Berbaki lagi seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Kini Minjung sedang sibuk melihat majalah yang berkaitan dengan semua baju pengantin."Aigo semuanya bosan haih..buat apa la aku datang sini dengan orang tua tu" keluh Minjung.
Yeah sekarang ni dia berada di butik pengantin bersama Changbin.
Kalau tak disebabkan mak dia yang kacau dia tidur. Tak ada maknanya dia nak pergi tau.
Dah la pukul 10 pagi manusia dua ketul ni terpacak depan butik. Memang kacau mood Minjung betul.
"Cik aminjung" Minjung memandang pekerja butik itu dengan tatapan malas.
"Sila ikut saya..cik kena cuba baju pengantin yang sudah di tempah" kata pekerja itu. Minjung hanya menurut sahaja malas nak bantah kang tak pasal kena babab dengan mak dia.
"Changbin mana?" Tanya Minjung kepada pekerja itu.
"Dia ada dalam bilik persalinan" jawab pekerja itu dan terus memberi baju kepada Minjung.
Minjung mengambil baju itu dan terus masuk ke dalam bilik persalinan yang kosong.
Setelah 5 minit aminjung keluar dengan baju pengantinnya.
"Changbin-ah" Changbin yang sedang membetulkan bajunya di hadapan cermin terus memandang Minjung yang memanggilnya.
Matanya seperti dipukau oleh gadis itu. Langsung tidak berkelip apabila melihat kecantikan Minjung yang setia berada di hadapannya.
" yeppo" kata Changbin tanpa sedar. Sesungguhnya Changbin terpikat dengan aminjung buat seketika.
"Hah?" Nasib menyebelahi Changbin. Nasib si Minjung tu tak dengar.
"Ah tak"
"Apa yang tak!" Minjung memandang tajam ke arah Changbin.
"Eh salah pulak..okay je la aduhh kau ni" Changbin membetulkan balik kata-katanya tadi. Salah sikit pun nak marah eish susah macam ni.
"Hmm tak nampak seksi sangat ke?" Minjung membelek dirinya di cermin.
Sempat dia menolak changbin ke tepi supaya dia dapat melihat pantulan dirinya di cermin.
"Tch kau seksi depan aku je mana ada depan orang lain" kata Changbin sambil ketawa sinis. Saja mahu mengusik gadis itu.
"Kau nak kena pijak dengan aku ke? Cakap elok-elok la ish" ringan saja tangan Minjung ingin menampar pipi tembab milik Changbin tu.
Geram dibuatnya. Orang tanya dia boleh pula main-main.
"Tak ada la, okay je baju ni. Sesuai dengan kau cantik pulak tu" puji Changbin.
"Kau puji aku ke?" Soal Minjung.
"Eh tak, aku kutuk kau" Changbin terus berlalu dari situ.
"Eh bongok la dia ni" Minjung terus masuk ke dalam bilik persalinan semula untuk menukar pakaian asal.
Setelah selesai kesemuanya, mereka berdua keluar dari butik tersebut.
"Nak pegi mana lagi?" Soal Changbin yang menghidupkan enjin keretanya.
"Balik la aku malas nak keluar dengan kau lama-lama" Jawab Minjung yang langsung tak pandang Changbin.
"Okay" changbin hanya mengikut sahaja kehendak gadis itu.
___××___
Minjung masuk ke dalam rumahnya dengan wajah masam mencuka.
"Uit dah balik" tegur Minho yang tengah makan kacang depan tv sambil baring di sofa. Ewah sedap betul dia.
Minjung yang nampak Minho di ruang tamu itu terus pergi ke arahnya.
"Sana sikit aku nak duduk" Minho terus memberi Minjung duduk disebelahnya.
"Pahal muka macam dugong ni? Masam je..nak kacang?" tanya Minho sempat dia memperlawa adiknya itu kacang.
Minjung menggeleng lalu merehatkan kepalanya di atas bahu Minho.
"Minjung taknak kawin" katanya sambil memuncungkan mulutnya kedepan seperti itik.
"Habis tu kau nak suruh aku buat apa? Kawin dengan Changbin pulak?" Terus meletus ketawa Minjung.
"Lahai kenapa la aku dapat abang yang bongok macam ni. Kau nak jadi gay ke bang?"
"Tak ada la..tetamu eomma dah jemput tau..kau pulak gedik taknak kawin..takkan aku pulak nak kena ganti kau" kata Minho. Kacang yang dah tinggal separuh diletakkan di atas meja kecil.
"Tak ada la aku suruh kau kawin dengan Changbin tu..aduhh" Dia menampar perlahan dada milik Minho.
"Halah senang je kau kawin je la dengan Changbin tu..kau tengok perangai dia memang la macam budak cacat tapi dia baik tau" kata Minho sungguh.
Changbin di sana sila tersedak..ni minho dah puji ni.
"Yeye je kau..perangai hanat" kutuk Minjung.
"Suka hati kau la" Minho bangun meninggalkan Minjung seorang diri di ruang tamu.
"Abanggg tolong la Min!!" Minjung menjerit. Minho hanya buat pekak malas nak melayan karenah adiknya itu.
"Ish benci betul la dapat abang macam ni..baik Bangchan oppa je jadi abang aku grr" kata Minjung geram.
___××___
"Minjung kau okay tak ni? Lemau je pagi ni" soal Yeji yang perasan akan perubahan rakannya. Dah serupa kerepek lemau dia tengok.
"Minho tinggal kau lagi ke?" Tanya Yeji lagi.
"Taklah aku tengah fikir masa depan aku dengan Changbin macam mana la nanti hiks"
Memandangkan Yeji dah tahu yang Minjung nak kawin jadi dia hanya boleh mengadu dekat Yeji je la..nak mengadu dekat Minho rasanya tak ada guna kot. Macam sebelum ni huehue.
"Loh yang tu je ke? Haih aku tahu kau tak sabar nak kawin tapi jangan la-" Minjung memandang Yeji tajam.
"Okay tak err jangan pandang aku begitu..takut aku wey" kata Yeji.
"Tau pon! Eish aku muda lagi kot..tak sangka secepat ni aku nak kena jadi isteri orang hishh dengan si pendek tu pulak tu" kutuk Minjung geram.
Dia melepaskan geramnya di dalam pinggan dengan mencucuk-cucuk makanan. Dia membayangkan Changbin yang berada di dalam pinggan itu.
"Haihh tak payah nak stress sangat la..kawin je. Lagipon ramai yang kawin muda tau..jadi kau rilek je" pesan Yeji. Tetapi apakan daya, ia langsung tidak berkesan pada diri Minjung. Dia terasa seperti lagi terseksa ada la.
"Apa-apa jelah! dah aku pegi dulu" Minjung meninggalkan Yeji yang masih makan. Kelasnya akan mula sekejap lagi jadi dia perlu pergi dahulu dari Yeji.
Tbc
Sorry pendek ehek..ampunkan beta juga sebab lambat update yoh..
YOU ARE READING
[√] Beautiful Mess || Seo Changbin
FanfictionDua manusia yang terpaksa berkahwin atas permintaan mengarut mak ayah masing-masing!! Macam-macam hal yang berlaku selepas perkahwinan entah apa-apa!! dijamin halal dan korang akan suka🌚❤ [ Completed ] : [√] ↪start : 24 September 2020 ↪end : 28 Mar...