Tok..tok..tok...
"Ye, masuk"
"Tuan, ini dia pelajar baru yang saya cakap tu" Kata Hwana kepada lelaki tua yang merupakan pengetua Acedemy itu.
"Ouh, dia kah? Baiklah kamu boleh keluar. Murid baru tu sila duduk sini" kata pengetua itu.
Hwana hanya menundukkan diri kepada pengetua dan keluar dari bilik tersebut. Stella pula duduk di kerusi yang berada di hadapan pengetua itu.
"Siapa nama kmu?" Tanya pengetua itu.
"Nama saya Jastella, boleh panggil Stella. Jawab Stella.
"Baiklah Stella, isi surat pendaftaran ni dulu" kata pengetua itu lalu menyerahkan selembar kertas yang perlu di isi oleh Stella.
'Baiklah." Kata Stella kemudian mengambil kertas tersebut.
Stella pun mengisi borang tersebut. Kemudian menyerahkan kembali kepada Pengetua setelah selesai.
"Okay, Hwana kata kamu tak pernah sekolah sebelum ni, betul ke? Tanya pengetua.
"Iya, saya tak sekolah sebelum ni" jawab Stella.
"Baiklah, di sebab kan kamu tak pernah sekolah lagi, kamu akan saya tempatkan di kelas Venus 17" kata pengetua itu.
"Kelas Venus 17?" Tanya Stella.
"Venus nama kelas kamu, 17 tu pula mewakili usia pelajar di kelas itu. kelas Venus adalah kelas terendah. Tapi kalau prestasi kamu meningkat, kamu akan naik kelas." Terang pengetua itu bila melihat wajah Stella kebingungan.
"Ouhh, macam tu"
"Iyaa,, hermm... Macam mana dengan penguasaan element kamu ye" Tanya pengetua lagi.
"Saya jarang pakai element saya dan tak pernah berlawan pun" jawab Stella.
"Ouh kalau macam tu kamu akan mengikuti kelas kuasa yang asas nanti, kelas kuasa akan naik bila penguasaan element kamu semakin meningkat" Kata pengetua itu lagi.
"Ouh macam tu.. baiklah tuan," kata Stella
"Baiklah, kamu boleh pergi ke kelas" balas pengetua itu.
"Ermm macam mana saya nak pergi kelas tu? Sekolah ni besar sangat.." tanya Stella dengan segan.
"Jangan risau, Guru kelas kamu sudah ada di luar, dia akan bawa kamu ke kelas tu" jawab pengetua
"Ouh baiklah tuan, terima kasih" kata Stella kemudian melangkah keluar dari ruangan itu.
******
Sebaik sahaja keluar dari bilik itu, dia melihat seorang wanita sedang berdiri di depan pintu . Wanita itu menoleh setelah Stella keluar dari bilik pengetua itu.
"Kamu ke murid baru tu?" " Tanya wanita itu.
"Iya, saya" jawab Stella.
"Baiklah, ikut saya" kata wanita itu.
Stella pun mengikuti wanita itu tanpa sebarang pertanyaan.
Semua pelajar tidak henti henti memandang ke arah Stella ketika Stella dalam perjalanan ke kelas nya.
"Cantik nya...."
"Murid baru ke tuu?"
"Dari FOREST lah.."
"Murid kelas apa dia ni"Bermacam lagi pertanyaan pelajar lain yang Stella dengar.
YOU ARE READING
The White Angle
Dla nastolatkówStella, seorang gadis biasa yang hidup normal selama hampir 17 tahun. Tapi, siapa sangka perubahan besar terjadi kepada dirinya apabila 5jejaka dari dunia berbeza muncul di hidupnya untuk menjelaskan asal usul sebenar Stella dan melindungi Stella s...