04

748 83 46
                                    

" Oi boke, habiskan makanan kau. Kejap lagi lunch break nak habis " Tegur Kageyama. Y/N mencebik, memandang kembarnya.

" Nak main phone kejap pun tak boleh " Y/N menjeling Kageyama yang sedang menyedut susu kotaknya. Kalau sehari tak beli susu kotak memang tak sah budak ni.

Roti yang berada di tangan disuap dan dikunyah perlahan. Y/N memandang sekelilingnya. Dia mendengar bisikan-bisikan pelajar yang sedang bercakap mengenai mereka.

Y/N mengeluh kecil. Sejak hari pertama dia dan Tobio menjejakkan kaki di Karasuno High School, mereka sering mendengar nama mereka disebut oleh rakan sebaya mahupun senior mereka.

Tobio diberi gelaran King of the Court, manakala Y/N digelar sebagai Super Setter. Tidak dinafikan, pasangan kembar tersebut merupakan setter yang genius dan mempunyai bakat yang luar biasa dalam volleyball. Namun, perangai mereka yang amat berlainan menjadi buah mulut orang ramai.

Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk meluangkan waktu makan tengah hari dengan kembarnya. Kadang-kadang seorang remaja lelaki sebaya mereka yang mempunyai rambut oren menyertai mereka waktu rehat.

" OI, KAGEYAMA-KUNNNN " Kedengaran satu jeritan datang dari hujung koridor. Hinata sedang berlari ke arah Y/N dan Tobio yang sedang duduk di kerusi batu menghadap taman. Kotak susu yang dipegang oleh Kageyama terjatuh ke tanah. Kageyama mengerdipkan matanya beberapa kali, cuba memproses apa yang sedang terjadi. Y/N menahan gelak sambil melihat reaksi kembarnya.

" Erm, Kageyama? " Panggil Hinata yang sedang berdiri berhampiran Y/N. Kageyama bangun sambil merenung Hinata tajam.

" HINATA BOKE! SEBAB KAU SUSU AKU JATUH KAT TANAH " Jerit lelaki berambut hitam itu. Y/N menggelakkan Kageyama.

Terkejut mendengar tempikan dari si setter itu, Hinata menyorok di belakang Y/N, menjadikan si gadis itu sebagai perisai.

" Tobio, yamero. Tak malu ke orang ramai tengok " Ujar Y/N. Ketawa yang masih berbaki dihamburkan. Kageyama mencebik.

" Fine " Bibirnya masih muncung, masih tidak puas hati mengenai susu kotaknya yang tumpah. Y/N menggelengkan kepala.

" Kenapa kau jerit nama aku kuat-kuat? " Kageyama memandang Hinata yang masih lagi menyorok di belakang Y/N. 

" Oh, tak ada apa-apa. Saje je nak panggil kau " Habis sahaja dia mengucapkan ayat tersebut, Hinata terus angkat kaki meninggalkan pasangan kembar itu.

" HINATA BOKEEEEE " Kageyama mengejar middle blocker pasukan volleyball yang disertai olehnya. Y/N hanya mampu menggelengkan kepala. 

" At least they get along " 

[ C ] unknown number | kuroo tetsurouWhere stories live. Discover now