" KYANMAAA KAU KENA TOLONG AKU " Pintu bilik lelaki berambut blonde hitam itu ditolak kasar. Kalau boleh memang nak tolak pintu tu sampai tercabut pun. Perangai macam ni kalau bakal mentua nampak hesh buat malu je.
" Kau buat dosa apa kali ni? Aku takde masa nak cari port sorokkan badan orang yang kau dah bunuh " Kenma memandang Kuroo sekilas. Tangannya lincah menekan game controller yang berada di pegangan. Kuroo berjalan ke arah katil Kenma lalu menghumbankan dirinya di atas katil itu.
" Kenma, aku rasa aku dah nak mati " Atap siling yang berwarna putih itu ditenung. Kenma menjeling Kuroo. Ada-ada je la drama mamat ni nak buat.
" Dengan senang hatinya aku galikan kubur kau. Cepat bagi ukuran. Kejap lagi aku angkut satu team nak kuburkan kau " Balas Kenma. Matanya tidak lepas daripada memandang skrin televisyen di depannya.
Kuroo mengangkat badannya sedikit, memandang Kenma yang masih khusyuk dengan gamenya. Orang tengah serius dia boleh main ii pulak.
" Kenma, aku serius ni "
" Oh, hai serius. Hajimemashite "
" KENMAAAAAAA " Geram dengan respond Kenma, Kuroo menolak badan Kenma menggunakan kakinya.
Dasar manusia tak sedar diri, dah la duduk kat bilik orang. Lepastu buli tuan punya bilik. Nasiblah parents Kenma tak kisah.
Kenma mendengus kencang. Macam mana la dia boleh jadi kawan baik dengan beruk ni? Dasar tak reti bersyukur.
Game controller yang berada di tangan di baling tepat ke arah kepala Kuroo.
" YES, HEADSHOT! " Kenma bersorak, manakala Kuroo sedang mengusap kepalanya yang baru sahaja menerima 'tembakan' daripada Kenma.
" By the way, kenapa kau cari aku? Dah la main terjah je masuk bilik aku. Adab mana adab? " Kenma bersila, menghadap Kuroo. Kuroo turut duduk di atas katil. Dia memandang Kenma dengan muka yang serius.
Kenma meneguk liur. Kalau muka Kuroo serius semacam ni, dinasihatkan jangan main ii la dengan dia. Kalau tak jadi macam Lev, habis dia kena bantai dengan Kuroo. Nasib tak jadi arwah je.
" I have a crush on someone " Perlahan sahaja Kuroo menuturkan ayat tersebut. Namun suaranya masih lagi boleh didengari oleh Kenma.
" Siapa gadis malang tu? " Tanya Kenma. Dia mengesot ke arah katilnya, berminat nak dengar cerita Kuroo.
" Y/N " Pipi Kuroo membahang apabila menyebut nama gadis itu. Kenma menganggukkan kepalanya perlahan. Betullah apa yang Bokuto cakap.
" Sekarang ni, kau nak aku buat apa? " Kenma menyilangkan tangannya ke dada. Kuroo memuncungkan bibirnya.
" Bagi la tips nak confess " Ayat yang keluar dari mulut Kuroo membuatkan Kenma ternganga. Tak tau la bestfriend dia ni bengap ke apa.
" Kuroo "
" Ya? "
" Kau pandang aku "
" Dah. Asal? "
" Ada kau nampak aku ni ada girlfriend ke? " Kuroo memgerdipkan matanya beberapa kali. Cuba memahami maklumat yang Kenma cuba sampaikan
" Aku– betul jugak eh. Tolonglah aku Kenmaaaa. Kau kan best friend aku " Kenma membuat rolling eyes. Kalau tak dilayan Kuroo ni, sampai esok dia kacau Kenma.
" ... "
" Oi Kenma! "
" Aku fikir la ni. Diam sikit boleh tak? " Kenma menjeling Kuroo, manakala lelaki berambut hitam itu hanya tersengih.
Selang beberapa minit, Kenma menarik tangan Kuroo. Mengisyaratkan agar lelaki itu mendekatkan kepalanya supaya dia boleh berbisik.
" .... "
" Mhm "
" .... "
" Ye ye "
" ..... "
" Kalau tak jalan macam mana? "
" Nanti kita fikir cara lain pulak. Aduh kau ni "
" THANK YOU KENMA SEBAB TOLONG AKU HUWAAAA AKU SAYANG KAU " Kuroo mendepakan tangannya, nak peluk Kenma. Tapi Kenma cepat ii menjauhkan dirinya daripada Kuroo. Makin lama makin sewel budak ni.
" Dah ii benda kecik je. Tak payah nak over ii "
" Tapikan Kenma... "
" Apa? "
" Asal kau bisik kat aku? Bukan ada orang lain pun selain kita "
Kenma menggigit bibir. Banyak tanya pulak mamat ni.
" BANYAK TANYA PULAK KAU NI! AKU DAH TOLONG KAU, BERSYUKUR SIKIT. LEPASNI KAU PERGI TANYA MONYET JE LA. JANGAN DATANG KAT AKU DAH " Kenma mencapai segala game dan manga yang berada berhampiran dengannya lalu dilontar sekuat hati ke arah Kuroo. Gegham ni gegham.
" AMPUN PENUNGGU GUA!!! "
YOU ARE READING
[ C ] unknown number | kuroo tetsurou
Fanfiction[ malay fanfiction ] »»--⍟--«« you have one notification »»--⍟--«« . . . all haikyuu characters belong to ©furudate