31

503 100 34
                                    

"Jihyun jom

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jihyun jom." Perlahan-lahan wajahnya diangkat, memandang Renjun yang sedang tersenyum kearahnya. Jeno, Haechan dan Yangyang juga masih berada disitu.

Jihyun diam. Tiada balasan daripadanya seperti biasa. Senyuman pada bibir lelaki itu mulai luntur apabila melihat wajah gadis itu. Matanya sembap.

Jihyun mendahului mereka berjalan ke luar kelas, tetapi tangannya sempat dipegang oleh Renjun untuk menghentikan langkahnya.

"Kau nak pergi mana laju-" kata-katanya terhenti apabila Jihyun menyentak kuat pegangannya. Keempat-empat lelaki itu terkejut besar. Jihyun seakan teragak-agak selepas tindakan mendadaknya itu.

Anak matanya cuba tidak bertentang dengan Renjun. Dia berasa bersalah dengan tindakannya tetapi fikirannya tidak boleh berhenti memikirkan kata-kata Ahreum tadi. Semuanya kedengaran benar. Tiada siapa yang mahu berkawan dengannya. Ya masuk akal.

"Yangyang- teman aku balik." Jihyun berrsuara gagap sambil mencapai pergelangan tangan Yangyang. Renjun memandangnya gadis itu. Dia terkilan. Kenapa tiba-tiba Jihyun bertingkah seperti ini?

"Ouh- okey... jom." Yangyang mengangguk perlahan dan mengikuti langkah Jihyun apabila gadis itu menarik tangannya meninggalkan tiga orang lelaki itu dibelakang.

"Kenapa dengan Jihyun?" Haechan melangkah mendekati Renjun. Anak matanya tidak berhenti mengekori kelibat Yangyang dan Jihyun yang sudah semakin jauh daripada mereka.

"Aku- tak tahu..." Renjun berkata lemah. Dia berasa kecewa dengan gadis itu. Hatinya tiba-tiba menjadi sakit. Lalu dia berjalan pergi seorang diri meninggalkan Jeno dan Haechan di belakang.

--

"Jihyun..." Yangyang memandang kearah gadis itu. Wajahnya masih ditunduk memandang tanah. Mereka berdua sudah berada di hadapan rumah Jihyun sekarang.

"Kau ada masalah ke?" tanya Yangyang prihatin.

"Diorang tak ikhlas kawan dengan kau."

"Tak, aku tak ada apa-apa masalah pun." jawab Jihyun mendatar.

"Kau nak cerita apa-apa dekat aku tak?" Dia masih cuba memujuk gadis itu. Jihyun kelihatan betul-betul tidak terurus sekarang. Dengan rambutnya yang sudah sedikit berserabai dan wajahnya yang sudah sembap.

Jihyun menggeleng. Yangyang mengeluh perlahan. Akhirnya dia hanya menyuruh Jihyun masuk ke dalam rumah dan menelefonnya sekiranya ada apa-apa berlaku.

--

"Kang Jihyun! bila kau nak keluar bilik ini!" Jaehyun menjerit sekali lagi. Pintu bilik gadis itu diketuk beberapa kali sekali lagi. Ini sudah kali keempat dia memanggil Jihyun tetapi dia masih tidak keluar daripada biliknya.

Hatinya mulai risau dengan keadaan gadis itu. Sejak pulang daripada sekolah tadi, dia langsung tidak menjamah makanan di dapur.

"Jihyun... kau okey tak ini?" Jaehyun mula melembutkan suaranya.Telinganya dirapatkan pada pintu bilik. Masih tiada jawapan. Jaehyun mengeluh perlahan

Apa yang sudah jadi pada Jihyun ini? Padahal pagi tadi elok sahaja dia bergelak tawa dengannya.

"Jihyun tak keluar ke?" Puan Jung muncul daripada belakang. Jaehyun menggeleng perlahan. Jaehyun mengundurkan diri ke belakang, memberi ruang kepada ibunya.

"Jihyun, kamu tak lapar ke?" tanya Puan Jung lembut. Tiada jawapan juga.

"Nak eomma masuk tak?" Puan Jung bersuara lagi. Namun pada kali ini, selepas beberapa saat, Jihyun membuka pintu biliknya sedikit, hanya menampakkan suku wajahnya yang dihalang dengan rambut panjangnya dalam keadaan gelap. Dia tidak membuka suis lampu.

"Yah Kang Jihyun!-" Puan Jung mencerlung tajam kearah Jaehyun apabila dia cuba untuk mendekati pintu bilik Jihyun semula.

Puan Jung berhati-hati melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya itu dan kembali menutup rapat pintu serta menguncinya daripada dalam, meninggalkan Jaehyun berseorangan di luar.

Jaehyun? Dia pula yang merajuk dengan Puan Jung. Anak manjalah katakan.

Lampu tidur berdekatan katil queen itu dibuka, bagi menampakkan wajah Jihyun dengan lebih jelas. Puan Jung duduk dibirai katil dan mendekati Jihyun yang duduk memeluk lututnya diatas katil.

"Jihyun kenapa ini..." Jihyun mengangkat wajah memandang Puan Jung sayu. Terkejut wanita itu apabila melihat mata Jihyun yang sangat sembap, hidungnya juga sudah merah-kemerahan.

Dia mendakap tubuh kecil gadis itu masuk ke dalam dakapannya. Belakang badannya diusap lembut bagi menenangkannya lagi. Bunyi tangisan daripada gadis itu kembali kedengaran. Tersedu-sedan dia menangis di dalam dakapan Puan Jung.

"Jihyun rindu eomma." Puan Jung tersenyum kecil mendengar luahan gadis itu. Dia tahu Jihyun maksudkan tentang ibu kandungnya yang berada di luar negara itu.

"Hujung minggu ini eomma balik Jihyun." Puan Jung cuba menenangkan gadis itu. Melalui panggilan daripada kakak iparnya pagi tadi, dia akan pulang ke Korea sebentar pada hujung minggu ini.

"Tak- Jihyun tak percaya. Jihyun dah penat nak berharap..." sayu sahaja kata-kata itu keluar daripada mulutnya.

Puan Jung terdiam seketika. Memang benar, sudah berkali-kali ibu kandungnya membuat janji seperti itu.

"Minggu depan eomma balik!"

"Nanti eomma balik Jihyun..."

Tetapi tidak. Dia tidak pernah mengotakan janjinya. Pada akhirnya, janji itu dimungkiri dengan alasan yang sama .

"Hyuk ada pembedahan."

"Hyuk masuk hospital hari ini."

"Hyuk pengsan."

Dia dah lali dengan semua ini. Dia penat mahu mempercayainya lagi dan penat mahu meletakkan harapan. Dia berjanji tidak mahu menangis disebabkan hal ini.

Tetapi akhirnya air matanya tumpah juga, disebabkan ibu kandungnya dan juga Renjun...

Tetapi akhirnya air matanya tumpah juga, disebabkan ibu kandungnya dan juga Renjun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Say Yes | HRJWhere stories live. Discover now