04

666 128 3
                                    

Jihyun melangkah masuk ke dalam kawasan kelasnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jihyun melangkah masuk ke dalam kawasan kelasnya. Kelihatan hanya beberapa orang pelajar yang baru ada di dalam kelas itu termasuklah Renjun. Lelaki itu hanya duduk di tempat duduknya sambil membelek buku. Seperti biasa, dia hanya mendiamkan diri dan membuat kerja sendiri.

Kerusi itu ditarik dan dia melabuhkan punggung diatas kerusi. Tetapi matanya masih setia menatap belakang badan Renjun.

"Jihyun." bahunya tersentak. Matanya terus melarikan pandangannya daripada Renjun lalu memandang kearah sisinya.

Lee Haechan.

Haechan tiba-tiba meletakkan tangannya diatas bahu Jihyun. Tersentak dia apabila Haechan memegang bahunya. Dia memandang Haechan pelik.

"Kau belum ada kumpulan lagi kan?" tanya Haechan dengan mata yang bersinar. Mengharapkan jawapan positif daripada gadis itu. Sehinggakan kerusi disebelahnya yang kosong ditarik untuk duduk disebelahnya.

Jihyun mengangguk perlahan. Matanya berkelip beberapa kali memandang Haechan yang sudah tersenyum lebar.

"Okey, bagus! Kau masuk kumpulan aku nak tak?" tanya Haechan. Pandangan yang jelas berharap Jihyun akan bersetuju untuk masuk ke dalam kumpulannya.

"Ya... boleh." jawab Jihyun perlahan. Dia tidak berapa kisah tentang ahli kumpulannya nanti. Dia pasti Haechan menawarkannya untuk masuk ke dalam kumpulan hanya untuk melakukan semua kerja itu. Lagipun mereka mungkin kekurangan ahli?

Dia sudah terbiasa. Perkara itu sudah berulang-ulang terjadi padanya. Haechan bangun dari duduknya dan meletakkan kerusi itu kembali di tempatnya.

"Kau biasa makan dekat mana masa rehat?" tanya Haechan lagi sebelum meninggalkan tempatnya.

"Kantin." jawab Jihyun ringkas. Lagipun hari ini tiada kerja tambahan untuk dilakukan seperti biasa. Jihyun tidak melihat kelibat Ahreum pada pagi ini. Jihyun sempat memandang sekilas jam di hadapan. Kebiasaannya pada waktu ini dia sudah muncul.

"Jadi kau duduk dengan meja aku jelah nanti. Senang kita nak bincang." kata Haechan dengan senyuman dibibirnya. Jihyun terdiam sejenak. Dia ragu-ragu. Ah dia risau dia akan menjadi kekok sewaktu makan nanti. Jangan cakaplah, sekarang pun dia kekok!

"Okey..." Jihyun menjawab. Dia serba salah untuk menolak tawaran lelaki itu. Haechan berlalu pergi ke tempatnya semula selepas mendapat jawapan daripada Jihyun.

 Haechan berlalu pergi ke tempatnya semula selepas mendapat jawapan daripada Jihyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Say Yes | HRJWhere stories live. Discover now