28

449 54 59
                                    

" Kenma, aku takut la " Kenma menghela nafas. Kuroo yang masih mundar mandir itu dipandang tanpa perasaan. Habis satu bilik ni dia tawaf.

" Kuroo, untuk kali kesepuluh pada hari ni. It's gonna be alright. Trust me " Nintendo di tangan terasa mahu dicampak ke arah lelaki itu. Tapi kalau pecah, menangis tak berlagu dia nanti.

" T-tapi, kalau dia reject aku macam mana- " Kuroo menjuihkan bibirnya. Manakala otaknya dah fikir macam-macam dah. Siap boleh fikir kalau kena reject dia nak buat apa.

" Cheer up, Kuroo-san. Y/N-san mesti suka Kuroo-san punya " Lev muncul sambil menggosok kepalanya menggunakan tuala. Sah budak ni curi-curi dengar apa yang Kuroo cakap.

" LEV! Hal orang besar tak payah masuk campur la " Yaku menyepak Lev. Entah dari mana muncul, dengan salam tak bagi, tetiba sepak bontot orang. Bagus sangat la perangai macam tu.

" Yakkun, cara kau cakap macam aku ni tua sangat- " Kuroo mengerdipkan matanya beberapa kali. Awalla kalau nak kata dia ni tua. Umur baru 18 kot. Kerja pun belum. Gaya Yaku cakap macam dia dah boleh kahwin dah.

" Kau ni emo sangat apahal? Datang bulan ke apa. Macam mana la nak jaga Y/N nanti " Disebabkan perangai Kuroo yang semakin mengada-ngada, habis Yaku membebel. Pening juga kepala dia nak layan perangai kapten diorang ni. Dasar tak boleh harap.

" Kau sure ke dia suka aku balik. Kalau tak macam mana? Aku kena buat apa lepastu? " Kuroo kembali overthinking. Anak-anak buahnya yang lain hanya memandang si kapten.

" Izinkan aku ketuk mamat ni "

" Dengan segala hormatnya, dipersilakan "

[ C ] unknown number | kuroo tetsurouWhere stories live. Discover now