BAB 3

437 29 6
                                    


"PAGI KAK." Dari dapur, Erin tersenyum simpul sebaik saja nampak aku membuka pintu bilik. Dalam rumah sewa aku ni, hanya Erin saja yang selalu menegur dan tersenyum.

Kalau nak harap aku dan Yaya, memang kena tunggu mood masing-masing okey.

Maklumlah, aku dan Yaya sama-sama kerja shift. Selalunya kalau Yaya balik awal pagi dan aku pula bersiap untuk kerja pagi, kami hanya buat hal sendiri saja.

Lain pula dengan Erin yang sedang menyambung pelajaran peringkat master degree ni. Rajin betul dia senyum dan tegur semua orang.

"Pagi Erin." Tak nak di cop sombong, aku balas juga sapaan Erin dengan senyuman.

"Awal hari ni, kak?"

"Oh, akak pegang kunci kedai." Aku angkat segugus kunci ke paras dada dan Erin terus mengangguk faham.

Keluar dari rumah, seperti biasa aku akan berjalan lima minit ke stesen LRT terdekat. Sesekali aku tersenyum bila sekali lagi poster iklan yang menggunakan wajah Eddie itu menyapa mata.

Hampir dua minggu selepas kedatangan Eddie, keadaan jadi seperti biasa. Khabar berita dia aku hanya dapat dari Instagram post ataupun igstory miliknya.

Kebanyakan gambar yang dimuat naik di laman Istragram dia pula kebanyakannya gambar penggambaran dan juga gambar dia bersama beberapa artis yang sudah menempa nama.

Sibuk.

Walaupun tak tanya, aku tahu itulah jawapan dia sampaikan aku hanya mampu sabar dan menunggu.

Dan juga lalui rutin seperti biasa.

Nasib baiklah minggu ni minggu sibuk. Tak adalah setiap masa aku terfikirkan Eddie. Sesak juga nafas aku bila setiap kali fikir apa akhirnya hubungan aku dan dia.

Jadi apa yang aku buat, biarlah. Follow the flow orang kata.

Tapi bila tiba saja waktu tengah hari, ingatan aku pada Eddie muncul lagi. Susah rupanya nak hilangkan nama yang satu itu dalam kepala. Nak-nak sekarang, dia dah mula ada 'nama'.

"Emma, kau tengok tak drama yang tengah tayang sekarang?" Soalan daripada Aisyah, salah seorang daripada cashier kedai menyapa telinga.

Waktu itu aku sibuk melayan pelanggan yang bertanyakan tentang beberapa tajuk buku.

"Tajuk apa?" suara Emma pula kedengaran.

"Ala... yang ada Eddie Haidar tu..."

Hidung aku terus kembang bila dengar nama Eddie. Selesai uruskan pertanyaan pelanggan tadi, aku menapak mendekati cashier.

"Aku tengok! Heroin dia Lara Dania kan?" Amira, supervisor bahagian stationery pula menyampuk.

"Aku suka gila tengok Eddie berlakon. Real weh!" Suara Aisyah kedengaran teruja.

"Kan! Dahlah handsome." Amira membalas. Masing-masing dah hanyut dengan topik 'Drama Eddie Haidar'.

"Kenapa sebelum ni aku tak pernah perasan muka dia ek?"

"Dulu dia pernah berlakon drama pukul 10. Supporting je. Sebab tu korang tak perasan kot." Aku menyampuk tanpa memandang kedua-duanya. Tangan sibuk menyusun beberapa buah buku yang ada berhampiran cashier.

Nasib baik lah waktu itu tak ramai pun pelanggan yang datang membuat bayaran. Ada la juga masa untuk bersembang kosong macam ni.

"Wah, kau boleh cam dia? Aku memang tak pernah nampak dia langsung sebelum ni." Bulat mata Amira pandang aku.

Cinta Gadis Februari [Published]Where stories live. Discover now