BAB 10

359 25 2
                                    

SEBULAN setengah aku hidup dengan tangan bersimen, akhirnya tiba masanya aku bebas dari benda berat tu. Cuti sakit pula masih disambung sehinggalah tangan kiri aku mampu bergerak macam biasa.

Siksa juga rupanya bila kehilangan nikmat macam ni. Nak pegang apa-apa pun susah.

Sepanjang di kampung juga, ada sesekali Amanda dan Yanni bertanya khabar. Aku pula hanya jadi pemerhati dalam WhatsApp group STARS. Hanya baca apa yang dibincangkan di situ tanpa menyampuk.

Staf dari department aku pula hanya sekali sekala sahaja menelefon bila ada benda penting yang nak ditanya. Selebihnya, mereka selesaikan sendiri. Tak nak kacau aku berehat katanya walaupun aku langsung tak kisah. 

Eddie pula, masih diam. Langsung tak cari aku. Agaknya dia pun dah lama nak aku pergi dari hidup dia. Walaupun sakit, aku terpaksa juga terima. Sampai bila aku nak rindukan bakal suami orang?

Bila nampak je wajah dia jadi pelakon dalam drama TV, cepat-cepat aku alihkan siaran. Tapi apa je yang aku mampu buat? Wajah dia dah mula popular dan tengah 'up' sekarang ni.

Banyak mana pun aku tukar siaran, muka dia tetap ada.

Rasa kecewa dan geram pada diri sendiri bersatu. Nak-nak bila aku tiba-tiba rindu dengan 'kami' yang dulu.

Berdosanya aku bila masih simpan hati pada bakal suami orang. Bodohnya aku bila ingat manusia yang tak ingat aku. Kalaulah awal-awal aku 'lari' dari hidup dia, tak adalah aku merana macam ni sekali.

Itulah, dah banyak kali dapat hint pun aku tak sedar lagi.

Sibuk.

Sekarang baru aku tahu yang itu memang alasan semata-mata.

Sekarang ni mesti dia dah sibuk dengan persiapan perkahwinan. Kalau ikut tarikh yang tertera pada kad yang dia bagi aku, dah tak lama dah.

Biarlah.

Sekurang-kurangnya, hubungan aku dengan dia yang entah apa status itu dah jumpa kata putus.

Nak tak nak, aku kena terima.

"Termenung lagi..." Mak menegur lembut.

Agaknya ketara sangat rupa mengelamun aku. Mana taknya, dari tadi aku pandang TV depan ni macam nak tembus walhal siaran yang ditayangkan sekarang ni siaran membeli belah.

"Mak perasan selalu sangat Aaina termenung. Kenapa?"

Dada mula sebak tanpa dipaksa. Sedaya upaya aku cuba sembunyikan apa yang aku rasa sekarang ni daripada mak. Apatah lagi bila benda ni jadi cepat sangat.

Tiba-tiba je aku dan Eddie dah tak ada apa-apa, tiba-tiba aku kemalangan dan tiba-tiba pula muncul Jian.

"Tak ada apa la mak. Bosan kut sebab dah biasa kerja pagi balik malam." 

Aku cuba kawal nada suara walaupun aku tahu sangat yang sekarang ni mak memang boleh baca perubahan suara aku.

"Lagipun, dah lama Aaina tak balik. Rindu pula waktu adik ada sama-sama. ni adik tak ada rasa sunyi je satu rumah." Sekali lagi aku cuba cipta senyum plastik.

Untuk beberapa ketika, mak hanya diam tak bersuara.

Aku ingat topik aku termenung habis di situ sehinggalah sekali lagi mak bersuara.

"Pasal Eddie, kan?"

Aku gigit bibir bila tekaan mak mengena. Hebat sungguh Puan Ashikin ni.

"Aaina dengan dia dah tak kawan ke?" Berhati-hati betul mak susun ayat. Risau anak dara dia ni makin kecewa kot.

Nafas ditarik panjang-panjang sebelum aku melepaskanya perlahan. Tangan kanan mula menggosok tangan kiri yang dilapisi simen berwarna putih itu.

"Dia dan ada dunia lain, mak. Dia dah nak kahwin dah," jawab aku tanpa memandang.

Dan jawapan aku terus membuatkan mak membisu.

Selepas itu, nama Eddie langsung dah tak disebut dalam rumah aku lagi. 



****


Ya.... bab ni pendek. So, jom jemput sambung bab 11.


thanks!

Cinta Gadis Februari [Published]Where stories live. Discover now