CHAPTER 21

343 41 4
                                    

Erm.. kamu mesti belum tahu kan cerita tentang 1500 tahun yang lalu." Kata Cikgu Max.

"1500tahun? Mestilah kitaorang tak tahu apa-apa. Kenapa Cikgu? Apa yang jadi?" Tanya Eric.

"Tentang kerajaan WHITE." Kata Cikgu Max.

"Aik, ada kerajaan lain lagi ke?" Tanya Eric kebingungan.

"Iyaa, cikgu pasti takde seorang pun dari kamu tahu tentang cerita tu kan." Kata Cikgu Max.

"Ha arh, kami tak tahu. Apa yang jadi?"  Jawab Andy.

"1500 tahun lalu, cerita tentang White Angel bermula."

"White Angel? Sape dia?" Tanya Calvin.

"White Angel adalah lagenda yang di tunggu-tunggu kelahiran nya dari 1500 tahun lalu."

"Eh, macam mana boleh jadi lagenda kalau belum lahir?" Tanya Owen

"Kamu rasa?"

"Manalah kitaorang tahu." Jawab Eric sambil menggaruk kepalanya yang tidak gatal.

"Apa yang jadi sebenarnya Cikgu?" Tanya Luke panasaran.

"Cerita tu takde dalam sejarah Dunia kita dan tak tahu betul atau tak, jadi cikgu tak boleh bagitau cerita yang tak pasti dan tiada kena mengena dengan pelajaran kita." Balas Cikgu Max.

"Alaa Cikgu, cerita lah.." rungut Eric.

"Maaf Eric, cikgu tak boleh cerita sesuatu yang hanya mitoss semata-mata." Kata Cikgu Max.

Timbul rasa ingin tahu dalam diri Stella sehingga dia memutuskan untuk membaca fikiran Cikgu Max walaupun dia tahu itu bererti dia akan menyalahgunakan kuasanya.

Sebaik sahaja dia membaca fikiran Cikgu Max, kepala nya mengalami sakit yang teramat, satu persatu kepingan bayangan situasi sesuatu tempat muncul di minda nya.

"Apa ni? Ni bukan fikiran atau ingatan Cikgu Max." Monolog Stella sendiri sambil memegang kepalanya dengan dahi berkerut.

"Stella? Kau okay?" Tanya Han perlahan.

Stella tidak menjawab sama sekali. Tapi wajahnya jelas sedang kesakitan.

"Stella... Kau kenapa?" Tanya Han lagi.

Kesemua yang berada di kelas itu memandang Stella.

"Ada apa dengan dia?" Tanya Cikgu Max sambil melangkah ke arah Stella.

"Tak tahu...." Jawab Han kerisauan.

Stella rebah jatuh ke lantai dan tidak menyedarkan diri. Mereka dengan pantas berlari menghampiri Stella. Han meletakkan telapak tangan nya di dahi Stella untuk memeriksa sama ada Stella demam, namun yang dirasakan nya hanyalah suhu sejuk.

"Kenapa sejuk sangat?" Kata Han.

"Hah?" Tanya Calvin lalu memeriksa nadi Stella, namun tiada nadi yang dirasakan.

"Apa yang jadi, takde denyutan nadi." Kata Calvin kemudian memeriksa nafas Stella lagi.

Calvin terkejut besar, kemudian memandang Han yang berada di hadapan nya.

"Kenapa?" Tanya Han.

"Dia dah tak...de."

"Apa maksud kau?" Tanya Luke.

"Nadi dan nafas dia dah terhenti. Dia dah takde." Balas Calvin.

"Angkat dia ke pusat rawatan sekarang." Arah Cikgu Max.

The White AngleWhere stories live. Discover now