30

569 53 112
                                    

" YEAY DAH GRADUATE HIGH SCHOOL "

" DAH BOLEH KAHWIN YEAY "

" PALE HOTAK KAU HINATA "

" OI NAK KAHWIN KENA KERJA DULU. NANTI BINI KAU NAK MAKAN APA KALAU KAU TAKDE DUIT "

" BOKE SAMBUNG STUDY DULU LA "

" ODOE AKU GURAU JE " 

Y/N dan Yachi hanya tergelak melihat Tobio, Hinata, Tsukishima dan Yamaguchi yang masih bertekak. Sijil yang bergulung digenggam erat. Cepat sungguh masa berlalu. Tau ii je dah habis sekolah.

" Dah la tu korang. Jangan la gaduh ii " Yachi cuba meleraikan pergaduhan mereka. Ada diorang nak dengar? Dalam mimpi je la.

" Gaduh tu apa Raju? " Soalan Hinata membuatkan Y/N tercengang. Mana pulak datang si Raju ni? Siapa Raju?

" Kami pun taktau " Tobio, Tsukishima dan Yamaguchi menjawab serentak. Nampak sangat fius otak empat ekor ni dah terputus. Yang paling tak sangka, Tsuki pun ikut bengong sekali.

" Tak sangka kita semua ni be— Eh Y/N. Cer kau pusing belakang " Y/N yang tengah excited nak dengar Hinata mengaku yang diorang semua bengap mengangkat sebelah keningnya.

" Asal? ada apa kat belakang aku? " Gadis itu kebingungan. Y/N bertambah seram bila tengok mereka berlima memandangnya sambil tersenyum sinis.

" Pusing je la, imouto-chan " Tobio mula mengusik kembarnya. Tak sabar nak tengok apa reaksi Y/N.

" Hesh ye la ye— " Sebaik sahaja Y/N menoleh ke belakang, automatik mulutnya terkunci. Matanya digosok beberapa kali. Dia tak mimpi kan?

Seorang lelaki yang lengkap berbaju kemeja putih berada di depannya. Lengan baju lelaki itu dilipat hingga ke siku, manakala blazer hitamya disangkut ke bahu. Di tangannya pula penuh sejambak bunga ros dan juga coklat. Lelaki itu memandang Y/N sambil tersenyum lebar.

" Y/N-chan " Nama gadis itu disebut. Tanpa membuang masa, Y/N berlari ke arah lelaki itu.

" Tetsu! " Y/N menguntum senyuman apabila berdiri di depan lelaki itu. Tanpa membuang masa, Kuroo melekapkan bibibirnya dengan bibir Y/N.

Y/N memejamkan matanya, bibirnya pula membalas ciuman Kuroo.

" YANG KAT SANA TU, HORMAT LA SIKIT ORANG YANG SINGLE OI " Teguran Tsukishima mematikan ciuman pasangan itu. Spontan Y/N menolak sedikit badan Kuroo ke belakang. Pipinya memerah.

" Tsuki, asal kau benci sangat dekat aku— " Bibir Kuroo mula memuncung. Apa salah dia sampai dibenci oleh anak murid sendiri?

" It's annoying, Kuroo-san " Tsukishima memutarkan biji matanya. Anak ii, sila hormat orang single ya. Jangan jadi macam mamat tu.

" Omedetou, chibi-chan. Dah habis high school dah eh " Hidung milik Y/N dicuit. Jambangan bunga dan coklat yang berada di tangan dihulur ke arah gadis itu.

" Arigatou, Tetsu " Huluran lelaki itu bersambut. Y/N menjengketkan kakinya sedikit, seraya itu pipi Kuroo dicium sekali.

" Nak pergi date lepasni? "

" Mestilah "

⋇⋆✦⋆⋇ 

" PENATNYAAA " Kuroo menghumbankan dirinya ke atas katil. Y/N yang sedang bermain dengan telefonnya di atas katil hanya tergelak melihat tingkah laku kesayangannya.

" Mana tak penat, awak drive dari Tokyo ke Miyagi tu dah la lama. Lepastu bawak saya pergi date sampai malam " Rambut Kuroo diusap perlahan. Kuroo memuncungkan bibirnya.

" Bukan selalu nak dapat cuti. Lagipun dah lama tak jumpa awak " Kuroo memegang tangan Y/N yang sedang membelai rambutnya. Y/N hanya tersenyum.

Tidak lama kemudian, Kuroo menarik badan Y/N supaya ikut baring bersamanya. Tubuh gadis itu didakap erat.

Y/N merehatkan kepalanya di atas dada Kuroo. Gadis itu dapat mendengar degupan jantung Kuroo dengan jelas. Suasana dalam bilik itu senyap buat seketika.

" Awak apply universiti mana nanti? " Soal Kuroo sambil memandang ke arah gadis itu. Belakang badan Y/N diusap lembut beberapa kali.

" Waseda University " Jawab Y/N ringkas. Dia membetulkan posisinya sedikit supaya dia dapat baring dengan selesa.

" Waseda? Tokyo? " Kuroo memandang Y/N, tidak percaya.

" Mhm " Kepala dianggukkan.

" Kenapa Tokyo? "

" Sebab saya boleh dekat dengan awak " Jawapan yang keluar dari mulut Y/N membuatkan Kuroo tersenyum lebar.

" Kalau macamtu, awak duduk dengan saya je la nanti " Y/N memandang Kuroo sambil menjuihkan bibirnya.

" Dah tu kawan-kawan awak nak duduk kat mana? "

" Kita tendang je la diorang keluar HOHO— CHIBI-CHAN JANGAN LA CUBIT YA YA SAYA GURAU JE " Kuroo mencebikkan bibirnya. Belakang badannya yang baru sahaja dicubit oleh Y/N diusap. Tak boleh gurau sikit dia ni.

" Lain kali nak gurau tu pada ii sikit " Tingkah laku Y/N membuatkan Kuroo tergelak kecil. Comel pulak bila dia tengok Y/N marah.

" Dah pukul 12 ni. Tidur ii " Y/N menarik selimut supaya menutupi mereka berdua. Kuroo membiarkan Y/N baring di atas lengannya, sambil lengan yang lagi satu memeluk pinggang gadis itu. Y/N membalas pelukan Kuroo.

" Y/N "

" Yes Tetsu "

" I love you "

" I love you more, dummy "

[ C ] unknown number | kuroo tetsurouWhere stories live. Discover now