"Kalau aku cakap kau kena rasuk, kau percaya?"
"Kena rasuk? Kau nampak ke?"
Haera menganggukkan kepalanya sebagai balasan
"Kau tak tahu ke pasal aku?" soal Haera
"Pasal kau boleh nampak hantu?"
Haera membaca riak wajah lelaki itu sebelum mengeluarkan satu keluhan
"Mesti kau tak percaya kan?"
Taehyun mengusap lehernya sambil cuba untuk menyusun ayat
"Aku bukannya tak nak percaya kau tapi kau tak rasa ke benda benda macam ni susah nak percaya?"
"Haih.." Haera membuka kepala jaketnya sehingga menampakkan rambut depannya yang panjang menutupi mata
Taehyun pula hanya diam memerhati pergerakan gadis di hadapannya itu
Haera menyelak rambut depannya bagi memperlihatkan anak matanya yang berwarna biru
Dengan suasana yang gelap itu, anak mata Haera bagaikan bercahaya menyebabkan Taehyun terdiam lama
"Sebab ni lah orang panggil aku mata hantu. Dari aku kecil lagi orang kata mata aku ni sebenarnya mata hantu. Kat mana je aku pandang mesti ada benda benda yang orang lain tak nampak." jelasnya
"Sebab tu ke kau biar rambut depan kau panjang sampai mata kau tertutup?"
"Haah..walaupun aku dah selalu nampak hantu sejak kecil, aku masih lagi tak biasa. Kadang kadang aku tak boleh beza mana satu hantu mana satu manusia. Diorang suka menyamar pastu..."
Haera berdeham tanpa menyambung ayatnya yang tergantung malah Taehyun hanya setia mendengar kisah gadis itu yang dirasakan agak kesian
"Dan sebab tu lah aku tak nak bergaul sangat dengan orang. Bukannya aku sombong ke ape tapi aku takut yang aku tersalah pilih." sambungnya lagi
"Kenapa kau nak tolong aku?" soal Taehyun
"Sebab aku rasa bersalah. Kalau aku diamkan diri je, takde beza pun aku dengan orang orang yang tuduh kau tu."
Jawapan Haera sedikit sebanyak menyenangkan hati Taehyun yang sejak waktu rehat tadi dililit perasan marah, kecewa dan sakit hati
_________________________
Haera berjalan kaki menuju ke arah rumahnya sebaik sahaja tamat waktu persekolahan. Matahari sudah mulai terbenam menandakan waktu malam akan tiba tidak lama lagi
Gadis itu berjalan sambil menundukkan wajahnya bagi mengelak daripada bertembung dengan makhluk makhluk lain
"Unnie!!" tiba tiba dirinya dikejutkan dengan kelibat kanak kanak yang kelihatan takut
"Tolong saya, kat sana ada hantu." tangisnya
"Adik pun boleh nampak hantu?" soal Haera
"Nae..saya takut..omma ngan appa saya hilang.."
Haera menarik tangan budak perempuan itu untuk bersembunyi di satu lorong yang gelap
"Adik terpisah dengan omma dan appa adik kat mana?"
"Kat stesen bas." si kecil itu tidak berhenti henti menangis menyebabkan Haera diserang rasa simpati
"Boleh tak unnie tolong saya?"
"Boleh..jom ikut unnie pergi balai polis. Diorang boleh tolong carikan omma ngan appa adik."
"Gomawo unnie.."
Haera menolong anak kecil itu mengikat tali kasutnya yang sedari tadi terbuka
"Bila unnie nak tolong saya?"
"Kejap eh, unnie tolong ikatkan tali kas.."
"Bila unnie nak bagi saya mata unnie tu?"
Pergerakan tangan Haera serta merta terhenti selepas mendengar kata kata gadis kecil itu
"Unnie dah janji nak tolong saya. Saya lapar..boleh tak unnie bagi mata unnie tu?"
Dengan pantas Haera berdiri lalu mengundur ke belakang. Anak kecil itu tiba tiba menyeringai ke arahnya dengan anak mata yang kesemuanya berwarna hitam
Kaki dan tangan Haera bergetar kuat. Otaknya menguruh agar dia melarikan diri namun kakinya bagaikan digam atas tanah selepas melihat wajah budak perempuan itu
"Unnie tak kesian ke dengan saya? Tadi unnie kata nak tolong."
Selepas mengumpulkan segala kekuatannya, Haera berlari meninggalkan anak kecil tadi. Walaupun sudah jauh, suara budak perempuan itu masih terngiang ngiang di telinganya
Selepas sampai di rumah flatnya, punat kunci ditekan lalu dia bersandar di pintu dengan nafas yang tercungap cungap
Akhirnya dia terduduk kepenatan bersandarkan pintu itu. Haera sedar bahawa dia perlu mengharungi semua itu sepanjang hidupnya
Jika kedua orang tuanya masih ada, mungkin dia ada tempat untuk berpaut namun dia perlu berdiri sendiri dan lalui pengalaman itu seorang diri
Haera memegang matanya sambil memikirkan sesuatu, adakah satu hari nanti dia akan mengalah dan membiarkan apa yang makhluk makhluk itu dapatkan apa yang mereka mahukan?
YOU ARE READING
⊱✎⊰ Ghosting ┆ Taehyun ུ⸙͎
Фанфик"I'm wandering alone all this time" MINISODE 1 : BLUE HOUR Disebabkan satu kejadian, kehidupan Taehyun berubah 360 darjah di mana dirinya dulu yang diminati oleh semua perempuan dan disenangi oleh rakan rakan lelakinya tidak lagi sama. Disebabkan sa...