"Minjung kamu tak keluar mana-mana kan malam ni?" Soal Puan Shin kepada anak perempuannya yang sedang leka menonton drama di kaca tv."Tak kot kenapa eomma?" Minjung mengalihkan pandangannya ke arah Puan Shin.
"Malam ni keluarga Seo nak datang, jadi eomma nak kamu duduk dekat rumah dan layan tetamu boleh?" Pinta Puan Shin.
"Tch mesti ada anak dia sekali kan huh" kata Minjung perlahan nasib Puan Shin tak dengar apa yang dia cakap kalau tak memang kena cili la mulut sebab kata dekat anak kawan baik dia tu.
"Boleh ke tak?" Tanya Puan Shin
Lama Minjung fikir. Bukan apa, dia bukannya pandai sangat layan tetamu ni. Buatnya tetamu yang layan dia kejap lagi ha kan terbalik tu? siapa yang tuan rumah sekarang ni? Dia ke tetamu tu?
"Kalau Minjung tak layan tak apa ke eomma? Minjung buat la diri Minjung tak wujud tak boleh ke?" Lantas kepalanya dipukul dengan bantal kecik.
"Tak payah nak mengada..layan je" arah Puan Shin.
"Baiklah haih" Minjung mengeluh seketika lalu menyambung melihat dramanya yang tergendala tadi.
___××___
Malam sudah pun tiba, kini minjung mula bersiap-siap untuk menyambut tetamu yang bakal datang sebentar lagi.
"Buat apa la tetamu datang memalam ni? kenapa tak subuh je haih" Minjung merenung dirinya di dalam cermin.
'Tokk tokk tokk'
Kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar membuatkan Minjung berhenti merenung dirinya di hadapan cermin. Baru nak berangan jadi pewinces eh tiber.
"Masuk la" arah Minjung. Muka Minho terpampang dihadapan pintu bilik Minjung.
"Lah abang ke ingat kan eomma tadi. Kenapa harini rajin nak ketuk pintu pulak? bukan selalunya abang main terjah je ke masuk bilik Min?" Minjung pelik tiba-tiba abangnya yang sekor ni ada pulak tangan nak ketuk pintu. Selalunya akhlak dia bawah kapak kaki.
"Tak payah banyak cakap..jom turun tetamu dah sampai ada dekat bawah. Ni pon eomma yang suruh panggil" kata Minho dan Minjung keluar dari biliknya berjalan menuju ke ruang tamu diikuti Minho dari belakang.
Minjung lantas duduk di sebelah eommanya sempat dia memandang Changbin yang berada di hadapannya. Mereka merenung antara satu sama lain.
Changbin mengenyit mata sebelah kepada minjung membuatkan gadis itu terus menjelingnya.
"Jiyeon-ya sebelum ni kau pernah kenal dengan anak lelaki aku je kan, Lee Minho. Ni kenalkan anak perempuan yang akhir sekali" kata Puan Shin lalu menyuruh Minjung memperkenalkan diri kepada mereka.
"Annyeonghasaeyo Lee Minjung imnida" Minjung menunduk sedikit hormat kepada keluarga Seo sebagai tanda salam perkenalan.
"Cantik jugak ye anak kau Min-ah" serta merta Minjung tersenyum apabila ada orang puji dia cantik.
"Berapa umur kamu Minjung" tanya Tuan Seo pula.
"20 tahun" mereka hanya mengangguk dan hanya tersenyum apabila Minjung menyatakan umurnya sekarang.
"Macam mana dengan perjanjian tu? kita patut ke bagitahu diorang pasal ni atau kita tangguhkan dulu" soal Tuan Lee dan membuatkan Minjung, Minho dan Changbin memandang pelik.
YOU ARE READING
[√] Beautiful Mess || Seo Changbin
FanfictionDua manusia yang terpaksa berkahwin atas permintaan mengarut mak ayah masing-masing!! Macam-macam hal yang berlaku selepas perkahwinan entah apa-apa!! dijamin halal dan korang akan suka🌚❤ [ Completed ] : [√] ↪start : 24 September 2020 ↪end : 28 Mar...