[ 2. Gadis misteri ]

38 6 27
                                    

5 Tahun Kemudian


Klingg!!

Loceng yang berada di sebalik pintu itu berbunyi apabila seorang gadis memasuki sebuah dewan. Dia kelihatan tidak bermaya apabila membuka pintu dewan itu, badannya seperti didera oleh seseorang. Kesan lebam di kaki dan tangannya terlalu banyak.

Seorang lelaki sempat menangkap gadis tersebut sebelum dia jatuh ke lantai. Dari segi fizikal, badan gadis itu memang kurus kering bagaikan berminggu tidak makan.

"Cik, bangun!!" Lelaki tadi menampar perlahan pipi gadis itu.

"Will, boleh kamu bawa dia ke bilik rawatan?" Soal penjaga kaunter di situ.

Lelaki yang benama Will tadi menganggukkan kepala sahaja. Lalu segera dia membawa gadis tadi ke bilik rawatan.

Setelah sejam dirawat, gadis itu akhirnya sedar. Will yang berada di luar bilik mula masuk untuk melihat gadis tadi tanpa arahan sesiapa.

"Hai, awak okey? Apa yang boleh saya bantu?" Tanya seorang gadis yang menjaga kaunter tadi.

"K-kamu boleh tolong saya?" Soal gadis misteri tadi.

"Kami akan menolong sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan." Sampuk Will mengelap ibu jarinya di hidung.

"Oh, saya Will. Ini Vanessa." Will mula memperkenalan dirinya. Tangannya dihulur tanda bersalam.

"S-saya Jessie." Kata gadis misteri tadi menyambut huluran tangan Will.

"Boleh ceritakan pada kami, apa yang berlaku pada kamu?" Soal Will mula mendekati mereka berdua.

"Kami...kami diserang." Jawabnya. Matanya mula berkaca saat mengucapkan kata-kata itu.

"Kami diserang oleh sekumpulan makhluk yang kami tak kenal." Sambungnya lagi sambil mengusap air matanya.

"Baik, boleh kamu ceritakan bagaimana ia terjadi?" Soal Vanessa lagi ingin mengetahui lebih dalam.

"Kami berkhemah di Tasik Kristal dan malam itu kami diserang." Jawabnya.

"Noah dan Alan dimakan hidup-hidup tapi saya dan Lisa dijadikan alat mainan bagi mereka..." Sambung Jessie dan terus menangis teresak-esak.

"Bagaimana bentuk makhluk tu?" Tanya Will lagi bagaikan pegawai polis.

"D-dia bertanduk, berbulu dan..." Jessie memberhentikan ayatnya sebentar.

"Dan??" Vanessa dan Will pula menanti jawapan gadis malang itu.

"Ada ramai gadis menjadi mangsa di situ..." Jessie terus melepaskan air matanya mengenangkan nasib dia dan mangsa lain makhluk itu.

Vanessa yang berada dengannya mula menenangkan Jessie.

Will terdiam sebentar sambil berfikir.

"D-demon!!!" Katanya.

"Kamu pasti?" Tanya Vanessa.

"Kalau ia bertanduk dan membiak dengan manusia, ia mestilah Demon." Jawab Will yakin.

"Tapi, bukan ke ia telah dibunuh 10 tahun lalu?" Soal Will pada Vanessa.

Wanita itu menggelengkan kepalanya. Riak wajahnya memaparkan yang dia serba salah.

"Ramai pengembara sudah tidak membunuh makhluk itu kerana mereka menganggap makhluk itu sudah pupus. Tapi sebaliknya mereka semakin ramai membiak." Sampuk seseorang memasuki bilik rawatan itu.

"Sir Anthony." Kata Vanessa dan Will serentak.

Lelaki yang berusia dalam 50-an itu mencelah perbualan antara Vanessa dan Will tadi. Dia mula mengambil tempat duduk dihadapan mereka dan mula membakar cerutnya.

"Makhluk demon itu sudah kembali mengganas." Kata Sir Anthony.

"Apa patut kita lakukan?" Soal Vanessa.

Situasi bilik itu riuh dengan pertanyaan makhluk Demon yang muncul kembali walaupun makhluk itu dianggap pupus 10 tahun lalu. Will masih tertanya-tanya bagaimana makhluk itu boleh muncul semula.

"Pengembara kita, semakin ramai yang bersara. Kumpulan yang saya tubuhkan ini semakin berkurang ahlinya. Jadi, ada antara kalangan mereka kurang berpengetahuan pasal makhluk ini." Kata Sir Anthony. Ketua Guild Slayer ini.

"Jadi kita seharusnya mencari seseorang yang mahir membunuh makhluk ini." Sambungnya lagi.

Tasik Kristal, 1800 Petang.

Langkah seorang lelaki berhenti apabila melihat sebuah tapak perkhemahan yang ditinggalkan. Matanya melilau mencari siapakah yang meninggalkan tempat ini.

Langkahnya diteruskan bagi mencari di manakah dan siapakah yang mendiami tempat ini. Setelah beberapa minit mencari, tiada seorang pun berada di situ.

Kerana tidak berpuas hati, dia meneruskan perjalanan namun hanya beberapa saat sahaja langkahnya terhenti apabila dia terpijak sesuatu.

'Otak manusia? Kenapa ada bekas gigitan ni?' Soalnya sendirian.

zup!zup!zup!

Bunyi deruman tapak kaki semakin dekat mendekati lelaki tadi. Seekor makhluk bertanduk berlari mendekati lelaki yang masih leka berdiri memandang otak manusia yang merupakan umpan mereka.

Tangannya sudah siap memegang sebilah pisau kecil. Lidahnya terjelir keluar apabila melihat ada lagi hidangan yang berada dihadapan matanya untuk dimakan sebentar lagi.

Semakin dekat makhluk itu mendekati lelaki tadi. Dia terus melompat untuk menikamnya dan...

zuuuppp!!!!

Darah terpecik keluar apabila sebilah Katana tepat menusuk biji mata kirinya. Tak semena-mena makhluk itu kehilangan mata dan nyawa. Lelaki tadi mula bangun dan menendang makhluk yang masih melekat di pedangnya.

bukk!!

Jasad makhluk Demon itu menghempas pokok yang berada berdekatan. Kini semakin ramai makhluk tadi keluar mendekatinya. Lelaki yang memakai conical hat kepunyaan tok gurunya mula memandang ke arah sekumpulan Demon yang berlari ke arahnya.

'Ramai juga.' Gumamnya.

Tangannya kini semakin erat memegang pedangnya. Sekarang dia pula melarikan diri ke arah kumpulan makhluk tersebut sambil kedua matanya merah menyala.

'Mati.' Katanya sendirian.

BERSAMBUNG

The Last Demon Hunter [ HIATUS ]Where stories live. Discover now