:: SIX ::

338 110 67
                                    

"Okey kelas, sampai sini je pembelajaran kita pada hari ini. Terima kasih kerana bagi perhatian walaupun ada yang tidur sampai terkeluar air liur basi kat belakang tu" Ujar Gongmyung saem lalu menapak keluar dari kelas

Taehyun mencuri pandang ke arah Haera yang sedang mengemas alat tulis dan bukunya itu lalu berura ura untuk keluar kelas

"Aku balik dulu eh."

Taehyun dengan segera mengikut langkah gadis itu

"Yah, jom balik sama sama." ajak Taehyun

Haera tidak membalas malah hanya mendiamkan diri

"Taehyun-ah.." panggil Seokhwa

Kelihatan Dongwon dan Jeongsok turut berada di sebelah lelaki itu sambil cuba untuk mengelak daripada bertentang mata dengan Taehyun

"Err, kitorang nak minta maaf. Kitorang mengaku memang salah kitorang sebab kecohkan pasal benda ni kat semua orang."

Taehyun tersenyum pada tiga orang bekas sahabatnya itu lalu bahu seokhwa ditepuknya beberapa kali

"Buat apa nak minta maaf, aku yang sepatutnya cakap terima kasih."

"Kenapa pula?"

"Ye lah, aku nak berterima kasih kat korang sebab buktikan kat aku yang aku tak perlukan kawan jenis macam korang dalam hidup aku." balas Taehyun dengan senyuman sinis

Kemudian tangan Haera ditariknya untuk beredar bagi meninggalkan tiga orang sahabat yang masih terpinga pinga di situ

Sebaik sahaja keluar dari bangunan sekolah, Haera menilik riak wajah Taehyun yang tiba tiba sahaja berubah

"Mesti kau rasa sedih kan?"

Taehyun tersenyum pahit sebelum mengeluarkan satu keluhan

"Haah, marah memang marah tapi diorang tetap kawan yang pernah aku percaya sebelum ni."

"Kenapa kau tak terima je maaf diorang? Kau tak takut ke kalau kau tinggal sorang sorang takde kawan?"

Langkah Taehyun terhenti sebelum dia berpusing menghadap Haera yang turut berhenti melangkah. Dia merendahkan sedikit badannya agar selaras dengan ketinggian Haera

"Kau kan ada." Katanya sambil tersenyum lalu melangkah pergi

Haera berdeham kecil sebelum cuba untuk mengejar langkah lelaki itu

Tanpa mereka sedari, sepasang mata memerhati tindak tanduk mereka dalam diam dengan perasan cemburu

__________________________

Suasana sepi yang menyelubungi diri mereka sedikit sebanyak menambahkan rasa kekok dalam diri Haera

"Yah, macam mana hantu tu boleh tolong aku? kite belum jumpa pun dia malam tu." Soal Taehyun hairan

"Ah..sebenarnya aku ada jumpa dia malam tu tapi dia hilang selepas kau datang."

"Ha?! Lepas tu?"

"Aku jumpa dia sehari selepas malam tu. Dia bagitahu aku yang dia tak sengaja nak guna kau sebab niat dia cuma nak balas dendam kat Heonwu." Jelasnya panjang lebar

"Kau stay di sekolah tu sorang sorang sampai malam? Kau tak takut?"

"Mestilah aku takut, tapi aku kan dah janji nak tolong kau."

Taehyun berhenti melangkah sambil anak matanya melekat pada belakang Haera yang masih berjalan ke hadapan

Satu perasan asing menyelit masuk ke dalam hatinya namun dia sendiri tidak pasti tentang perasaannya ketika itu

Apabila mulai menyedari ketiadaan Taehyun di sisinya, Haera berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang

"Asal kau tercegat kat situ?"

Taehyun berdeham sebelum menapak ke arah gadis itu

"Ja..jauh lagi je rumah kau?" soalnya

"Taklah, kat depan tu je."

"Okey, j..jom.."

Kening Haera bertaut melihat perangai pelik lelaki itu sebelum mengejar langkah Taehyun yang sudah jauh di hadapan

___________________________

Selepas selesai membersihkan badan, Taehyun keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya yang basah

Sebaik sahaja siap mengenakan baju yang selesa di badan, Taehyun menghumban dirinya ke atas katil sambil memejamkan mata

Terasa seperti segala kepenatannya selepas satu hari di sekolah hilang selepas baring

Tiba tiba, fikirannya melayang pada Haera tanpa sebab. Lengan dijadikan alas kepalanya sambil anak matanya melekat pada kipas yang berputar laju itu

Entah kenapa fikirannya tidak boleh lari daripada memikirkan kata kata Haera yang dirasakan begitu prihatin tadi

"Yah Choi Haera, kenapa kau tak boleh hilang dari kepala aku?" gumamnya sendirian

"Yah Choi Haera, kenapa kau tak boleh hilang dari kepala aku?" gumamnya sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⊱✎⊰ Ghosting ┆ Taehyun   ུ⸙͎Where stories live. Discover now