"Jom Minjung" ajak Yeji setelah mengemas buku-bukunya dan mereka berdua terus keluar dari dewan kuliah."Kau jadi keluar ke dengan dia malam ni?" Soal Yeji sambil berjalan beriringan bersama Minjung.
"Siapa?" Tanya Minjung kerana tidak dapat meneka siapa.
"Aish pabo! Yohan sunbae la..siapa lagi? Tadi dia cakap nak ajak kau keluar pastu kau yang cakap kau akan mesej dia" kata Yeji dan Minjung baru teringat akan hal Yohan mengajaknya keluar malam nanti.
"Eh haah la aku baru ingat" kata Minjung dan segera menghantar mesej kepada Yohan. Yeji mencuri-curi melihat mesej Minjung bersama Yohan.
"KAU TERIMA MINJUNG???" Yeji meninggikan suaranya dan membuatkan telinga Minjung rasa nak tercabut.
"Auwh sakit telinga aku!" Minjung menutup sebelah telinganya dek kerana penangan suara Yeji.
"Ohh maaf..kau terima?" Soal Yeji lagi sekali.
"Yup..kenapa?" Minjung memandang Yeji pelik.
"Aniya..kalau Changbin tak bagi macam mana? Kau tau tak tadi dia bukan main jeles lagi bila kau-" segera percakapan Yeji dipotong.
"Shhhhhhhhh diam..aku tau apa aku nak buat..dan lagi satu kau tengok dia jeles? Huh entah-entah belakon je lebih..acah je lebih dia tu" tuduh Minjung tanpa rasa bersalah sikit pun.
"Eh sesuka hati kau je an..mana boleh cakap macam tu..aku tengok cara dia pon aku dah tau" ujar Yeji bersungguh-sungguh.
"Tau apa je?" Minjung memeluk tubuhnya.
"Aku tau la yang dia dah mula sayangkan kau" kata Yeji dan Minjung agak terkejut sedikit tetapi dia sempat mengcover dirinya.
"Tak- takkan la, haih dia tu acah je..tak mungkin la..eh dah la jalan cepat sikit nak hujan ni" Minjung segera menukar topik lain.
"Eh kita duduk bawah bumbung rileks la" kata Yeji dan Minjung hanya mengabaikannya.
Setelah sampai di parking kereta kelihatan Changbin dan juga Hyunjin sudah pon berada disitu.
"Jom" ajak Changbin manakala Minjung pula sibuk mencari keberadaan Minho.
"Minho mana?" Soal Minjung.
"Dia dah balik..katanya urgent" jawab Hyunjin dan Ninjung hanya mengangguk.
"Apa la urgent sangat..aku ni pon keluarga dia jugak..takkan la benda urgent tak bagitau aku?" Bebel Minjung seorang diri.
Pinn!!!
"Eomma kamchagiya!" Terkejut Minjung dibuatnya disebabkan Changbin menekan hon kereta.
"Aishhh member kau memang tak pandai nak bersabar kan?" marah Minjung sambil memandang Hyunjin lalu segera masuk ke dalam kereta.
Hyunjin hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu sedangkan dia juga terkejut akibat Changbin menekan hon kereta sebentar tadi.
___××___
Jam menunjukkan pukul 8 malam. Kini Minjung sudah bersiap-siap untuk keluar bersama Yohan.
Apabila dia keluar sahaja dari bilik, terpampang la wajah Changbin yang baru sahaja ingin memasuki biliknya.
"Pergi mana?" Soal Changbin apabila melihat Minjung yang memakai pakaian seperti orang yang ingin keluar pergi date.
"Keluar" balas Minjung sepatah.
"Dengan Yohan?" Teka Changbin dan Minjung berpaling ke arahnya. Nampaknya betul la tu tekaannya.
YOU ARE READING
[√] Beautiful Mess || Seo Changbin
FanfictionDua manusia yang terpaksa berkahwin atas permintaan mengarut mak ayah masing-masing!! Macam-macam hal yang berlaku selepas perkahwinan entah apa-apa!! dijamin halal dan korang akan suka🌚❤ [ Completed ] : [√] ↪start : 24 September 2020 ↪end : 28 Mar...