15

578 59 146
                                    

" YEAY! BARBECUE TIME! "

" TAK SABARNYA NAK MAKAN "

Riuh-rendah perkarangan sekolah itu dengan suara para-pelajar. Bau daging menusuk rongga hidung, membuatkan mereka semua yang berada di situ tidak sabar untuk melahap. Semua berkumpul di satu tempat, mendengar ucapan daripada Nekomata Sensei.

" ITADAKIMASU! " Pantas chopstick dicapai, dan menyepit daging yang sedang dibakar.

Y/N dan Shimizu hanya tergelak melihat telatah mereka semua, terutamanya Karasuno. Macam tak pernah makan daging pulak lagaknya.

Baru sahaja Y/N hendak mengambil makanan, sebiji pinggan yang berisi daging itu dihulurkan padanya. Y/N memandang tuan empunya tangan yang menghulurkan pinggan itu. Kuroo memandang Y/N sambil tersenyum.

" Arigatou " Pinggan tersebut bertukar tangan. Y/N menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu.

" Makan banyak-banyak, okey? " Kuroo menggosok kepala Y/N beberapa kali sebelum berlalu pergi, meninggalkan Y/N.

Pipi Y/N membahang, sama juga dengan Kuroo. Lelaki itu menampar pipinya sendiri, kenapa la dia suka sangat buat benda yang memalukan?

Y/N mengambil tempat berhampiran dengan manager-manager yang lain. Dia mula menikmati daging tersebut. Sambil ii itu dia mendengar perbualan Shirofuku dan Suzumeda.

" Oya oya? Seorang je? Nak saya teman tak? " Tengah syok Y/N makan, dia didatangi oleh seorang lelaki berambut spike kelabu hitam. Teguran lelaki itu membuatkan Y/N terdiam buat seketika.

" Fukurodani's Ace #4, Bokuto Koutarou, right? " Selepas mengamati wajah itu, Y/N mula bersuara. Air muka Bokuto berubah.

" HEY HEY HEY! YOU KNOW ME! " Bokuto menjerit. Perlakuannya itu membuatkan Y/N tergelak.

" Bokuto, you're too loud " Tegur Shirofuku. Bokuto memuncungkan mulutnya. Kemudian dia kembali memandang Y/N.

" Ano Y/N-san... "

" BOKUTO TEME! KAU DAH CURI DAGING AKU LEPASTU KAU PERGI MENGORAT PULAK EH " Belum sempat Bokuto menghabiskan ayatnya, satu suara menyampuk. Kuroo mendekati Bokuto dan Y/N dengan muka yang tak puas hati.

" Suka hati aku la nak mengorat ke apa. Bukannya kacau hidup kau pun " Bokuto mengangkat sebelah keningnya, cuba menaikkan kemarahan Kuroo.

' Kau nak try crush aku, tu kau kata tak kacau hidup aku? Aku sepak burung hantu ni sampai  Marikh karang baru tau ' Kuroo mendengus kencang. Geram dengan kawan baiknya itu.

" Kuroo-san, Bokuto-san. Yamero " Y/N cuba meleraikan pergaduhan dua orang sahabat itu, namun hampa. Sudahnya, dibiarkan sahaja dua orang lelaki itu bergaduh.

" Kau ingat kau tu boyfriend Y/N ke hah sampai nak protective bagai? "

" Kalau aku boyfriend Y/N pun apa masalahnya? Aku kenal dia dulu kot " Kuroo menggigit bibir. Habis pecah rahsia yang dia simpan selama ni.

" Eh kejap. So orang yang kau salah mesej haritu Y/N la kan. OH PATUTLAH KAU MARAH AKU DASAR BEST FRIEND TAK GUNA. MALU II ANJING DEPAN CRUSH PULAK– " Pantas Kuroo menutup mulut Bokuto lalu diheretnya lelaki berambut kelabu hitam itu ke dalam gym.

" Eh, Y/N-san crush Kuroo-san? "

" Macam mana diorang boleh kenal eh? "

" Diorang comel la "

Y/N menundukkan mukanya. Pipinya mula memerah mendengar ayat-ayat tersebut. Haa sudah. Mana nak cover muka ni?

[ C ] unknown number | kuroo tetsurouWhere stories live. Discover now