"Boss, dah siap" kata Sana sambil menyerahkan info info syarikat terbesar di Korea itu kepada Taehyung. Dia berharap agar dia dapat pulang kali ini.
Taehyung memeriksa kembali. Kemudian, dia mendiamkan diri.
"kali ni Saya dah boleh balik kan?" soal Sana.
"Hmm... Boleh" balas Taehyung.
Sana menganggukkan kepalanya lalu melangkah pergi.
"Sana..." panggil Taehyung. Langkah Sana terus terberhenti.
Sana hanya mendiamkan diri sambil memandang Taehyung.
"Kau balik naik apa?" Soal Taehyung.
"Bas" jawap Sana singkat.
Taehyung melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 8:35 malam.
"Ada lagi ke bas waktu macam ni?" Soal Taehyung lagi.
Sana menganggukkan kepalanya. "Ada. Bas terakhir sampai pukul 9" jawap Sana.
"Saya pergi dulu, ya..." kata Sana lagi lalu memulaskan tombol pintu bilik itu.
"Tunggu sekejap. Biar aku hantarkan kau. Bahaya malam malam macam ni" Kata Taehyung sambil bangun dari kerusinya. Telefonnya diambil di atas meja lalu mendekat ke arah Sana.
"Jom" kata Taehyung lalu melangkah pergi. Sana hanya mengikuti langkah Taehyung dari belakang.
Mereka berdua terus menuju ke arah tempat letak kereta.
"Masuklah" arah Taehyung apabila melihat Sana yang masih tercegat di hadapan keretanya.
Sana hanya mendiamkan diri lalu masuk di bahagian belakang.
"Kau fikir aku driver kau ke? Sini, duduk sebelah aku" arah Taehyung.
Sana keluar dari kereta itu lalu berpindah ke tempat duduk hadapan.
"pakailah seat belt... Itu pun nak di ajar ke? Atau pun nak aku yang pakaikan?" Soal Taehyung.
"ouh, y-ya..." balas Sana kekok.
...
Di hadapan apartment Sana
"Kau duduk sorang je ke?" Soal Taehyung.
Sana menganggukkan kepalanya.
"Mana omma dan appa kau?" Soal Taehyung lagi.
"Diorang duduk dekat jepun" jawap Sana.
"Oh..." Taehyung menganggukkan kepalanya.
"Tak takut ke tinggal sorang sorang?"
"Tak... Dah biasa" balas Sana.
lama mereka berdiam.
"Saya masuk dulu. Terima kasih sebab hantarkan saya balik" ucap Sana sambil membuka pintu kereta.
"Sana..." Taehyung menahan tangan Sana.
"Ya..." jawap Sana sambil memandang wajah Taehyung.
"Hmm... Hati hati" ucap Taehyung.
Sana tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
"terima kasih"
...
"Seriously? Dia hantar kau balik?" Soal Momo tak percaya.
YOU ARE READING
Boss ; kth ✓
RomanceKisah seorang CEO muda yang selalu tersakiti dengan cinta. Dan akhirnya, dia dipertemukan dengan P.A nya yang baru. Start : 12 February 2021 End : 29 May 2021 Highest ranking #1 bangtwice #1 twice #1 taesana #1 minatozakisana #1 nayeon #1 dahyun #1...