Bunyi loceng yang bergema di seluruh sekolah itu jelas menunjukkan tamatnya waktu persekolahan
"Yah Kang Taehyun, kau balik je tau." kata Haera
"Balik? Hantu tu macam mana?"
"Erm..lain kali je kite fikir sebab aku ada hal lain. Lagipun kita masih ada satu hari lagi kan? Okey bye!" balas Haera lalu melangkah pergi dari kelas dalam keadaan tergesa gesa
Taehyun mengerutkan dahinya selepas melihat kerenah gadis itu
Haera bersembunyi di tandas agar tidak kedapatan oleh Taehyun bahawa dia tidak pulang sebenarnya
Dia menunggu masa berjalan dengan lambat sehinggalah tiba waktu petang
Jam di tangan ditilik sebelum kepala dianggukkan menandakan sudah tiba masanya untuk dia keluar
Lampu suluh dicapai dari dalam begnya lalu dia menapak keluar dari tandas setelah lama bersembunyi
Bertemankan cahaya lampu suluh, Haera berjalan menyelusuri koridor dengan perlahan sambil mencari kelibat semalam
Dengan segera kakinya mendaki anak tangga sehingga ke tingkat paling atas di mana tempat pertama kali dia bertemu dengan kelibat tersebut
"Hmm kau ada kat sini tak?"
Tiada bunyi mahupun suara kedengaran membuatkan suasana amat sunyi
"Keluarlah, aku tak bawa kawan aku."
Sebaik sahaja dia menuturkan ayat itu, wajahnya disapa oleh angin menyebabkan anak rambutnya tidak lagi menutupi matanya
Ketika itu, satu figura yang pernah dilihatnya sebelum ini menyapa anak matanya
Mulut Haera terkumat kamit ingin menyusun ayat namun semuanya berterabur akibat merasa gugup
"Aku tak berniat nak gunakan kawan kau."
"Erm, kalau aku nak tahu kenapa kau rasuk dia, boleh tak?" soal Haera memberanikan diri
"Kau pernah dengar pasal kes bunuh diri tahun lalu tu?"
"Yang budak perempuan terjun dari bumbung sekolah tu ke?"
"Itu aku, aku bunuh diri selepas boyfriend aku tinggalkan aku sebab perempuan lain. Sejujurnya aku menyesal, aku sepatutnya balas dendam masa aku hidup tapi dah terlambat."
Sedikit sebanyak Haera hampa mendengar cerita hantu itu. Menamatkan riwayat hidup disebabkan satu lelaki merupakan perkara yang sia sia
"Lelaki yang tinggalkan aku tu, Heonwu. Aku faham perasaan Taehyun dan aku gunakan dia untuk balas dendam."
"Ta..tapi..disebabkan kau, Taehyun mungkin kena buang sekolah."
"Kau jangan risau. Aku tahu nak buat apa."
________________________________
Taklimat dari guru besar itu begitu lama namun setiap isi kandungan yang disampaikannya sama setiap minggu
Beberapa pelajar tersengguk sengguk menahan kantuk manakala ada juga yang kusyuk mendengar
Haera hanya berdiri tegak sambil memandang ke hadapan namun fikirannya melayang jauh pada kejadian semalam
'Apa dia nak buat eh?' bisik hatinya
Tiba tiba, seluruh dewan itu dikejutkan dengan suara jeritan seorang pelajar perempuan yang berdiri di sebelah kanan Haera
YOU ARE READING
⊱✎⊰ Ghosting ┆ Taehyun ུ⸙͎
Hayran Kurgu"I'm wandering alone all this time" MINISODE 1 : BLUE HOUR Disebabkan satu kejadian, kehidupan Taehyun berubah 360 darjah di mana dirinya dulu yang diminati oleh semua perempuan dan disenangi oleh rakan rakan lelakinya tidak lagi sama. Disebabkan sa...