15

573 118 12
                                    

"Ha!" Jihyun menjerit kecil apabila mendengar kata-kata Doyoung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ha!" Jihyun menjerit kecil apabila mendengar kata-kata Doyoung. Gadis itu menoleh memandang Renjun yang berada disebelahnya. Renjun laju melarikan pandangannya terhadap Jihyun apabila mata mereka bertembung.

Renjun menelan air liur dan berdehem. Doyoung memandang gadis itu tenang dan mengangkat bahu.

"Renjun, kau bolehkan minta dekat eomma kau untuk tidur dekat rumah kawan?" tanya Doyoung. Serentak dengan itu, Jihyun memandang Renjun. Berharap yang Renjun akan menolak. 

"Boleh." Renjun mengangguk. Jihyun memandang Renjun tidak percaya. Dia tidak kisah kalau Doyoung mahu bermalam di rumahnya. Tetapi Renjun? Oh tidak! Dia tidak mahu Renjun melihatnya seperti pagi tadi! Dia sudah cukup malu dengan kejadian itu.

Renjun bangun daripada kerusi itu dan berlalu keluar rumah untuk menelefon ibunya.

Sebaik sahaja memastikan kelibat Renjun hilang daripada dalam rumah, Jihyun memandang Doyoung.

"Oppa, kenapa setuju dengan Jaehyun?" soal Jihyun tidak puas hati. Ya, dia nampak sangat pentingkan diri sekarang tetapi dia lagi tidak selesa jika rakan sekelasnya tidur di rumahnya.

"Kenapa? Kau suka dekat Renjun ke sampai risau macam ini?" Doyoung tersenyum kecil dan memandang kearahnya. Wajahnya membahang apabila Doyoung mengeluarkan kata-kata itu.

"Apa ini!" Jihyun protes tidak puas hati.

"Kau tak nafikan, nampaknya kau memang suka dia." jawab Doyoung tenang dan tersenyum nakal. Dia kembali meletakkan telefonnya semula diatas sofa.

"Mana ada!" Jihyun mencampakkan kusyen kecil yang berada disebelahnya kearah Doyoung. Dengan tangkas lelaki itu menangkap bantal itu daripada mengenainya. Doyoung menjelir lidah kepada Jihyun.

"Oppa!" Doyoung sudah tergelak besar melihat wajah Jihyun yang sudah memerah seperti tomato dan mendengus tidak puas hati. Seronok Doyoung mengusiknya.

Apabila kelibat Renjun lalu dihadapannya, Jihyun kembali menyandarkan badannya pada sofa itu dan memeluk kakinya rapat pada dadanya. Dia menjeling Doyoung yang masih tertawa padanya.

Renjun kembali mengambil tempat disebelahnya. Mangkuk bertih jagung yang berada diantaranya dengan Jihyun itu diambil.

"Macam mana Renjun?" Doyoung menghabiskan sisa tawanya dan bertanya pada Renjun yang sedang menikmati bertih jagung itu. Renjun mengangguk menandakan ibunya membenarkannya tidur di rumah 'kawannya'.

Doyoung melarikan pandangannya pada Jihyun yang masih memeluk kakinya sambil memandang kearah televisyen.

"Jihyun?" Doyoung memanggil

"Apa." Jihyun menjawab dingin. Menunjukkan protesnya pada Doyoung. Bagaimana kalau Renjun terdengar perbualan mereka tadi?

"Jihyun aku gurau jelah. Ya kau tak suka-" kata-katanya dipotong apabila Jihyun dengan pantas mencampak lagi satu kusyen yang berada disebelahnya kearah Doyoung dan kusyen itu selamat mendarat pada wajah Doyoung.

"Maaf." kata Jihyun tidak ikhlas dan tersenyum mengejek pada Doyoung. Renjun tertawa kecil melihat pergaduhan yang berlaku dihadapan matanya.

Setelah 30 minit menonton filem itu, Jihyun mula berasa tidak selesa dengan kedudukannya. Pinggangnya disentuh untuk mengurutnya supaya berasa tidak terlalu sakit.

Dia biasa menonton drama atau filem dalam keadaan baring. Tetapi sekarang dia tidak boleh melakukan posisi itu disebabkan Renjun duduk disebelahnya. Matanya memerhati kearah Renjun beberapa kali.

Wajahnya daripada tepi hanya kosong tetapi masih kacak- Jihyun menggeleng laju. Apa yang difikirkannya ini?

Tanpa Jihyun sedar, Renjun juga perasan akan kelakuan Jihyun itu. Dia nampak tidak selesa dengan kedudukan itu. Renjun berganjak sedikit ke tepi supaya memberi sedikit ruang kepada Jihyun.

Apabila Jihyun memandang kearah Renjun semula, dia pelik. Kenapa Renjun semakin jauh dengannya? Jihyun mengambil peluang itu untuk meletakkan kepalanya pada sisi sofa beralaskan tangannya dan mengiring kearah televisyen. Kakinya tidak diluruskan kerana ia akan menyentuh Renjun. Jihyun berpuas hati dengan kedudukannya sekarang.

"Em~" Doyoung dan Renjun memandang kearah suara yang sedang merengek perlahan itu. Jihyun meluruskan kakinya bagi mendapatkan posisi yang lebih selesa.

"Lah tertidur." Doyoung menggeleng perlahan dan kembali melarikan pandangannya pada televisyen semula. Membiarkan gadis itu tidur.

Renjun tersentak apabila hujung kaki gadis itu mendarat diatas pehanya. Dia memandang Jihyun gagap. Tidak tahu mahu melakukan apa. Wajah polos yang sedang dibuai mimpi itu ditenungnya lama.

Mangkuk yang berada pada pegangannya tadi diletakkan  diatas lantai. Tangannya diletakkan pada belakang lehernya, tidak mahu menyentuh kaki gadis itu.

Jantungnya berdegup laju mengepam darah keseluruh tubuh badan. Dia meneguk air liur.

'Kang Jihyun kau buat aku gila.'

hai!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


hai!

[C] Say Yes | HRJWhere stories live. Discover now