:: SIXTEEN ::

286 92 15
                                    

Kawasan pantai riuh dengan suara jeritan milik para pelajar yang kelihatan riang bermain

"Yah! Jom main bola tampar!" ajak Taehyun lalu menarik tangan Haera ke satu kelompok pelajar yang turut ingin bermain bola tampar

"Macam biasa, satu team ada lima orang." jerit Soojin

Mereka dibahagi kepada dua kumpulan yang mewakili lima orang seperti yang diarah oleh Soojin

Pukulan demi pukulan terhasil seraya mata dikumpul setiap kali mereka menang

Tiba tiba, angin bertiup kuat membuatkan masing masing berusaha menutup wajah

Haera mendesis kesakitan apabila pasir masuk ke dalam mata kirinya. Dia menggosok matanya bagi mengurangkan rasa pedih

Taehyun yang menyedari hal itu terus menapak mendekatinya lalu memegang kedua belah pipi gadis itu

"Mata yang mana satu?" soalnya

"Kiri.."

"Buka mata.."

Taehyun meniup mata Haera bagi menghilangkan pasir pasir yang termasuk di dalam matanya menyebabkan mata gadis itu terkedip kedip

Taehyun berhenti meniup lalu menatap wajah Haera dengan satu senyuman manakala gadis itu masih memejamkan matanya

'Haih, macam manalah aku boleh tersuka dia ni?' soalnya dalam hati manakala senyumannya masih setia di bibir

"Dah ke belum?" soal Haera

Taehyun menjentik dahi Haera perlahan menyebabkan gadis itu terus membuka matanya

"Okey dah!" kata Taehyun lalu kembali ke posisinya

Haera menggosok dahinya manakala Taehyun masih mencuri pandang gadis itu sebelum permainan dilanjutkan

___________________________

Sudah seminggu selepas kepulangan mereka dari busan tempoh hari. Seperti yang dijanjikan, Haera melawat rumah Soojin untuk bertemu dengan halmeoninya

"Annyeonghaseyo.." sapa Haera sebaik sahaja menapak masuk ke dalam rumah rakannya

Dia disambut oleh kedua orang tua Soojin dengan penuh ramah menyebabkan Haera berasa selesa

"Kawan Soojin ke?" soal ommanya

"Haah, dia nak jumpa halmeoni."

"Kenapa nak jumpa halmeoni?" soal appanya hairan

Soojin menyuruh Haera agar menunjukkan matanya. Haera akur lalu mengalihkan rambut depannya yang sentiasa diguna untuk menutup matanya

Kelihatan riak terkejut kedua orang tua Soojin selepas melihat anak matanya

"Ha pergilah jumpa halmeoni." arah omma Soojin sambil menepuk bahu Haera

Haera menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat sebelum mengikuti langkah Soojin ke tingkat atas

Selepas tiba di hadapan sebuah bilik, jantung Haera berdegup kencang apabila mulai terasa gugup untuk bertemu dengan halmeoni Soojin

Sebaik sahaja dia melangkah masuk, matanya tertancap pada seorang wanita tua yang sedang bersandar di kepala katil sambil berselimut sehingga paras pinggangnya

"Halmeoni, ni kawan Soojin yang nak jumpa halmeoni tu, Haera nama dia." ujar Soojin

Haera menelan air liur dengan payah setelah melihat kondisi halmeoni Soojin

"Haera-yah, meh duduk sini.." panggil halmeoni Soojin sambil menepuk nepuk sisi katilnya

Haera menapak mendekati katil itu lalu melabuhkan punggungnya di sisi katil

Sebenarnya Haera agak terkilan setelah melihat keadaan wanita tua itu di mana matanya dililit dengan kain putih

"Halmeoni, kalau saya nak tahu apa jadi dengan mata halmeoni, boleh tak?" soal Haera setelah lama diam

"Halmeoni terpaksa korbankan mata untuk keluarga halmeoni." jawabnya lembut

Haera mencuri pandang ke arah Soojin yang berdiri tidak jauh darinya

"Soojin keluar ye, halmeoni borak lah duli dengan Haera." pamit Soojin lalu menapak keluar dari bilik

"Haera-yah, omma dan appa kamu masih ada tak?"

"Dah takde.."

"Disebabkan benda tu nak mata kamu tapi omma dan appa kamu larang?"

"Nae..sebab tu saya nak tanya halmeoni, apa perlu saya buat? Saya takut benda ni bagi kesan buruk kat masa depan saya."

Wanita tua itu menghulurkan tangannya sebagai isyarat ingin mencapai tangan Haera

Haera memegang tangannya lalu digenggam erat

"Semua yang jadi kat halmeoni ni, disebabkan halmeoni ada orang orang yang halmeoni sayang. Anak dan menantu halmeoni, Soojin cucu halmeoni..diorang ni kelemahan halmeoni."

"Diorang gunakan kelemahan halmeoni untuk biarkan halmeoni setuju untuk bagi mata ni." sambungnya lagi

Haera terdiam selepas mendengar cerita wanita tua itu

"Apa yang cuba halmeoni sampaikan ni sebenarnya, jangan rapat dengan sesiapa. Biarlah kamu rasa sunyi, kalau tak diorang akan guna nyawa orang lain semata mata nak dapatkan mata kamu tu."

Fikiran Haera terus melayang pada seseorang. Hatinya tidak tenteram setelah mendengar pesanan halmeoni itu

"Haera-yah, halmeoni tak nak kamu jadi macam halmeoni. Nyawa keluarga halmeoni jadi taruhan untuk mata halmeoni sendiri."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⊱✎⊰ Ghosting ┆ Taehyun   ུ⸙͎Where stories live. Discover now