Setelah hampir 3 bulan Sana bekerja di syarikat pengusahan kim itu, dia mula terbiasa dengan keadaan sekeliling.
"Sana jangan lupa esok, kita Ada mesyuarat dekat daegu" pesan Taehyung.
"Ya, baiklah... Terima kasih boss sebab hantarkan saya balik" ucap Sana.
"Sama sama..."
"Saya masuk dulu" kata Sana lalu membuka pintu kereta.
"Sana..."
"Hmm?"
"good night" ucap Taehyung.
Sana hanya tersenyum lalu
menganggukkan kepalanya....
Pakaian Taehyung
Pakaian Sana
"kau ada bawa Hard disk? Nanti aku tinggalkan kau lagi" ugut Taehyung. Dia sengaja menakut nakutkan Sana.
"Ada... Ini dia!" kata Sana dengan bersemangat sambil menunjukkan hard disk itu kepada Taehyung.
"Ok, bagus! Jom gerak sekarang" ujar Taehyung.
"Jom!" balas Sana. Sana berasa sangat teruja kerana dia belum pernah pergi ke Daegu lagi sebelum ini.
...
"Bagus Sana, kau semakin profesional dalam pembentangan kali ni" puji Taehyung.
"Terima kasih boss, ini pun hasil daripada didikan boss" balas Sana.
"Jom, aku nak bawa kau ke suatu tempat"
"Suatu tempat? Tempat apa?" soal Sana.
"Adalah... Ikut je" balas Taehyung. Sana hanya menganggukkan kepalanya.
Setelah hampir 1 jam perjalanan, akhirnya mereka sampai ke tempat yang di katakan Taehyung.
"Hmm... Kita buat apa dekat sini. Ini macam... Istana je..." Ujar Sana. Matanya membulat sempurna kerana kagum melihat tempat yang sangat cantik dan mewah itu.
YOU ARE READING
Boss ; kth ✓
RomanceKisah seorang CEO muda yang selalu tersakiti dengan cinta. Dan akhirnya, dia dipertemukan dengan P.A nya yang baru. Start : 12 February 2021 End : 29 May 2021 Highest ranking #1 bangtwice #1 twice #1 taesana #1 minatozakisana #1 nayeon #1 dahyun #1...