21

550 106 12
                                    

"Macam mana kau boleh rapat dengan Haechan tu?" Heejin bertanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana kau boleh rapat dengan Haechan tu?" Heejin bertanya. Mereka berdua sekarang sedang berjalan disepanjang Sungai Han.

"Haechan minta aku join kumpulan dia dan ajak aku rehat sekali dengan diorang..." Jihyun terjeda seketika. Dia terfikir sesuatu. Jika Haechan tidaj menegurnya dan tidak mengajaknya untuk rehat bersama, mesti dia akan keseorangan lagi sekarang dan hanya berbaring di dalam khemah.

"Kalau Haechan ada sakitkan hati kau, kau bagitahu aku. Dia itu memang menyakitkan hati sikit." kata-kata Heejin itu membuatkan Jihyun tergelak. Makin lama mereka berbual, tanpa sedar tangan Jihyun sudah naik memegang lengannya.

Heejin memandang tangan Jihyun yang sedang memegang lengannya, Jihyun masih lagi bercakap tentang sesuatu tetapi dia sudah tidak menumpukan perhatian terhadapnya.

"Heejin." Jihyun memanggil gadis itu apabila dia perasan akan perubahan wajah Heejin. Heejin mendongak wajah semula memandang kearah Jihyun, melakukan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Jihyun memandang kearah pandangan Heejin tadi. Matanya menurun kearah tangannya yang sedang memegang lengan Heejin tanpa sedar. Segera dia menarik semula pegangannya dan melarikan pandangan.

"Maaf buat kau tak selesa." Jihyun berkata perlahan. Jihyun mengenggam tapak tangannya erat. Macam mana dia boleh hilang fokus terhadap tabiatnya itu.

"Tak apa. Walaupun aku tak suka skinship tapi aku tak kisah kalau kau peluk tangan aku macam tu." kata Heejin tenang. Tangannya diangkat dan melingkari bahu Jihyun dan tersenyum kearahnya. Jihyun membalas senyumannya dan Heejin mendorong mereka melangkah ke hadapan semula.

--

Setelah menyarungkan baju sejuk pada tubuhnya, Jihyun keluar daripada khemah dan berjalan mendekati tempat yang telah dijanjikan. Heejin sudah terlebih dahulu pergi ke tempat itu. Katanya ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan Haechan.

Sudah ramai kawan sekelasnya yang duduk disekeliling unggun api itu dalam keadaan bulatan. Jihyun mengambil tempat diantara Heejin dan Haechan.

Sedang Jihyun sibuk memerhatikan kawan-kawan sekelasnya, bahu Jihyun disentuh daripada belakang membuatkannya berpaling. Renjun menghulurkannya pek panas padanya.

"Gomawo." Jihyun tersenyum dan mengambil pek panas itu daripada tangan Renjun. Dia datang bersama Yangyang dan Jeno. Renjun mengambil tempat duduk disebelah Haechan.

Pek panas itu diletakkan di dalam poket baju sejuknya dan digenggam erat.

Sepanjang malam itu, banyak permainan yang mereka lakukan dan sehinggalah aktiviti penutup.

"Siapa yang nak menyanyi pula ni!" Daehwi menjerit teruja sambil memegang gitar pada tangannya. Memandangkan dia merupakan giliran yang pertama untuk menyanyi. Dia menghulur gitar itu pada Jeno untuk memainkannya nanti.

[C] Say Yes | HRJWhere stories live. Discover now