02

759 130 4
                                    

Akhirnya tiba waktu rehat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya tiba waktu rehat. Jihyun mengemaskan segala barang-barangnya. Dia tidak mahu ada barangnya yang hilang disebabkan oleh kecuaiannya. Buku nota milik Ahreum diletakkan di bawah meja. Ahreum pasti mengambilnya sendiri nanti seperti biasa.

Sudah dua bulan berlalu sejak dia pindah ke sekolah ini , tetapi dia masih tidak mempunyai kawan. Kang Jihyun, seorang yang pemalu dan tidak tahu mahu memulakan perbualan dengan orang lain. Inilah salah satu punca dia masih tidak mempunyai kawan. Dia terlalu takut. Dia sudah terbiasa dengan keadaan ini, cuma...

Jihyun pastinya akan melakukan tugasan itu seorang diri. Dia tidak mampu membantah mahupun menolak. Apalagi apabila dia mahu berbincang dengan ahli kumpulannya, pasti dia tidak berani.

Tin minuman berperisa epal itu diambil daripada dalam peti sejuk itu dan diletakkan diatas kaunter untuk dibayar.

Sebelum sempat dia mengeluarkan duitnya daripada dompet , seorang lelaki tiba-tiba meletakkan susu kotak di tepi tin minumannya dan menghulur duit

" Aku bayar untuk dia sekali." katanya ringkas lalu mengambil kotak susu itu dan terus berlari laju meninggalkan kawasan koperasi.

"Ya-" Belum sempat Jihyun menegur, lelaki itu terlebih dahulu meninggalkannya.

Tidak sempat dia mahu berterima kasih dan bertanya tentang namanya. Jihyun mengecilkan matanya untuk melihat figura itu dengan lebih jelas. Dia seakan  mengenali susuk tubuh itu .

Tin minuman itu terus diambil daripada kaunter dan mengorak langkahnya kembali ke kelas.

Tin minuman itu terus diambil daripada kaunter dan mengorak langkahnya kembali ke kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Say Yes | HRJWhere stories live. Discover now