twenty

1.4K 166 19
                                    

Saera memandang lelaki di hadapanya dengan tatapan risau, diusap kepalanya lelaki itu lembut.

"Awak rindu saya sampai sakit ya?", Soal gadis itu perlahan, dia tidak mahu menggangu Doyoung yang sedang berehat.

Pipi mulus pucat milik lelaki itu diusap sebelum ditepuknya. "Doyoung bangun, masa makan", dia cubit pipi lelaki itu manja.

"Sayang...", panggil lelaki itu.

"Iya saya di sini", jawab gadis itu lalu mendekatkan dirinya dengan lelaki itu.

"Sayang, aku betul betul minta maaf. Perempuan tu tiba tiba datang pejabat aku dan cium aku tiba tiba", Terang lelaki itu sambil memandang Saera lemah.

Saera diam tidak berkutik.

"Sayang...kau tak percaya aku?", Soal Doyoung. Matanya berkaca memandang Saera.

"Macam mana saya nak percayakan awak Doyoung", Saera menundukkan wajahnya memandang kaki di atas lantai.

Lelaki itu mengangkat Saera keribanya, pipi gadis tersebut dipegang kemas sebelum mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu.

Bibir merah jambu milik gadis itu dicium lembut oleh Doyoung, dan melepaskanya selepas beberapa saat.

Sejujurnya Saera berasa selesa dengan kedudukanya sekarang, kehangatan dari badan lelaki itu membuatkan dirinya selesa berada di sisi lelaki itu.

"Awak percayakan saya?", Soal lelaki itu, mata Saera dipandang ikhlas.

Gadis itu tersenyum perlahan sebelum melingkarkan tanganya dileher lelaki itu.

"Saya percayakan awak".

Bibir lelaki itu dicium lembut sekali lagi oleh Saera.

"Terima kasih Saera"

Gadis itu mengangguk kecil sebelum mereka berdua ketawa bersama.

𝚝𝚑𝚎 𝚎𝚗𝚍 <3

HerWhere stories live. Discover now