Flashback—
“Weh, Aiden. Kau tak beritahu pada kitaorang pun yang ayah kau penyanyi terkenal di Australia.” kata salah seorang rakan sekelas Aiden menyebabkan Aiden mengerutkan dahinya.
“Macam mana kau tahu?” soal Aiden kembali. Rakan sekelas itu menunjukkan sekeping gambar kepada Aiden. “Aku jumpa bawah laci meja ka—”
Aiden terus merampas gambar itu dari pegangan tangan rakan sekelasnya. “Kau jangan sentuh barang aku sesuka hati. Kalau tidak, aku bunuh kau.” ugut Aiden lalu beredar dari situ. Dia sempat menjeling rakan sekelasnya sebelum beredar.
Rakan sekelasnya itu hanya mampu tersenyum sinis. “Aiden. Itu pun nak marah ke?”
° ° ° ° °
Now—
“Perkenalkan ini Aiden Jung, produser lagu kamu yang baharu. Aiden, ini Roseanne Park. Penyanyi yang kami beritahu pada awak tempoh hari.” Tuan Lee memperkenalkan Aiden dengan Roseanne. Aiden menghulurkan salam perkenalan kepada Roseanne dan gadis itu menyambutnya dengan baik.
“Silakan duduk.” jemput Tuan Lee lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Perbuatannya diikuti oleh Aiden dan Roseanne.
“Jadi, awak sudah ada idea untuk tema album Roseanne?” soal Tuan Lee. Secawan kopi yang berada di atas meja diambil dan dihirup. Kemudian, matanya melihat wajah Aiden.
“Saya perlu mendengar demo lagu-lagu yang terdapat dalam album itu terlebih dahulu sebel—”
“Maaf, kami selalunya tak buat demo.” potong Roseanne. Kakinya disilangkan dengan penuh lagak.
“Untuk apa buat demo lagu? Buang masa sahaja.” kata Roseanne lagi.
“I'm just asking.” balas Aiden dengan tenang membuatkan Roseanne terdiam.
Keadaan mula terasa kekok. Roseanne mengemam bibirnya. “Mr. Lee, saya ada temu bual selepas ini. Saya minta diri dulu.” Roseanne membuat alasan untuk melarikan diri daripada keadaan yang kekok ini.
Tuan Lee menganggukkan kepalanya. “Okay you can go. I can discuss itu with Aiden.” ujar Tuan Lee, memberi keizinan kepada Roseanne untuk beredar dari situ.
Dengan sepantas kilat, Roseanne bangun dari duduknya dan keluar daripada pejabat Tuan Lee.
Tuan Lee hanya tersenyum melihat kelakuan Roseanne itu. “Jangan ambil hati dengan Roseanne itu. Perangai dia memang macam tu. Tak matang.” kutuk Tuan Lee. Aiden hanya tersenyum nipis. “No, it's okay.” balas Aiden.
•
•
•“Kau ponteng kelas lagi?” soal Chaeyoung. Dia bercekak pinggang sambil melihat Aiden tajam.
Aiden memekakkan telinganya. Matanya langsung tidak dicelikkan bermakna dia tidak kisah akan kehadiran Chaeyoung di situ.
Chaeyoung mengetuk kepala Aiden kerana geram dengan sifat lelaki itu. Sifat tidak ambil endah bercampur dengan ego.
It' kinda annnoying you know.
Aiden mengaduh kesakitan. Matanya terua dicelikkan dan dia bangun dari pembaringannya. Wajah milik Chaeyoung direnung tajam.
“Kau nak apa?” akhirnya Aiden mengadakan pertanyaan kepada Chaeyoung. Tetapi kali ini gadis itu pula yang senyap.
Aiden berdecit perlahan. Dia bangun dari duduknya dan berura-ura mahu beredar dari situ.
Fikirnya buat apa mahu berlama-lama dengan Chaeyoung di situ. Menganggu ketenteramannya sahaja.
Pergerakan Aiden terhenti apabila Chaeyoung memegang pergelangan tangannya. Aiden menolehkan kepalanya ke belakang dan menanti ayat yang akan keluar daripada mulut Chaeyoung.
“Kau jangan ambil hati dengan Hyunwoo. Dia memang suka tengok barang orang. Barang aku pun dia tengok tanpa keizinan aku dulu.” terang Chaeyoung. Dalam erti kata lain, dia menjelaskan situasi di mana rakan sekelas mereka yang bernama Hyunwoo melihat gambar keluarga Aiden agar lelaki itu tidak salah faham.
Aiden menjongketkan keningnya. “Tu je?”
Chaeyoung mengangguk.
“Baik tak payah cakap!”
Aiden terus berjalan meninggalkan Chaeyoung di belakang membuatkan Chaeyoung mengeram geram.
Gadis itu mengusutkan rambutnya. “Haish, Aiden Jung.” keluh Chaeyoung kerana pening dengan perangai Aiden itu.
Dalam diam Aiden tersenyum nipis dengan perbuatan Chaeyoung. Mulut kata tidak tetapi hatinya begitu menghargai penjelasan yang diberikan oleh gadis itu.
Y—You care about me?
__________
Tbc
YOU ARE READING
[C] It's Called Love
FanfictionMereka tidak menyangka bahawa mereka menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. ❝ it only takes 3 seconds to fall for someone ❞ start:08.01.21 end:22.04.21