8 - Fight

479 64 7
                                    

Sana memapah Taehyung sehingga ke dalam bilik tetamu. Manakala, Taehyung masih dengan mabuknya.

"Boss... saya pergi dulu"

Belum sempat Sana melangkah, Taehyung menahan tangannya.

"Sana..."

"ada apa boss?"

"Jangan pergi, please..." mohon Taehyung. Tetapi nadanya terdengar sedikit serak. Taehyung menangis?

"Tolong jangan tinggalkan aku..." kata Taehyung sambil menarik pinggang Sana sehinggakan tubuh Sana terjatuh ke atas tubuhnya.

"Hmm? Ke-kenapa?" tanya Sana hairan.

Taehyung tidak menjawap. Sebaliknya dia mengeratkan lagi pelukan itu. Sepertinya, dia tidak akan melepaskan gadis itu.

Sana yakin, Taehyung jadi begini pasti kerana dari effect mabuknya. Jadi, dia faham.

Taehyung mengusap wajah Sana. Dia sangat mengagumi dengan paras cantik gadis Jepun itu.

"Sana, aku sayangkan kau" ucap Taehyung lalu bibir Sana di cium lembut.

Mata Sana membulat sempurna! Dia sangat terkejut!

"Uhm..." Sana merengek minta di lepaskan sambil memukul mukul tubuh Taehyung. Tetapi, itu tentu sahaja tiada apa apa bagi Taehyung.

Taehyung memperdalamkan lagi ciuman itu. Kali ini, dia menolak tubuh Sana ke katil dan menindih tubuh kecil itu.

Semakin lama, ciuman itu semakin kasar. Taehyung menggenggam kedua dua tangan Sana ke katil. Sana betul betul tidak boleh melarikan diri ketika ini.

Setelah waktu berlalu, akhirnya Taehyung melepaskan ciuman itu.

"Kalau boss sayangkan sayang, kenapa boss buat saya macam?" Soal Sana. Air matanya mula mengalir.

Taehyung tidak menjawab soalan Sana. Sebaliknya, dia baring di sebelah Sana. Kemudian, dia menarik Sana kedakapannya.

"I'm so sorry..." Ucap Taehyung. Tubuh Sana diusap lembut.

"Bolehkan aku tidur dengan kau malam ni? Malam ni je... Aku janji tak akan apa apa kan kau" minta Taehyung.

Sana hanya mendiamkan diri. Beberapa detik kemudian, dia mengangguk lemah.

...

Sana bangun. Dia memandang wajah Taehyung yang masih tidur sambil memeluk tubuhnya. Pelukan mereka sangat hangat.

Wajah Taehyung di usap lembut. Dengan Itu saja telah membuatkan hati Sana berasa tenang.

Tiba tiba, Taehyung membuka matanya.

Cepat cepat Sana menutup matanya kembali, berpura pura untuk tidur.

Taehyung tersenyum sendiri.

"Dah bangun?" soal Taehyung.

"Hmm..." Balas Sana.

Ini lah membuatkan Taehyung tidak tahan dengan Sana. Suaranya sahaja sudah terdengar comel.

"Boss... Lepaskan Saya. Saya nak pergi mandi. Sekarang dah pukul 9. Kita dah lambat" Kata Sana setelah melihat jam di dinding.

Taehyung mendiamkan diri. Kemudian, dia mengeratkan lagi pelukan itu. Sehinggakan Sana tidak boleh bergerak walau sedikit pun.

Boss ; kth ✓Where stories live. Discover now