TIGA BELAS🌌

336 53 91
                                    

Setelah selesai menceritakan bagaimana Minho dapat kertas perjanjian itu, kini giliran Minjung pula untuk menceritakan bagaimana ia berlaku.

"Ha cepat..macam mana boleh terlintas dalam fikiran kau untuk buat benda ni?" Soal Minho sambil mengahayunkan kertas di hadapan wajah Minjung.

"Erm masa tu kan aku tak suka dia..so aku buat la" Minjung bercakap jujur kepada Minho.

"Sekarang?" Miho mengangkat keningnya sebelah.

"Entah..tak!!masih lagi tak suka..halah cinta bukannya boleh dipaksa pon" Minjung memandang abangnya kemudian menjelingnya.

Minho mengetap bibirnya menahan geram. Ingin sahaja dia menarik rambut Minjung lalu dihempuk-hempuk di dashboard tetapi dibatalkan sahaja niatnya dan bersabar.

"Ni kalau eomma appa tahu mesti diorang kecewa gila dengan kau" kata Minho. Dia mengeluh kesal.

Minjung yang mendengar akan itu mula membuat muka. Jika ibu bapanya tahu mungkin Minjung akan diceramah teruk oleh mereka kerana tidak menjalankan amanahnya sebagai isteri dengan betul-betul.

"Tch tak payah bagitau" jawab Minjung sambil mencebik tidak suka.

"Amboi! Senangnya kau cakap..kalau diorang tahu jugak?" Soal Minho.

"Ishh dah la nak balik" terus gadis itu mengalih pandangannya keluar tingkap. Malas hendak berdebat dengan abangnya. Kalau berdebat dengan si Minho belum tentu dia akan menang dan semestinya abangnya akan kalahkannya juga.

Minho hanya menggeleng kepalanya. Pening dapat adik keling macam Minjung ni. Kalau boleh nak je tinggalkan si Minjung ni tepi jalan. Biar dia jalan kaki seorang diri.

___××___

Minho memberhentikan keretanya dihadapan bangunan tempat dimana Minjung tinggal.

Minjung ingin turun dari kereta tetapi ditahan oleh Minho dan dia memandang Minho dengan wajah berkerut.

"Dalam dunia ni kebahagiaan orang lain tak sama macam diri kita, memang ye kau dapat rasa kebahagiaan kau sendiri..tapi kau takkan dapat tafsir orang lain tu tengah bahagia atau tidak. Cukup hanya sekadar memahami keadaan dia..kau faham tak?" Kata-kata Minho membuatkan Minjung menunduk dan mengangguk faham.

Alah kalau tak faham pon kita fahamkan aje..senang kan?

"Arraseo..Minjung masuk dulu" pamit Minjung dan keluar dari kereta lalu masuk ke dalam perkarangan bangunan itu.

Minho hanya menghantar Minjung dengan ekoran matanya sehingga bayangan gadis itu hilang dan dia terus memandu pulang ke rumah.

Kod rumah ditekan satu persatu oleh Minjung. Setelah terbuka minjung melangkah masuk ke dalam dan terus berjalan masuk ke dalam biliknya.

Minjung mengeluh seketika. Otaknya serabut memikirkan hal-hal yang sangat rumit baginya.

"Buat apa kau nak stress Minjung oii..dah la pegi mandi lagi bagus lepastu makan" bebel Minjung seorang diri dan segera meletakkan barangnya lalu masuk ke dalam bilik air.

Mengambil masa 20 minit pon nak habis mandi..sesungguhnya Minjung mandi lama-lama dia buat apa je? Main air? Main itik sambil mandi?

"Ahh segar sikit"

Minjung keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur.

Matanya masih melilau mencari keberadaan Changbin yang dari tadinya tidak muncul. Nak kata tak balik lagi kasut dia elok je bersepah dekat depan pintu tu.

Dasar tak pandai nak susun kasut sendiri!

"Mana dia ni? Tadi dah la tinggalkan aku urgh!" Marah Minjung sendirian sambil mengeluarkan bahan dari peti untuk memasak.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now