:: ONE ::

408 118 87
                                    

"Saya tolak Heonwu?" soal Taehyun hairan

Suasana di bilik guru itu begitu tegang selepas kejadian waktu rehat tadi

"Bila masa pula saya tolak dia?"

"Kami dapat laporan yang kamu ada dengan Heonwu di bumbung sekolah." balas Gongjoo saem

"Siapa yang lapor?"

"Dah jangan banyak tanya! Bagitau kenapa kamu tolak dia. Ni bukan kes biasa biasa tau, kamu boleh disabit kesalahan atas percubaan untuk membunuh." tegas Gongjoo saem lagi

"Tapi saya tak tolak dia! Dia sendiri yang ajak saya pergi ke bumbung sekolah tadi. Pastu tadi.."

Ayat Taehyun terhenti buat seketika sebelum dia menarik nafas sedalam dalamnya

"Saya sedar sedar je dia dah jatuh.."

"Yah Kang Taehyun, kamu tahu tak alasan kamu tu tak munasabah. Kamu ingat, kamu tu pandai kamu boleh pijak kepala saem saem kat sini lah?" marah Minyoung saem pula

Taehyun mengepalkan penumbuknya menahan rasa geram dalam hati

"Esok saem akan panggil omma appa kamu. Sekarang kamu boleh keluar." arah Gongjoo saem

Taehyun hanya mampu menurut walaupun hati dia sudah mulai membara akibat perasan amarah dan sakit hati

Kakinya berjalan menuju ke arah kelas Seokhwa dan Dongwon

"Yah!" jeritan Taehyun mengejutkan seluruh pelajar dalam kelas itu

"Kau dah kenapa?" soal Seokhwa

"Korang kan yang lapor kat saem."

Seokhwa menelan air liur sebelum menoleh ke arah Dongwon di sebelahnya

"Asal kau tuduh kitorang pula?!"

"Sebab korang je yang tahu aku ada kat atas sana dengan Heonwu."

"Kalau kitorang bagitau pun kau nak buat ape?!"

Taehyun tersenyum sinis akibat merasa terkilan dengan jawapan Seokhwa

"Aku ingat korang kawan aku." kata Taehyun dengan nada marah namun lebih kepada nada kecewa

Kakinya melangkah keluar dari kelas itu lalu menapak ke arah kelasnya yang berada di sebelah

Sebaik sahaja dia masuk ke kelasnya, dia menerima renungan dan disertai dengan bisikan bisikan kecil dari rakan sekelasnya

"Takkan dia marah sangat sampai nak tolak Heonwu."

"Selama ni aku kesian dengan dia tapi tak sangka pula dia sanggup buat macam tu."

Taehyun memekakkan telinga lalu berjalan ke arah mejanya sebelum mendapati ada pelajar lain di situ

"Apa kau buat kat tempat aku?"

"Mian..aku taknak duduk di sebelah pembunuh." balas Yeonho selaku teman satu meja dengannya

Taehyun mengabaikan perkara itu lalu mencapai begnya dari lantai dengan kasar. Kakinya menapak ke arah satu meja kosong di bahagian belakang

"Boleh aku duduk sini?"

Haera mengangkat sedikit wajahnya namun tidak membalas

⊱✎⊰ Ghosting ┆ Taehyun   ུ⸙͎Where stories live. Discover now