13

577 108 7
                                    

"Korang berdua lama sangat berdiri dekat sini kenapa?" suara Doyoung daripada belakang membuatkan mereka berdua serentak menoleh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Korang berdua lama sangat berdiri dekat sini kenapa?" suara Doyoung daripada belakang membuatkan mereka berdua serentak menoleh. Renjun terus melangkah pergi meninggalkan dapur apabila Doyoung menegur mereka.

Jihyun menggeleng laju dan berpaling semula kearah sinki, mengambil pinggan milik Renjun tadi dan mula membilasnya.

Doyoung tersenyum kecil dan berjalan kearah Jihyun, pinggannya diletakkan diatas kabinet putih itu dan bergerak kearah peti sejuk.

"Korang nampak rapat." kata Doyoung . Yogurt berperisa strawberi diambil daripada dalam peti.

"Tak juga." jawab Jihyun kekok. Dia sungguh tidak tahu apakah hubungannya dengan Renjun. Nak dikatakan kawan? Dia sendiri tidak tahu.

Setelah siap membasuh pinggan Renjun tadi, Jihyun dengan cepat melarikan diri daripada dapur. Dia pasti Doyoung akan bertanyakan soalan lain kepadanya lagi. Dia tidak mahu disoal sekarang. Sudah pasti Jaehyun dan Mark yang berada di meja makan akan mendengarnya.

Renjun yang sedang duduk diatas sofa di ruang tamu memerhati Jihyun yang berlari anak menaiki anak tangga dengan laju.

Apabila dia menyedari Doyoung yang berjalan keluar daripada ruang makan, segera dia melarikan pandangannya terhadap Jihyun. Telefon miliknya dipandang. Berpura-pura bermain dengannya.

Doyoung menghenyakkan punggungnya disebelah Renjun. Dia memerhatikan Renjun yang sedang bermain dengan telefonnya. Hujung bibirnya ternaik.

"Jangan nak sorok Renjun. Hyung nampak." Doyoung tergelak kecil dan menggeleng perlahan.

"Hyung-" kata-katanya terhenti apabila dia ternampak Jaehyun dan Mark yang sudah keluar daripada ruang makan. Dia mengigit bibirnya dan mengalihkan pandangannya semula.

Doyoung menepuk bahu Renjun sebelum dia bangun daripada duduknya dan berjalan menaiki anak tangga.

"Nanti aku masuk bilik kau"

Renjun menggeleng laju. Apa yang dia fikirkan sekarang? Tetapi sifat ingin tahunya semakin membuak-buak.

Kenapa Jihyun ada di rumah Jaehyun?
Kenapa Doyoung masuk ke dalam bilik Jihyun? Jihyun ada hubungan dengan Jaehyun ke? Kenapa diorang berpelukan tangan tempoh hari dan pagi tadi? Jaehyun bukan anak tunggal ke ?

Dan kesemua persoalan itu hanya dipendam di dalam hatinya. Dibiar tidak dijawab dan soalan-soalan itu tidak berhenti berlegar-legar di dalam fikirannya.

"Kau okey tak Renjun?" tanya Mark apabila melihat lelaki yang muda setahun daripadanya itu asyik menggeleng.

"Hyung, aku duduk dekat luar jap." Renjun terus melangkah keluar daripada rumah itu apabila Jaehyun mengangguk. Membenarkannya duduk di halaman belakang rumahnya.

--

Bunyi ketukan pintu itu sekali gus membuatkan Jihyun bangun daripada pembaringannya. Setelah Jihyun membenarkannya masuk, pintu bilik itu dibuka.

Doyoung berjalan masuk ke dalam bilik gadis itu dan duduk diatas kerusi di meja belajar gadis itu. Seakan sudah biasa dengan bilik ini.

"Kejap oppa." Jihyun mengemaskan ikatan rambutnya dan bangun mendekati laci disebelah almari bajunya. Laci dibahagian atas dibuka dan cekak rambut yang digunakannya semasa mencuci muka diambil lalu dipakainya. Ini akan membuatkannya lebih fokus.

Jihyun berjalan kearah Doyoung dan menarik kerusi putih disebelah Doyoung dan duduk disebelahnya. Buku mata pelajaran Kimia dikeluarkan.

"Jadi latihan hari itu dah buat?" Buku teks itu dibelek oleh Doyoung. Matanya ralit mencari muka surat yang dikehendaki.

"Dah." Jihyun meletakkan buku latihan Kimia itu diatas meja.

Pada hujung minggu, Jaehyun akan keluar pada waktu petang untuk latihan bola keranjangnya dan pada waktu itu, Jaehyun meminta Doyoung untuk menemani Jihyun seketika sekiranya ibu bapanya tiada dirumah memandangkan Doyoung memang sudah biasa datang kerumahnya untuk melepak.

Disebabkan itu juga, Doyoung menawarkan diri untuk mengajarnya mata pelajaran Kimia pada Jihyun. Jihyun juga setuju dengan rancangan Doyoung itu memandangkan dia juga teruk dalam subjek itu.

Setelah dua jam berlalu, mereka berdua berhenti seketika. Mereka mengambil keputusan untuk berehat. Jihyun meregangkan badannya dan menguap.

"Nak air tak? aku nak turun kejap ini." Jihyun mengangguk laju. Air di dalam botol airnya sudah habis diminum sewaktu belajar tadi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Say Yes | HRJWhere stories live. Discover now