lagi sudah tentu mukaku semakin merah dan bahang.

Tanpa aku sedar , ternyata mukanya pun berubah tona , merah seperti malu. Takkan malu? Aku tak pernah tengok dan dengar lagi Haq ni pemalu?!

"Tak apa , kalau jatuh bergoleh tu masih lagi bersama awak . Saya sanggup , saya rela dan redha"

Haq senyum pulas hingga ke telinga , daun telinganya pula kian memerah . Jari diketuk-ketuk pada stereng kereta . Sebelah tangan lagi diletakkan di tengah-tengah penyangga kerusi pemandu dan penumpang.


"Mulut manis"

"Aikk , dah pernah rasa mulut saya ke? Macam mana tahu?" Lagi-lagi dia ketawa terkekek-kekek , suka kenakan aku!

Kami kembali berdiam , sementara menunggu tiba ke destinasi


"Ya Allah , kenapa setiap kali dengan dia aku rasa nyaman . Aku rasa selamat , bahkan juga hati terasa berdegup laju"

aku berkata didalam hati , pandangan ku tundukkan kebawah . Jari-jemari mula menggentel-gentel hujung tudung . Tanpa sadar , air mata sedikit demi sedikit turun merintik.

"Kenapa diam? Hm?" Haq memandangku , tangannya naik ke daguku , menganggkat kepalaku naik mendongak keatas

     "Ya Allah , kau kenapa Qai? Qai aku minta maaf do kalau aku kasar ke buat kau ter..."

   "Tak Haq , awak tak salah . Saya yang hati tisu sangat . Dah drive je , kita pergi beli air kopi dekat zens jom!" Aku mengajak Haq untuk lepak di cafe , mengalih bicaraan . Jika dilanjutkan sampai ke sudah Haq akan berhenti tengah lampu isyarat macamni.

    "Sorry"

Sepatah perkataan yang mampu membuatkan aku bergenang air mata.

Phewww aku terlalu tisu pliss!

    Haq , memang kasar tapi dalam kekasaran masih ada kelembutan yang mampu membuat aku terpegun dan terharu , ibu pernah kata bahawa perangai Haq sama seperti arwah abah .

    Orang lain berkata , jika seseorang itu sama seperti ayahmu maka dia adalah seseorang yang ditakdirkan untuk menjadi syurgamu.

    Tapi tidak padaku , aku hanya menganggap bahawa Fawwaz Al-Haq tidak layak mendapat wanita yang cemuh , cengeng , kasar dan serba serbi tidak sempurna ini . Sesungguhnya Fawwaz Al-Haq hanya layak mendapatkan wanita yang lebih dariku.
   Lebih hebat dariku , lebih setanding dengannya , dan lebih berkerjaya.


"Berasa nyaman dan selamat disampingmu , namun sebaliknya kita hanyalah dua orang yang mempunyai perasaan yang sama tetapi ego berkuat untuk berkata tidak"
   -medinaqaisara


  


🦋________________________________🦋

Note: maaf kalau cerita tak best dan tak sesuai expectation korang , i harap korang enjoy .
Sabar okiess tunggu part-part selanjutnya?🥰

    Jangan lupa votes , like , comment and add to library tau🌷
Kat tiktok pun jangan lupa like , repost , comment😇💕

  Tiktok: theiffqsr

  

TAKDIR: KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now