Sejurus keluar dari kerajaan MERMAID, Stella mengunci semula pintu kerajaan nya dengan telapak tangan nya.
"Macam mana aku nak balik ni, kalau jalan kaki lusa lah nampak nya aku sampai kat sana" monolog Stella sendiri.
Dia berfikir dan terus berfikir.
"Oh ya, teleportasi! Apasal bangang sangat aku ni" monolog Stella sendirian lagi.
Dia melihat sekeliling terlebih dahulu untuk berjaga-jaga. Setelah memastikan tiada sesiapa di sana dia pun membuka pintu portal dan berteportasi ke belakang acedemy.
Stella berlari untuk menuju kepada Hwana.
*******
"Puteri, saya mendengar berita bahawa teman Puteri dari FOREST telah meninggal"
"Apa!!!!" Kata Fiona dengan lantang.
Para duyung lain terkejut mendengar suara Fiona yang begitu kuat.
"Hwana.....? sebab tu ke Permaisuri perlu sisik permata" kata Fiona perlahan namun masih di dengari.
"Tapi sisik permata tu kan....! Alahai...kenapa lah Stella tak bagitau awal-awal" kata Fiona dalam hati.
"Ikut aku, kita harus ke kerajaan SIX ELEMENT sekarang. Bawa beberapa duyung lagi." Arah Fiona.
Duyung itu menunjukkan riak wajah terkejut. Kerana semenjak kemangkatan permaisuri terdahulu, mereka tidak pernah menginjakkan kaki keluar kerajaan MERMAID.
"Be.. betul kah? Kita akan keluar dari kerajaan?" Tanya duyung itu dengan tergagap-gagap.
"Iya, kita harus cepat."
"Baik puteri" balas duyung itu kemudian bergegas mencari duyung lain.
Setelah itu, mereka keluar dari kerajaan dan bergegas ke SIX ELEMENT.
******
"Stella dah balik!!!" kata seorang pelajar acedemy yang meluruh masuk ke pusat rawatan.
Di pusat rawatan itu, terdapat Pengetua, Cikgu Max, Cikgu Alice, Luke, Andy, Eric, Owen, Calvin, Fanny, Riyana juga beberapa guru lain.
Stella masuk ke pusat rawatan dengan kelam kabut.
"Stella, kamu okay?" Tanya pengetua.
"Saya okay, ini dia sisik permata nya" jawab Stella sambil mengeluarkan salah satu sisik permata.
Semua yang ada di pusat rawatan itu terkejut melihat sisik permata duyung tersebut.
Tokk..tokk ..tok..
Pintu di ketuk..Lelaki tua yang merawat Hwana sebelum ini masuk ke dalam pusat rawatan. Sejurus masuk, dia melihat sisik permata di telapak tangan Stella dan bergegas datang menghampiri.
"Ini dia.!!! sisik permata lagenda!! Saya tidak percaya akan melihatnya sekali seumur hidup. Bagaimana kamu mendapatkan nya" kata lelaki tua itu dengan semangat.
Stella tergumam kerana tidak tahu mahu berkata apa tentang cara dia mendapatkan Sisik permata itu.
"Erm.... Lebih baik selamatkan Hwana dulu kan" kata Stella untuk mengelak dari persoalan tadi.
"Iya, kita mesti cepat. Kita hanya ada masa hingga sebelum matahari terbenam." Kata lelaki tua itu.
Mereka mula cuba memasukkan sisik permata itu ke dalam tubuh Hwana.
YOU ARE READING
The White Angle
JugendliteraturStella, seorang gadis biasa yang hidup normal selama hampir 17 tahun. Tapi, siapa sangka perubahan besar terjadi kepada dirinya apabila 5jejaka dari dunia berbeza muncul di hidupnya untuk menjelaskan asal usul sebenar Stella dan melindungi Stella s...