five

982 170 2
                                    

"Ramyeon, ayam, sayur...apa lagi ya?", Gadis yang berpakaian putih lengan pendek bersama seluar jeans biru itu mengerutkan dahinya di kawasan supermarket itu apabila dia terlupa barang rumah yang perlu dibeli.

Choi Saera berdecit perlahan. Kakinya berjalan menuju ke rak makanan ringan, Entah salah langkah atau apa dia terlanggar seorang lelaki muda berpakaian kot berwarna biru tua.

"Op! I'm sorry", gadis itu mengutip barang barang barangnya yang terjatuh. Lelaki yang dilanggarnya tadi juga turut menghulurkan barang barang yang terjatuh tadi.

"It's okey-", Lelaki itu terdiam sebaik sahaja dia terlihat wajah gadis yang melanggarnya tadi.

"Nah telefon Encik", Saera itu menghulurkan telefon milik lelaki itu. Lelaki itu memalingkan wajahnya dan berlalu pergi dari kawasan itu.

Dahi Saera berkerut kerut melihat perilaku aneh daripada lelaki tersebut.

Huh?

"Apa dia baru sahaja lihat hantu?", Dia mengangkat bahunya dan memasukkan telefon orang yang dilanggarnya tadi ke dalam poket.

Dia pasti yang dia akan berjumpa dengan lelaki itu lagi.

HerWhere stories live. Discover now