Minjung hanya melihat Changbin yang menekan password untuk masuk ke dalam rumah apartment baru mereka.Setelah pintu dibuka mereka berdua mula melangkah masuk ke dalam rumah.
"Wahh besar jugak apartment ni..pandai bapak kau beli ye" puji Minjung sambil melihat sekeliling ruang tamu.
"Hmm rumah ni dah lama appa beli sebenarnya..dia cakap kalau salah sorang daripada kami adik beradik kawin, dia akan hadiahkan sebuah rumah apartment untuk kami.. Jadi inilah hasilnya aku dah kawin dengan kau" terang Changbin panjang lebar.
Minjung mengangguk lalu beredar pergi ke dapur.
"Woah ingatkan ruang tamu je besar rupanya dapur pon besar jugak wahh" kata Minjung. Changbin yang menyandarkan dirinya di sofa hanya tergelak dengan kelakuan Minjung. Nampak jakun disitu.
Minjung kembali ke ruang tamu dan duduk berhadapan dengan changbin.
"Mewah gila ermm untung la kaya siap ada chandelier lagi tau" Minjung mendongak ke atas melihat lampu mewah yang tergantung.
"Tch apa-apa je la" Changbin bangun dari duduk lalu menarik beg bagasi mereka berdua masuk ke dalam bilik.
Minjung di belakang hanya mengikut Changbin masuk ke dalam bilik.
"Eh eh jap takkan la kita sebilik?" Minjung mengundurkan dirinya dan hanya berdiri di hadapan pintu.
"Habis tu?" Changbin berpeluk tubuh memandang ke arah Minjung.
"K-kita asing la aku tak bersedia lagi nak tidur dengan lelaki..dah la dengan kau pulak tu huh taknak aku" ujar Minjung.
"Halah apa salahnya sebilik? kita suami isteri kot" kata Changbin dengan selambanya.
"Ah tak ada, aku taknak sebilik dengan kau" Minjung mengambil begnya dan terus keluar dari bilik tersebut lalu masuk ke dalam bilik lain.
Changbin tidak menghalang malah hanya membiarkan sahaja gadis itu memilih bilik lain. Malas nak halang sebab kalau halang pon tak ada gunanya jugak. Gadis itu benar-benar kuat membantah jadi mesti lah si Changbin tu akan kalah.
"Woahh bilik ni pon boleh tahan besar jugak. Tapi tak sebesar bilik tadi" Minjung berbicara sendiri sambil melihat keliling bilik itu.
Dinding yang berwarna pink itu dipegangnya "cantik. Hmm tapi aku lebih suka warna biru".
"Minjung! Makan" Changbin yang tadinya muncul di hadapan pintu bilik Minjung tadi kini mula beredar pergi ke ruang tamu.
"Bila kau pesan pizza ni?" Soal Minjung. Sepotong pizza diambilnya lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Tadi masa kau tengah sibuk keliling rumah ni macam orang jakun" terselit sedikit perlian Changbin kepada Minjung.
Minjung membuat muka menyampah. Rasa nak je baling pizza tu kena muka dia.
"Biar la aku nak jakun ke nak gila ke apa..tak ada kena mengena dengan hidup kau" air disebelah diambilnya lalu meneguk dengan rakus.
"Uhuk uhuk uhuk" maka tersedak la Minjung disitu.
"Yahhh uhuk uhuk uhuk!" Minjung memegang peha milik Changbin.
YOU ARE READING
[√] Beautiful Mess || Seo Changbin
FanfictionDua manusia yang terpaksa berkahwin atas permintaan mengarut mak ayah masing-masing!! Macam-macam hal yang berlaku selepas perkahwinan entah apa-apa!! dijamin halal dan korang akan suka🌚❤ [ Completed ] : [√] ↪start : 24 September 2020 ↪end : 28 Mar...