Drtt!From: Mr. Aiden
Saya dah sampai di The Cafe's
Where are you?Roseanne tersenyum-senyum membaca mesej daripada Aiden. Jari-jemarinya laju menaip balasan untuk mesej tersebut.
You
Rindu saya ke?Selang beberapa saat, beberapa mesej daripada Aiden masuk ke dalam kotak mesej Roseanne. Dia membacanya.
From: Mr. Aiden
Jangan main-main dengan saya miss Park.
Saya akan anggap awak tak serius.Muka Roseanne terus cemberut sebaik sahaja membaca mesej itu. Dia menekan papan kekunci pada skrin telefonnya dengan kasar kerana geram. Geram dengan perangai Aiden.
Nak bergurau sikit pun tak boleh. Nak merajuklah macam ni. Humph!
You
Ok, sorry.
Kejap lagi saya keluar dari bilik persalinan.Roseanne terus meletakkan telefonnya di atas meja dengan kasar. Moodnya telah lari disebabkan Aiden.
Roseanne membiarkan wajahnya disolek oleh jurusoleknya. Selepas ini, dia akan membuat persembahan. Dalam masa yang sama, dia akan memperdengar suaranya yang merdu kepada Aiden.
Roseanne mahu membuktikan bahawa dirinya layak untuk mendapatkan sentuhan Aiden bagi album terbaharunya.
Dia pasti Aiden akan berasa terkejut sebaik sahaja mendengar suaranya nanti. Iyalah, merdu sangatlah katakan. Bayangkannya sahaja pun sudah mampu membuatkan Roseanne tersengih. Apatah lagi apabila perkara itu menjadi kenyataan.
“Okay, done!” kata jurusolek Roseanne sambil mengangkat berus ke atas. Roseanne meneliti wajahnya pada pantulan cermin lalu tersenyum kepuasan. Puas dengan khidmat jurusoleknya pada hari ini.
° ° ° ° °
Aiden menolak pintu The Cafe's lalu matanya dililaukan ke sekeliling kafe itu untuk mencari kelibat Roseanne. Tetapi hampa, kelibat gadis itu langsung tidak kelihatan di dalam kafe itu.
Aiden mengambil telefon di dalam kocek seluarnya. Telefonnya dihidupkan lalu aplikasi mesej dibuka. Jari-jemari Aiden laju menaip sesuatu kepada Roseanne. Mereka berbalas mesej buat seketika sehinggalah mesej terakhir Roseanne.
From: Roseanne Park.
Ok, sorry.
Kejap lagi saya keluar dari bilik persalinan.Aiden hanya membaca sahaja mesej tersebut tanpa berniat mahu membalasnya walaupun perkataan ‘ok’ sekalipun. Dia kembali menyimpan telefon ke dalam kocek seluarnya.
Aiden melangkah ke arah tempat duduk yang kosong berada tidak jauh dengan lokasi persembahan yang akan dilakukan oleh Roseanne nanti.
Selang beberapa minit, lampu kafe dimatikan lalu dihidupkan semula dan tertumpu pada lokasi persembahan itu. Pada masa yang sama, Roseanne sudah berada di situ dan bersedia untuk melakukan persembahannya.
“Mic test, one, two, three.” kedengaran suara Roseanne memenuhi sekeliling kafe ini. Aiden mula menumpukan perhatian kepada Roseanne.
“Annyeonghaseyo, Roseanne Park imnida.”
Roseanne memperkenalkan dirinya lalu menundukkan sedikit badannya kepada para pengunjung kafe ini. Kemudian, Roseanne melihat ke arah Aiden pula.
“Hari ini saya akan menyanyikan sebuah lagu yang sangat istimewa terhadap saya. I hope you guys enjoy it!”
Roseanne memejamkan matanya buat seketika dan membukanya kembali. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali untuk menghilangkan perasaan gementar.
Setelah bersedia, Roseanne memberikan sebuah isyarat kepada pemain gitar di sebelahnya.
Roseanne mula menyanyi.
I, I know where to lay
I know what to say
It's all the same_________
Tbc
YOU ARE READING
[C] It's Called Love
Fiksi PenggemarMereka tidak menyangka bahawa mereka menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. ❝ it only takes 3 seconds to fall for someone ❞ start:08.01.21 end:22.04.21