Sepasang kaki milik seorang perempuan menapak keluar dari dalam kereta. Matanya meliar memandang keseluruhan kawasan rumah lamanya. Setiap sudut kawasan itu menyimpan pelbagai memori.
Dia melangkah ke dalam rumah dengan lafaz bismillah. Pintu dan tingkap-tingkap dibuka. Sempat juga dibawa penyapu dan beberapa peralatan pembersihan yang dibawa dari rumah.
Lengan baju disinsingkan hingga ke paras siku. Amirah mula mengemas ruang tamu terlebih dahulu.
Tidak jauh dari rumah itu, terdapat beberapa lelaki sedang melepak di hujung bendang.
"Aku perasan ada kereta besar masuk dekat rumah lama tu. Dah ada orang duduk ke?" Soal salah seorang dari mereka.
"Entah. Setahu aku rumah tu dah kosong lama. Last ada orang duduk 2 tahun lepas," jawab kawannya di sebelah.
Tiba-tiba saja muncul motosikal melaju ke arah mereka. Automatik perbualan mereka tergantung.
"Woi! Woi! Buta ke apa?" Berang yang lain tatkala Meon yang baru tiba langsung tidak menekan brek. Hampir saja mereka dirempuh oleh lelaki itu.
"Tahu takut." Meon tersengih nakal. Tongkat motosikal diturunkan.
"Kau dari mana, Meon? Janji pukul 5. Ni dah 5:30 masalahnya," soal Adli, rakannya yang paling muda.
"Mak aku tu. Minta belikan ayam pula. Macam-macam. Tu pasal aku lambat." Meon membebel sedikit.
"Weh Meon. Kau lalu tadi, kau perasan tak depan rumah tepi simpang tu ada kereta parking?" soal Syukri tiba-tiba. Mereka yang lain terus mengangguk setuju. Topik tadi disambung semula.
"Entah. Aku rasa macam ada kot." jawab Meon malas-malas. Rokok dikeluarkan dari poket seluar. Hujung rokok dibakar sebelum dibawa ke mulut.
"Apa kata kita pergi tengok siapa kat rumah tu. Nak tak?" suara Najmi tiba-tiba mencelah. Syukri dan Adli terus menayangkan senyum tanda bersetuju dengan idea itu.
"Nak buat apa? Aku malas lah nak bergerak," kata Meon yang nampak sangat menikmati setiap sedutan rokok. Matanya dipejam menikmati bayu yang damai.
"Alah kau ni. Tak syok lah. Jomlah. Mana tahu ada awek cun ke. Boleh juga kita hulur salam perkenalan," balas Syukri. Mereka yang lain mencebikkan bibir. Biasanya Meon yang paling bersemangat bab mengusik orang kampung.
Malas-malas Meon mengikuti rakannya. "Jomlah. Banyak cekadak lah korang ni."
Mereka berempat mula bergerak ke rumah tersebut.
Sementara itu di rumah tersebut Amirah masih gigih membersihkan habuk-habuk yang melekat di setiap permukaan. Kain-kain yang menutupi perabot turut dibuka.
"Nasib baik dah beli sikit-sikit perabot," ucap Amirah sambil mata melihat ruang tamu yang hampir siap dikemas. Setahun yang lalu, Amirah telah mengambil keputusan untuk membeli tapak rumah ini.
Perlahan-lahan perabot baru juga dibeli untuk mengisi rumah ini.
Telinganya menangkap bunyi enjin motosikal memasuki pekarangan rumahnya. Sempat dia intai di tingkap ada empat buah motosikal sudah terparkir di samping keretanya. Berkerut dahinya tatkala melihat empat orang lelaki terjenguk-jenguk ke arah rumahnya.
Meon memerhatikan halaman rumah itu. Dia tahu ini rumah siapa. Rumah lama Amirah. Tiada apa yang berubah dengan laman rumah itu. Masih sama susunannya. Cuma, bunga-bunga sudah tidak serimbun dahulu.
"Fuyyo. Bapak lawa kereta ni doh!" Syukri bersuara teruja sebaik melihat kereta Honda keluaran terbaru yang terpakir elok di depan rumah.
Baru saja tangannya mahu menyentuh kereta milik entah siapa itu, suara Meon tegas menghentikannya.
YOU ARE READING
BUKAN MILIKKU
RomanceAs known as Kerana Dia Milikku Apabila persahabatan yang dibina sejak kecil mula renggang dek halangan jarak, tinggallah Iman dan Faliq. Timbulnya masalah yang mendesak telah menyatukan hati mereka berdua. Namun, Iman tahu ini bukan jalannya. Pers...