06

675 72 56
                                    

" Tadaima " Mendengar suara itu, pantas Y/N menyorokkan telefon di celah-celah sofa. Tobio melangkah masuk ke ruang tamu.

" Okaeri, Tobio " Y/N menyambut kepulangan kembarnya yang tersayang uhuk uhuk. Tobio meletakkan barang-barang yang dibawa ke camp di atas lantai dan merebahkan dirinya di atas sofa.

" How's your practice match between Nekoma? " Y/N menyoal, cuba mancari topik untuk berbual. 

Dan soalan itu menyebabkan Tobio merenungnya dengan tajam.

" Macam mana kau tau kita orang ada practice match dengan Nekoma? Aku just bagitahu kau yang kita orang ada training camp je " Tobio mengerutkan dahinya, cuba mengingati ada tak scene dia bagitahu Y/N pasal practice match dengan Nekoma. Y/N menggigit bibir, cuba mencari alasan nak jawab soalan Tobio.

" Tak de la, aku ada terdengar Yamaguchi-kun dengan Tsukishima-kun cakap pasal practice match dengan Nekoma before korang pergi training camp " Selamba Y/N menjawab. Padahal dalam hati dah cuak dah, takut Tobio tanya yang pelik-pelik lagi.

' Gomen Yamaguchi-kun, Tsukishima-kun. Nanti aku belanja korang ais krim 20 sen ' Desis Y/N dalam hati. Ni kalau Tsukishima tau ni mau mati Y/N kena tibai.

" Oh, okay " Pendek sahaja jawapan yang diterima. Y/N menghela nafas lega. Kemudian dia sambung pandang Tobio.

" Kau ni, practice match dengan Nekoma pun nak rahsia dengan aku ke? Kembar jenis apa kau ni? " Y/N menjeling Tobio. 

" Ingatkan nak buat surprise. Baru nak acah cool dapat lawan powerhouse school. Tak jadi aku nak berlagak dengan kau " Mendengar ayat yang keluar dari mulut Tobio itu membuatkan dia tercengang. Pelik-pelik je la kembar dia ni. Practice match dengan Nekoma pun nak bangga. Bukan official match pun.

" Tobio, pergi mandi dulu. Lepastu baru makan " Laung okaa-san dari dapur. Pantas Tobio berdiri dan mengambil kesemua barangnya.

" Baik, kaa-san " Lelaki berambut hitam itu melangkah ke biliknya. Y/N memandangnya sekilas.

" Kageyama Y/N " Tiba-tiba Tobio berhenti di tengah jalan dan menyebut nama kembarnya. Y/N yang tengah cari balik telefon dia tiba-tiba terkedu.

" Ya saya " Perlahan-lahan dia memandang Tobio yang sedang berdiri. Kali ini, renungan Tobio dua kali tajam. Y/N sendiri dah cuak tengok.

" Kalau ada lelaki lain kacau kau bagitahu aku. Nanti aku settlekan " Ujar Tobio dengan muka yang serius. 

Y/N menelan air liur. Kembarnya yang seorang ni memang overprotective. Kalau dia nampak Y/N cakap dengan budak lelaki lain yang dia sendiri tak rapat atau tak kenal, memang innalillah la orang tu.

Mengenang semula kisah di Kitagawa-Daiichi. Ada la satu haritu kapten bola sepak nak confess kat Y/N. Siap bagi coklat lagi tau. Alkisahya, si Kunimi dengan Kindaichi nampak lepastu pergi report kat Tobio. Hah apa lagi, Tobio datang lepastu spike bola kat kepala kapten bola sepak tu. Dasar ikut ajaran senpai dia si Iwaizumi tu la. Dan sejak haritu, tak de siapa lagi yang berani nak dekat dengan Super Setter Kageyama Y/N. Nasib la lepas dah masuk high school ni perangai dia dah berubah.

" Baik, Tobio " Y/N tersenyum. Padahal dia dah overthinking macam-macam dah ni. Kalau Tobio tau si Kuroo tu chat dia mau masuk kubur captain Nekoma tu.

" Ok "

[ C ] unknown number | kuroo tetsurouWhere stories live. Discover now