Haera mencapai buku latihannya dari dalam loker lalu ingin menguncinya semula
Tiba tiba tangannya dipukul oleh seseorang menyebabkan kunci loker terlepas dari genggaman
Haera memandang sekilas ke arah orang yang memukulnya sebelum berura ura untuk mengutip kunci lokernya semula
Namun tidak berjaya apabila dirinya ditolak menyebabkan dia terundur ke belakang
"Kau nak rampas Taehyun dari aku kan?" soal Jiah dengan nada marah
Haera mengeluh sambil kepalanya masih ditundukkan
"Kau tahu kan aku nak dia balik? Tapi kalau kau tak tahu takpe, biar aku bagitahu kau sekarang.."
Melihat kekecohan itu, beberapa pelajar berkumpul untuk menyaksikan mereka
"Aku masih suka Taehyun dan aku nak dia balik. Kau jangan berani nak rampas dia kalau tak.."
Belum sempat Jiah menghabiskan ayatnya, Haera terlebih dahulu memotong untuk membela dirinya
"Kau jangan risau, aku takkan rampas dia tapi boleh tak kau jangan datang dekat dengan aku lagi lepas ni? Aku..tak sanggup nak tengok benda tu.."
Suara Haera semakin perlahan di hujung ayatnya namun masih jelas di pendengaran Jiah
"Benda tu?"
Haera mengutip semula kunci lokernya lalu beredar dari situ selepas siap mengunci loker
Ketika melintasi Jiah, Haera sempat mencuri pandang ke arah satu bayangan di belakang gadis itu yang sudah pasti hanya dia sahaja yang nampak
"Choi Haera..kehkehkeh"
Bulu roma Haera serta merta meremang selepas mendengar suara yang memanggil namanya berserta kekehan kecil itu
Pada masa yang sama, telinga Jiah menangkap satu suara
"Sekelip mata je dia boleh rampas Taehyun."
Jiah tersentak sebelum menoleh ke belakang namun tiada sesiapa di belakangnya ketika itu
Dia menggelengkan kepala bagi menghilangkan segala andaian andaian pelik
___________________________
Beberapa kelas digabung ketika Kelas PE pada hari itu disebabkan ketiadaan salah satu guru sukan
"Okey hari ni, saem ajar dua kelas sekali memandangkan song saem tak datang hari ni." ujar junsu saem merujuk kepada kelas Taehyun
Haera mencuri pandang ke arah Jiah yang sedang menatapnya sambil menyilangkan tangan di dada
'Haih kenapalah masa ni juga nak gabung kelas ngan dia.' rungutnya dalam hati
"Panaskan badan kamu, lepas tu saem nak kamu buat larian 10 pusingan." arah Junsu saem
Kedengaran keluhan dan rungutan dari mulut pelajar pelajarnya
"Dah cepat mulakan!"
Selepas selesai memanaskan badan, mereka berlari mengitari dewan mengikut barisan
Taehyun yang tadinya di belakang, mengejar larian Haera sehinggalah dia berjaya berada di belakang gadis itu
"Yah.." panggilnya
Haera menoleh sekilas lalu membuat isyarat agar jangan mengganggunya
Taehyun berlari ke hadapan gadis itu lalu berlari dalam keadaan membelakang
YOU ARE READING
⊱✎⊰ Ghosting ┆ Taehyun ུ⸙͎
Fanfiction"I'm wandering alone all this time" MINISODE 1 : BLUE HOUR Disebabkan satu kejadian, kehidupan Taehyun berubah 360 darjah di mana dirinya dulu yang diminati oleh semua perempuan dan disenangi oleh rakan rakan lelakinya tidak lagi sama. Disebabkan sa...