14 - Break

388 53 2
                                    

"saya ni siapa kepada awak?!!" soal Sana. Sedari tadi dia tidak berhenti menangis.

"girlfriend saya lah" jawap Mark.

Ketika ini, mereka berdua berada di taman yang terletak berdekatan dengan mall.

"perempuan tadi siapa?!"

"dia cuma Kawan saya"

"kawan?! Kawan awak cakap?!! habis tu kenapa korang berdua pegang pegang tangan tadi?!"

"itu biasa je lah Sana..."

"Biasa?!" kata Sana sambil memandang wajah Mark dengan bengang.

"Awak tahu tak... perangai Awak dah lain. Awak tak sama macam dulu. And apa yang saya perasan, awak macam nak tak nak je bila saya ajak keluar! Dan dulu awak selalu panggil saya 'sayang'... Tapi sekarang?"

"Lepas tu, bila saya ajak awak lunch, awak selalu mengelak dari saya"

"sebenarnya, sebelum ni saya dah pernah nampak awak keluar dengan perempuan tadi. Saya ingatkan salah nampak, rupanya betul..." kata Sana sambil tersenyum sinis.

"apa yang sebenarnya awak nak dari saya? Awak datang dalam hidup saya semata mata untuk menyakitkan hati saya?!" marah Sana lagi.

Mark mengusut ngusutkan rambutnya.

"awak pun sama je... Awak fikir saya tak tahu... Yang sebenarnya awak tu tak ada perasaan langsung dekat saya. Sikit pun tak ada!" balas Mark.

"Ya... Memang betul. Tapi kan saya pernah cakap... Yang saya akan cuba untuk cintakan awak. Tapi kalau awak dah buat perangai macam ni... Awak rasa saya boleh cintakan awak lagi?!" kata Sana sambil menangis.

"Saya tahu awak lebih cintakan Taehyung dari saya. So... Saya tak nak jadi bodoh. Buat apa saya nak cintakan orang yang tak cintakan saya" Kata Mark.

"tapi tu dulu! Saya dah cuba perlahan lahan untuk lupakan dia. Dan sekarang ni saya dah ada awak... Tapi kenapa awak buat saya macam ni?!" kata Sana.

Mark menghembuskan nafas panjang.

"Ok... Macam ni lah Sana... Saya minta maaf sangat sangat dekat awak... Kali ni saya cakap jujur... saya tak pernah cintakan awak. semua yang terjadi selama ni... Hanya sebuah plan" ujar Mark.

"apa?? apa maksud awak?!" soal Sana lalu memandang wajah Mark.

"Nayeon, tzuyu dan saya yang plan kan semua ni. Sebelum ni kami ada siasat sama ada Taehyung suka awak ke tak. Lepas tu... Kami bertiga rancang untuk jadikan saya sebagai fake boyfriend awak... Untuk tengok sama ada taehyung jaelous atau tidak... Dan tak sa--"

Pang!

Sana menampar wajah Mark sekuat hatinya.

"awak tahu tak... Kalau saya lambat bagitahu awak untuk hantarkan saya ke sungai han haritu, mungkin korang bertiga dah di tuduh sebagai pembunuh"

"tak sangka... Plan paling bodoh yang pernah aku jumpa" kata Sana sambil tersenyum sinis.

Sana terus meninggalkan Mark di situ. Air matanya tidak berhenti mengalir.

Rasanya amat sakit apabila tahu semuanya di rancang oleh kawan kerja sendiri.

Tapi, dia tidak menyalahkan diri mereka sepenuhnya. Dia juga salah kerana mudah jatuh cinta dengan orang di sekelilingnya.

...

"Jimin...apa yang aku perlu buat?" soal Taehyung kepada rakan baiknya itu yang bernama Park Jimin.

Boss ; kth ✓Where stories live. Discover now