One month later—
Album terbaharu Roseanne Park telah mencapai jualan sebanyak 500,000 keping. Ini adalah kejayaan pertama yang dicapai oleh artis solo wanita ini seterusnya memecahkan rekod yang dipegang oleh artis wanita terdahulu.
___
Roseanne Park telah memenangi sebanyak 20 trofi di acara muzik dan seterusnya memecahkan rekod beberapa kumpulan wanita dalam memenangi acara muzik.
___
Album milik Roseanne Park telah mencapai kedudukan 10 teratas empat minggu berturut-turut di carta billboard.
___
“Roseanne Park, apakah perasaan anda apabila mendapat tahu kejayaan yang telah dicapai oleh album terbaharu awak?” soal pengacara rancangan hiburan kepada Roseanne.
Roseanne terdiam buat seketika untuk menyusun ayat yang akan dituturkan. “Of course saya gembira. Tapi perkara yang paling penting adalah I make music because I want all of the people around the world know about Korean music dan bukannya semata-mata untuk kejayaan.” balas Roseanne.
Pengacara itu tersenyum nipis mendengarkan jawapan Roseanne. “Ada kata-kata untuk peminat-peminat awak?”
Roseanne memusingkan badannya menghadap ke arah kamera. Dari situ, dia dapat melihat kehadiran Aiden yang sedang berdiri sambil menghadap dirinya.
Aiden memberikan senyuman kepada Roseanne dan gadis itu membalas senyuman itu dengan senyuman.
“Thank you for all of my fans around the world. Thank you for supporting me for all this time. Saranghae!”
Pengacara wanita mengukirkan senyuman kepada kata-kata Roseanne tu. Matanya secara tiba-tiba tertacap pada sebentuk cincin yang terletak elok di jari manis Roseanne. Dia tersenyum sinis. Nampaknya ada berita eksklusif yang dapat dilaporkan.
“Boleh saya tahu, siapa yang beri awak cincin tu?” soal pengacara itu membuatkan Roseanne terus mengangkat jarinya dan melihat cincin itu. Kamera mula zoom in pada cincin yang terdapat pada jari manis Roseanne.
YOU ARE READING
[C] It's Called Love
Fiksi PenggemarMereka tidak menyangka bahawa mereka menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. ❝ it only takes 3 seconds to fall for someone ❞ start:08.01.21 end:22.04.21