❀
Lelaki itu berlari selaju mungkin di kawasan hospital Seoul, peluh yang jatuh bercucuran tidak lagi dihiraukanya. Mendapat berita Ibunya cedera membuatkan hatinya kurang senang.
Bilik bernombor 127 itu dikuak dari luar, terserlah wajah seorang lelaki dengan riak risau memandang Ibunya yang sedang berbaring di katil hospital.
"Ibu, Gwencahana?", Soal lelaki itu, dia memeluk badan orang tuanya sebelum memberikan kucupan kecil di dahi wanita itu.
"Doyoung-ah, Ibu tak apa apa mujur ada budak tolong Ibu tadi", Dia mengusap kepala anak lelakinya itu untuk mengurangkan rasa risau dihatinya anaknya.
Doyoung membuka kot pejabat miliknya lalu diletakkan di sebelah katil tersebut. "Siapa tolong Ibu? Doyoung perlu berterima kasih dengan dia", Soalnya lalu mengambil tempat duduk bersebelahan wanita itu.
"Entahlah Doyoung, dia budak sekolah cantik pula tu", Wanita itu membetulkan kedudukanya di katil itu supaya menjadi lebih selesa.
"Perempuan?", Soal lelaki itu.
"Iya, masa Ibu jatuh dari tangga di market tadi tiada siapa bantu Ibu, tapi dia seorang sahaja yang bantu Eomma, bukan itu saja. Dia siap bayar kos perubatan lagi, Ibu tak sangka ada lagi perempuan baik macam tu", Wanita tua itu menerangkan perkara yang berlaku tadi pada anaknya dengan bersungguh sungguh.
Doyoung melonggarkan tali lehernya melipat lengan bajunya paras siku.
"Ibu tahu apa nama perempuan itu?", Soalnya.
"Choi saera"
❀
YOU ARE READING
Her
Fanfiction❝Kamu, gadis yang pertama membuatkan aku berasa tertarik❞ ©neoculturetechnology | 2020 project