"Assalamualaikum Liq. Kau ada kat mana? Kerja ke?" suara Iman menyapa pendengaran Faliq. Tiba-tiba saja call time-time macam ni.
Kertas kerja dihadapan ditatap sebentar sebelum tangan kembali menari-nari di atas papan kekunci.
"Jam pukul berapa sekarang, Iman Dayana?" Soal Faliq bersahaja. Dengan pantas Iman melihat jam di pergelangan tangan.
"11.30 pagi?" jawab Iman sambil tersengih.
"Dahtu? Mestilah tengah kerja ni akak oi. Office hour kan. Lain lah kau. Tanam anggur." Faliq menggeleng perlahan.
"Hello! Elok sikit ya. Aku baru habis interviu ni. And I pass ok! Esok I dah mula kerja tau! You jangan pandang I sebelah mata tau," ujar Iman dengan bangga. Kalau depan mata, memang dia dah mendabik dada punya.
"Baguslah kalau macam tu. Kalau tak, buat habis beras kat rumah aje. Dah lah tanam anggur. Menyusahkan aje," ucap Faliq dengan selamba.
Iman memejamkan matanya dengan penuh kesabaran. Kalau Iman ialah gadis bersifat kasar, maka Faliq pula ialah lelaki bermulut puaka. Dia cakap sesuka hati dia aje.
"Kau memang nak merasa kena sepak dengan kasut Carlo Rino aku, kan?" Soal Iman dengan nada ditahan-tahan. Faliq tergelak perlahan.
"Apa ek rasa kena sepak dengan kasut mahal? Yelah, dari dulu kau pakai selipar jagung je. Kalau tak, selipar eco shop. Mana pernah nampak kau pakai selipar mahal," makin rancak Faliq mengutuk Iman.
"Wah wah kau! Kau tunggulah Faliq. Surat saman akan sampai dalam masa 24 jam. See me in court!"
Terus terhambur tawa Faliq apabila mendengar ucapan itu. Itulah modal terakhir bila berkawan dengan peguam. Kerja nak saman orang aje.
"Asal kau call aku ni? Aku banyak kerja nak buat ni," soal Faliq apabila tersedar yang perbualan mereka semakin jauh. Kalau dilayan si budak Iman ni, memang sampai ke sudah kerja tak siap.
"Haa lupa pula aku. Aku sebenarnya ada benda nak cerita ni. Tapi aku rasa tak sesuai kalau cerita dalam ni. So, let's lunch together. Sekejap lagi aku send location. Ok?"
"Ok."
"Aku gerak dulu lah. Sorry kacau kau. Nanti esok lusa aku kacau lagi. Have a bad day, bro! Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." sejurus berkata begitu, talian terus dimatikan.
Faliq memandang skrin telefon yang sudah gelap. Entah apalah yang nak diceritakan gadis itu. Macam tak ada hujung minggu aje gayanya.
"Amboi Faliq. Bukan main lama bergayut. On call dengan buah hati ke?" Soal Kak Ira yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik mengagetkannya. Entah sejak bila wanita itu berdiri di situ pun Faliq tidak tahu.
"Eh Kak Ira ni. Saya mana ada buah hati. Tu kawan baik saya lah. Dia ajak lunch sama-sama sekejap lagi," jawab Faliq dengan senyuman. Faliq memang begitu. Ramah dengan senyuman.
Kak Ira meminta izin untuk masuk. Sempat dia menyuakan fail yang diminta oleh Faliq tadi.
"Lelaki ke perempuan? Kalau perempuan, apa salahnya jadi buah hati betul-betul. Berkawan pun dah lama, mesti dah kenal hati budi masing-masing," usik Kak Ira lagi. Faliq hanya membalas dengan senyuman sambil menggelengkan kepala.
"Tak nak lah saya, Kak Ira. Geli pula bila bayangkan kawan baik sendiri jadi isteri saya. Dia tu dah lah macam jantan. Bukan taste saya, kak." Faliq tergelak apabila menuturkan ayat kutukan itu. Ni kalau dengar dek Iman mahu kena pelangkungnya dia.
"Hati-hati, Faliq. Hari ini kata tak nak. Esok-esok dialah yang kamu cari buat bini baru tahu," ucap Kak Ira.
