❀
"Saera, sampai bila kamu nak berkurung di bilik ni sayang...", Soal Appanya dengan nada yang risau. Anak perempuannya itu jarang bercakap tidak seperti dahulu sering senyum dan ketawa. Sekarang dia hanya keluar hanya untuk makan sahaja.
"Appa...", gadis itu bersandar pada bahu ayahnya sambil menahan esak.
"Apa kata kalau Saera putuskan tunang dengan dia?", Gadis itu bertanyakan soalan yang membuatkan ayahnya kecewa dengan keputusan terburu buru anak gadisnya itu.
"Saera sedar tak apa yang Saera cakap ni?", Soal ayahnya.
"Soal tunang kahwin semua tu bukan main main tahu", Ayahnya mengusap rambut gadis itu lembut.
"Appa tak nak anak Appa kecewa, tapi cuba Saera fikir kalau semua yang Saera nampak tu tak betul, Saera yang menyesal nanti", ujar ayahnya.
Gadis itu tersentak.
❀
YOU ARE READING
Her
Fanfiction❝Kamu, gadis yang pertama membuatkan aku berasa tertarik❞ ©neoculturetechnology | 2020 project