[ 5. Welcome to Guild Slayer ]

20 6 31
                                    

Suasana rumah Samurai kini dipenuhi para pengembara dan pemburu dari Guild Slayer. Kumpulan itu tidak mudah berputus asa. Mereka mencari juga dimanakah kediaman samurai misteri itu.

"Aku dah kata kat korang, bagi aku masa!!" Samurai mula menahan sabar.

"Tapi, ini arahan ketua kami. Takkan kami nak ingkar arahan dia?" Will mulai menenangkan Samurai.

Samurai mula memalingkan badannya memandang Tom dan Hans. Tom mengangkat kedua bahunya sahaja. Hans mendekatinya dan mula membisikan sesuatu.

'Join je, lagipun kau boleh tahu siapa Sensei Han Nato dan Sensei Hiyana.' Kata-kata Hans membuatkan Samurai terfikir sesuatu.

"Baiklah. Aku setuju." Jawab Samurai. Walaupun dia sudah melepaskan kata-kata itu dari mulutnya, hatinya masih berat untuk menyertai kumpulan itu.

"Esok, kau datang ke alamat ni." Kata Kiy memberikan sehelai kertas.

Samurai hanya mengangguk.

♣️♣️♣️

Samurai dan kedua rakannya mula berangkat untuk ke alamat yang diberikan oleh Kiy semalam. Seperti biasa, Samurai mengupah seorang penungang kereta kuda untuk membawa mereka.

"Sudah sampai." Kata pakcik tua itu.

"Terima kasih. Ini upahnya." Samurai memberikan beberapa keping syiling perak kepada lelaki tua itu.

"Sama-sama." Kata pakcik itu dan terus beredar.

Samurai memusingkan badannya ke arah kedua rakannya. Walaupun sinaran matahari pada tengah hari itu sangat panas, mereka bertiga langsung tidak berganjak untuk masuk ke dalam.

"Ini ke dewan Guild Slayer?" Tanya Tom memandang ke bangunan dua tingkat di hadapannya.

"Aku dah tengok alamatnya. Ini lah dia." Jawab Hans.

"Jom masuk." Dengan beraninya Samurai membuka langkah.

"Sam!!" Panggil Hans.

Langkah Samurai terhenti. Oleh kerana terasa janggal dipanggil sedemikian dia menoleh memandang kawan baiknya, Hans.

"Sam, itu nama singkatan kau. Aku tahu, kau nak privacy . So, aku cadangkan itu nama kau." Sambung Hans.

"Baik. Aku terima." Samurai terus membuka pintu dewan yang setinggi dua tingkat itu.

Kerja yang dilakukan oleh semua pemburu dan pengembara di dalam dewan itu terhenti. Mereka mula memandang hairan kepada ketiga lelaki yang berada di pintu masuk itu.

"Ini Guild Slayer ke?" Tanya Tom. Sempat lagi dia menepikan rambutnya perlahan-lahan menunjuk macho.

"Ya, awak semua orang yang kami cari tu ke?" Tanya Vanessa di kaunter.

"Bukan kami, tapi dia." Hans menolak badan Samurai yang berada jauh sedikit dihadapan mereka berdua.

"Er...awak bertiga boleh naik ke atas ye." Ucap Vanessa menunjukkan tangga untuk ke tingkat dua.

Suasana dewan itu sunyi. Oleh kerana Samurai menutupi kepala sekaligus menutup mukanya, dia memberanikan diri untuk ke atas. Bunyi deruman tapak kaki Samurai menggegarkan persekitaran dewan yang sunyi itu.

The Last Demon Hunter [ HIATUS ]Where stories live. Discover now