"Minta dijauhkan, Kak Ira. Saya prefer perempuan lemah lembut dan ayu." Dalam otak Faliq, saraut wajah manis terbayang. Gadis itu... Amirah.
"Ikutlah, Faliq. Akak nak sambung kerja dulu. Melayan kamu ni, tak siap kerja akak nanti." Kak Irah meminta diri keluar dari biliknya.
"Iyalah Kak Irah." Faliq juga kembali menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.
***
"Wait! What? Are you serious, Iman Dayana?" soal Faliq dengan nada tinggi. Muka Faliq juga seakan-akan sukar untuk mempercayai apa yang dia baru dengar.
Iman hanya terangguk-angguk sahaja apabila Faliq bertanya begitu. Terjeda seketika suasana di meja makan itu.
Jujur. Reaksinya juga begitu apabila dia mendapat tahu hal itu.
"Dahtu sekarang apa cerita?" Soal Faliq laju. Cukup tidak berpuas hati dengan cerita sekerat-sekerat begitu.
"Cerita apa lagi, Faliq? Aku cuma tahu tu je. Kau expect apa? Dia bos aku kut. Tak mungkin aku nak korek lebih-lebih. Dah lah aku baru nak mula kerja," ucap Iman dengan sedikit geram. Gila ke apa tiba-tiba nak kepochi pasal orang atasan dia?
Faliq terus menghela nafas berat. Entah lah! Dia tidak tahu mahu beri reaksi apa sekarang. Semuanya bercampur-baur.
Kecewa kah? Gembira kah?
Kenapa harus begini pula jadinya?
"Kau ok, Liq?" soal Iman. Matanya dapat mengesan kekusutan di wajah lelaki itu. Dia faham jika Faliq terkejut dengan berita itu. Ya, dia pun sama.
Tapi, kenapa Iman dapat melihat raut kekecewaan di wajah itu? Mereka berdua ada apa-apa ke?
"Aku ok, Man. Biarlah. Malas aku nak bahaskan soal ni. Kita pun tak tau kebenarannya lagi selagi kita jumpa Amirah depan mata," ucap Faliq dengan mendatar. Untuk saat ini, dia sangat berharap yang gadis itu muncul dan menjelaskan perkara sebenar.
Kenapa begini? Kenapa?
Iman hanya tersenyum hambar.
"Oh by the way, lupa nak cakap. Tahniah Iman!" ucap Faliq tiba-tiba. Mood lelaki itu juga sudah berubah.
"For?" kening dijungkitkan sedikit.
"Untuk kejayaan kau sebab dah bersara dari tanam anggur. Tahniah sebab dah tak menyusahkan Cik Mas dengan Cik Medan." Iman hanya tergelak mendengar balasan lelaki itu. Cis! Dalam ucapan tahniah tu, sempat juga dia mengutuk Iman.
"Kau memang kan. Aku tak tahu lah kau ni nak ucap tahniah je nak kutuk aku. Terima kasihlah atas ucapan tahniah anda. Jadi sebagai tanda penghargaan, lunch ni silalah belanja saya. Ok?" seusai Iman berkata begitu, Faliq menayangkan cebik.
"Patutnya kau yang belanja aku. Apa hal aku pula?"
"Aku ni esok baru nak mula kerja. Duit pun tak ada. Sekali sekala habiskan duit untuk aku, apa salahnya kan, Tuan Manager?" ucap Iman sambil terkekeh perlahan.
Faliq memutarkan bola matanya. Pandai betul budak ini mengikis wangnya.
"Fine." Dalam keterpaksaan, dia menuruti juga kata-kata wanita itu. Terus bersorak gembira Iman apabila Faliq mahu membayar makanan tengah hari. Tak sia-sia dia pilih restoran mahal.
Tapi, tanpa Iman ketahui. Kepala Faliq kini memberat dengan persoalan yang baru timbul. Dan yang pasti berita yang baru saja didengarinya langsung tidak membuat hatinya tenang.
Mungkin penantiannya selama ini, sia-sia.
YOU ARE READING
BUKAN MILIKKU
RomantizmAs known as Kerana Dia Milikku Apabila persahabatan yang dibina sejak kecil mula renggang dek halangan jarak, tinggallah Iman dan Faliq. Timbulnya masalah yang mendesak telah menyatukan hati mereka berdua. Namun, Iman tahu ini bukan jalannya. Pers...