Chp1

86 6 3
                                    

Hari sudahpun lewat pagi , aku bangun untuk menyiapkan pesanan . Setelah siap aku akan bersiap untuk menghantar pesanan kepada tuan-tuan mereka .

       Alhamdulillah , syukur . Hari ini banyak pesanan , meriah whatsapp dan juga account instagramku dengan pesanan biskut dan kek . Selepas sahaja siap bersolek dan mengemas diri aku terus turun dari bilik menuju ke ruang tamu.

     "Ibu , baby keluar dulu ya hantar biskut dan kek pelanggan. Ibu jaga diri" aku mencium belakang tangan ibu sebelum menghayun langkah untuk keluar dari rumah agam milik keluarga

"Baby , nanti sebelum balik tolong ibu beli tauhu kering dengan kari . Ibu nak buat mee kari" aku sekadar mengangguk tanda setuju nak tolong . ya , hari ini ibu nak masak mee kari nanti petang ada kawan dia nak datang katanya . Aku pun tak tahu lagi siapa.

Baru sahaja aku ingin memasukkan kaki ke dalam kereta , bunyi seseorang sedang menyapa menggegar gegendang telingaku . Aku melihat kerumah sebelah.

"Haq!! Kau kenapa? Aku terkejut tahu tak? Bodoh laa , kau ni memang kan ?" Bertubi-tubi soalan ku tujukan kepada Fawwaz al-haq . Terkejut nok dia duk sapa mcm orng gila , dalam terkejut juga aku merasa geram

"Hai cik adik manis , nok gi mano? Nok cik abey tulung dok?" Soalnya sambil mengemaskan tuala yang membalut separuh tubuh sasanya itu , tangan diangkat menuju ke kepala menahan dagu.

"Eh kau ni kan , memang takde kerja ke selain kacau aku?" Aku menyoal Haq dengan nada yang serius, hati mendengus geram

"Hmm , ambo ghaso duk khenak cik adik pum salah satu kijo ambo gok" serius dia berkata sambil menyampaikan senyum senget kepadaku . sewel . Aku tak mengendahkannya lagi , aku terus mengundurkan keretaku keluar dari pagar rumah , rumah pelanggan ku tuju satu persatu sehingga semua pesanan habis terhantar..

"Hufffth... akhirnya!! Siap pun hantar order , alhamdulillah rezeki anak solehah" dalam kepenatan pun aku masih sempat memuji diri sendiri , kalau nak tunggu memang tiada yang memuji. Stereng kereta dipegang , enjin kereta dihidupkan , gear pula ku tukar dan aku memulakan perjalananku menuju ke supermarket untuk membeli pesanan ibu tadi

"Tadi ibu kirim kari dengan tauhu , aku dah ambil dah . Bahan baking aku apa yang kureng eh?" Gumamku seorang diri , aku lupa lah apa yang kurang . Penat sangat kot. Hehe

Aku menghayun langkahku menuju ke seksyen bakery , dalam sibuk memilih bahan tak semena-mena aku dikejutkan oleh makhluk yang berdiri tegak tepat di tepi kananku , tubuh sasa , tangan berurat , bau maskulin tapi pakaian hanya biasa-biasa sahaja . Dia cuma mengenakan baju jersey hitam , seluar slack dan bag pula disilang pada bahu

"Ekhem.." dia berdehem , namun aku masih tidak mengambil peduli dan meneruskan pencarianku tadi...
"Hekhhemm" semakin kuat dia berdehem , datang pelik juga aku takkan nak attention aku kut?

"Allahumasollia'la muhammad , dah kenapa makhluk sebelah aku ni . Menyeramkan sungguh dah ni" gumamku sendiri dalam hati. Takut , seram , terkejut semua sudah bersatu. Tetapi aku harus tetap mendirikan pencarianku demi pelanggan kesayanganku . Ecewaaah!!

"Uhuk uhukk.. khemmhem , bakpo ye sakit sungguh tekok rini eh?" Sekali kali lagi dia batuk dan berdehem , soalan ditanya kepada diri sendiri

"Eh kenapa aku macam kenal suara ni eh?" Aku berfikir , samaada kenal ataupun tidak akan suara ini.Tetapi hati berkata bahawa aku sangat kenal akan pemilik suara tersebut.
Aku melihat kesamping kananku , sah aku memang kenal . Orang yang paling aku menyampah sangat , paling aku tak suka.

"Haq!!! Kau ni kan , kau memang sengaja kan duk berdehem batuk bagai? Sengaja nak ambil perhatian aku?" Aku menyoal dengan nada kasar dan sedikit mendengus geram

"Eh mana ada .. aku nak minta tolong lah Qai , please . Aku buat macamtu sebab aku takut kalau aku mula baik-baik kau taknak tolong" nada suara sedikit direndahkan , pandangannya pula tepat menatap mataku . Wajahnya kelihatan sangat kesian dan terkial-kial

"Err.. ehmm bolehlaa , ni kau nak apa?" Soalan dituju masih lagi dengan nada yang agak kasar seperti biasa .

"Umi suruh aku belikan serbuk coklat dan serbuk koko , umi nak buat kek coklat katanya. Dia nak pergi rumah kawan dia" Nada suara masih agak rendah namun sedikit lantang , agak kasihan juga aku melihatnya terkumat-kamit mencari bahan yang umi pesan. HAHAHAHA.

"Dah , kau jangan nak berdrama nak berlemah lembut kat sini . Aku sepak kau karang , meh ikut aku" aku mengajaknya untuk ikut bersamaku , senang aku nak bagitahu dia apa benda yang umi dia kirim tadi.

"Qai , timokaseh tulung kawe . Kawe dok tahu gapo dio hok umi kirim" sebelah tangan dimasukkan kedalam poket seluar , sebelahnya lagi membelek-belek objek yang ada dihadapan mata

"Hmm .. ni ibu kirim ni je ka? Susu , butter , tepung apa semua? Kau dah ambil ka? Kenapa kosong je tangan kau ni" ya , aku memang panggil umi dia 'ibu' dan dia panggil ibu aku 'mama' . aku memandangnya dari atas ke bawah. Memang tiada satu pun bahan yang dipesan ibu tadi. Maka , dengan ikhlas hati aku pun mengambilkan semua bahan untuk membuat kek tersebut.

Selesai memilih bahan-bahan tadi kami terus melangkah menuju ke kaunter pembayaran

"Kak tolong scan , saya guna kad boleh?" Soalku kepada penjaga kaunter itu.

"Boleh dik , total semua RM dua ratus tiga puluh empat ringgit." Baru sahaja aku ingin menyuakan kad bank milikku namun tidak sempat , tangan sasa milik Fawwaz Al-Haq lebih laju menyuakan tiga helai not bernilai RM lima puluh

"Kak baki yang tinggal beberapa ringgit tu akak simpan eh , untuk akak . Nanti akak bagi kat anak-anak tau" tutur Haq dengan penuh sopan dan santun

"MasyaAllah , terima kasih dik . Semoga rumah tangga kau orang berdua sentiasa dalam peliharaan-Nya" perghhh , doa dah bagus dah tapi rumah tangga kau orang berdua tu yang tak ngam. Hampir terjerit aku tadi tapi nasib aku ingat aku berada di tempat awam

Haq mengambil kantung plastik tersebut.
Mulutnya pula membuka kata "terima kasih kak , insyaAllah . Doakan cepat dapat anak juga" . Haq menyampaikan senyum nakal kepadaku , tetapi aku tak melayan karenah nya . Ada-ada jaa kerjanya nak kenakan aku

TAKDIR: KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now