BAB 2

448 29 2
                                    



BERJAM-JAM menghadap komputer, aku bersandar malas pada kerusi sebelum menggeliat kecil. Mata mengerling ke arah sudut kanan paling bawah.

Dua Januari 2019. Bulan depan dah masuk Februari.

Aku suka bulan Februari.

Satu, sebab aku dilahirkan dalam bulan Februari. Dua, sebab aku mula kenal Eddie dulu pun pada bulan Februari.

Masa tu tiba-tiba saja dia hadiahkan aku cupcake sempena hari jadi aku walaupun waktu tu aku hanya rapat dengan teman serumah dia, Wan.

Dan sekarang ni Wan dah selamat berkahwin dengan wanita pilihan dia dan aku masih dalam status it's complicated dengan Eddie.

Nafas dihela perlahan bila memori lama tu kembali menyapa.

Aku jeling pula pada telefon pintar di atas meja. Sengaja aku biarkan dalam mode getar dari tadi sementara meneruskan kerja-kerja yang tertangguh sejak masuk kerja tadi.

Hanya Mr. Nathan saja yang ada di mejanya. Staf yang lain mungkin sibuk di selling floor.

Waktu cuti sekolah macam ni, kedai buku ini memang sentiasa jadi tumpuan. Nak-nak pula waktu lunch hour. Kebanyakan staf yang ada di selling floor sibuk melayan pertanyaan pelanggan.

Aku pula, selepas makan tengah hari tadi, aku mula sibuk dengan macam-macam dokumen yang diperlukan untuk membuat pesanan buku baru dan semak beberapa promosi yang akan datang.

Sesekali, sempat juga aku mengerling ke arah telefon pintar di sebelah.

Walaupun aku tak letak harapan yang Eddie akan balas hari ni, namun jauh di sudut hati, aku rindu juga waktu aku dan dia tak putus bersembang dahulu.

Sikit demi sedikit aku dah boleh terima yang waktu sibuk Eddie sekarang memang betul-betul sibuk. Tak macam dulu.

Aku tarik nafas panjang tanpa sedar. Baru saja fokus tertumpu pada komputer, bunyi WhatsApp masuk terus mematikan niat aku.

Jom jumpa esok? Dah lama tak jumpa, kan?

Aku tak tahu apa mantera yang dia pakai. Nampak saja nama dia yang jadi pengirim, cepat aje bunga-bunga gembira tubuh dalam hati.

Separuh hati, aku rasa lega bila dia masih tak lupakan aku. Dan separuh lagi, memang aku tak dapat terima yang hidup aku dan dia sekarang ni dah berubah.

Tak macam dulu-dulu.

Ah, dulu aku dan dia tak sesibuk sekarang...

Esok saya kerja. Datanglah sini. Boleh lunch sama.

Kalau nak dikira, dah hampir dua bulan rasanya aku dan dia tak jumpa. Yang ada pun, berbalas IG Story. Itupun hanya beberapa kali. WhatsApp pun ada sekali dua.

Macam tu sekali susah nak dekat dengan dia sekarang.

OK. Boleh. Tunggu saya datang esok.

Lebar senyuman sebaik saja dapat jawapan balas dari dia memang tak mampu aku selindung lagi.

Tak tahulah berapa lama aku renung skrin telefon pintar sehinggalah Yanni datang menegur.

"Amboi. Senyum sampai telinga!"

Cepat-cepat aku tutup applikasi WhatsApp sebelum kembali fokus pada komputer di atas meja.

"Happy betul nampak?" giat dia lagi. Kerusi kosong di sebelah aku ditarik dan dia duduk di situ.

Cinta Gadis Februari [Published]Where stories live. Discover now