"ada yang tak setuju?" Tnya Cikgu Mike.
"Kami okay jer" jawab Andy.
"Okay baiklah, itu sahaja untuk hari ni, kamu boleh bersurai."
"Eh, biar betul? " Tanya Eric.
"Eh iyeleee, kenapa? Taknak balik ke?" Balas Cikgu Mike.
"Eh, mesti lah nak, cuma tak awal sangat ke ni?" Kata Eric lagi.
"Tak lah, guru-guru ada mesyuarat lepas ni. Jadi korang boleh balik. Kelas lain tu kejap lagi keluar laaa." Balas Cikgu Mike.
"Ouhh, cam tuuu... Oke cikgu kami balik dulu lah ye." Kata Eric.
"Okay, hati-hati ye semua" pesan Cikgu Mike.
Mereka mengangguk faham kemudian melangkah keluar kelas satu persatu.
Tiba-tiba, satu bayangan situasi di pintu kerajaan FOREST terlintas di minda Stella.
"Dark angel!! FOREST ?." monolog Stella sendiri namun didengari Oleh Luke dan Han yang berada di belakang nya.
"Apa maksud kau?" Tanya Luke.
"Arh? Takde apa-apa" kata Stella terketar-ketar.
"Aku dengar lah apa kau yang cakap tadi." Kata Luke.
"Hemm.. A...ku ra..sa kerajaan FO...REST dalam baha...ya." kata Stella tergagap-gagap.
Luke diam seketika, kemudian dia tertawa.
"Apa kau merepek ni, kau ada kuasa meramal masa depan ke apa?" kata Luke sambil tertawa kecil.
"Hermm.. baik aku tak payah cakap tadi." Kata Stella di dalam hati.
Stella berpaling dari Luke dan meneruskan langkah untuk pulang.
Han yang terdengar perbualan tadi, menghampiri Stella.
"Betul ke? Kau tahu dari mana? " Tanya Han secara tiba-tiba.
"Kenapa? Kau nak gelak kan aku juga ke?" Kata Stella dengan wajah kosongnya.
"Ish, taklah! Aku nak tahu betul ke tak? Kalau betul kita semua kena siap sedia tau." Kata Han.
"Maksud kau?"
"Herm.. kalau Dark Angel datang kerajaan lain, tak lain dan tak bukan diorang mesti nak buat peperangan. Jadi kita sebagai pelajar acedemy mesti siap sedia membantu dalam peperangan tak kira lah sama ada kerajaan SIX ELEMENT atau FOREST yang kena serang."
Stella menghentikan langkah. Kemudian memandang Han.
"Dark Angel dah masuk kerajaan FOREST." Kata Stella.
Han terkejut apabila mendengar ayat Stella.
"Ma..macam mana kau boleh tahu.." tanya Han.
"Selamat petang semua, kerajaan FOREST baru sahaja dimasuki oleh para perajurit kerajaan DARKNESS, mereka telah melancarkan beberapa serangan sebagai tanda peperangan. di minta semua pelajar berkumpul di dewan. Kita akan menyertai peperangan kali ini, sila berkumpul dengan segera." 🔉🔉 Pengumuman kedengaran di seluruh acedemy.
Pengumuman tentang peperangan itu mengejutkan seluruh acedemy. Para pelajar dengan pantas berkumpul di dewan acedemy.
Han memandang Stella.
"Apa yang kau cakap tu betul-betul jadi laa." Kata Han.
"Dah, kita kena pergi dewan sekarang." Balas Stella.
YOU ARE READING
The White Angle
Teen FictionStella, seorang gadis biasa yang hidup normal selama hampir 17 tahun. Tapi, siapa sangka perubahan besar terjadi kepada dirinya apabila 5jejaka dari dunia berbeza muncul di hidupnya untuk menjelaskan asal usul sebenar Stella dan melindungi Stella s...