[ 3. Penyelamat ]

24 6 9
                                    

Tasik Kristal, 1930 Petang.

"Baik semua, Demon merupakan makhluk yang tidak berhati perut. Mereka akan makan manusia hidup-hidup. Jadi  berhati-hati." Pesan Will kepada pasukannya.

Kini mereka berlima berada di tapak perkhemahan Jessi dan rakan-rakannya. Menurut maklumat daripada Jessie, masih ada lagi yang menjadi mangsa Demon.

"Vin, Kiy kamu berdua periksa di dalam khemah. Aku, Hazard dan Angelo akan masuk ke dalam rumah tu." Will mula memberikan arahan. Jari telunjuknya diarahkan ke rumah yang berada tidak jauh dari mereka berada.

Pasukan itu pun berpecah mengikut arahan Will. Setelah menyalakan cahaya, Vin dan Kiy hanya berkeliaran di sekitar tapak perkhemahan sahaja. Setelah beberapa minit mencari, mereka hanya menemui organ-organ manusia sahaja.

Kriieeekkk!!!

Pintu rumah banglo dua tingkat itu dibuka. Situasi dalaman rumah sama sahaja dengan situasi luar. Usang dan ditinggalkan. Perlahan-lahan Angelo menyalakan api pada obornya yang terus menerangi persekitaran mereka bertiga.

"Will, kau tak rasa hairan ke?" Soal Hazard.

"Hairan? Kenapa?" Soalan dibalas soalan.

"Iyelah, kenapa tempat ni sunyi je kalau ada Demon. Dalam pengetahuan aku, spesis Demon ni kalau nampak manusia, mereka akan serang je. Asalkan tempat tu gelap." Mata Hazard meliar ke tingkat dua rumah itu.

"Korang lambat." Sapa satu suara garau dari atas.

Ketiga-tiga lelaki tadi mendongak ke atas untuk melihat siapakah pemilik suara.

"Siapa kau?" Dengan beraninya Angelo mencelah.

"Tak penting." Katanya lalu terjun ke bawah.

Bamm!!!

Dentuman bunyi tapak kaki lelaki ini langsung mengegarkan rumah sunyi itu. Ketiga-tiga pemuda tadi hanya mengipas-ngipaskan tangan mereka menghilangkan asap dan debu.

Kini pandangan mereka sudah jelas. Kelihatan seorang lelaki berdiri di hadapan mereka memakai sut Samurai dari hujung kaki ke badan. Namun dia tidak memakai topeng Kabuto atau Shogun . Dia hanya memakai topi Conical dengan kedua matanya merah menyala.

"Kereta kuda akan datang ke sini. Semua mangsa Demon, aku dah kumpulkan. Ketua Demon dan sarangnya aku dah musnahkan." Kata Samurai menyimpan pedangnya.

*Gulp*

"Err...S-siapa nama tuan?" Soal Will ketakutan kerana dia dapat merasakan ada aura membunuh dalam diri lelaki itu.

"Tak payah panggil aku tuan." Samurai tidak menjawab persoalan lelaki tadi dan beredar meninggalkan rumah agam itu.

"Sombongnya." Bisik Hazard.

♣️♣️♣️

Tasik Kristal, 2044 Malam.

"Terima kasihlah sebab bagitahu saya awal-awal. Ini ketua yang ke berapa kamu bunuh?" Tanya seorang penunggang kuda yang diupah oleh Samurai.

"Ke sembilan." Jawabnya.

"Ouh, baiklah. Saya gerak dulu ye." Lelaki tua itu meminta izin.

Samurai hanya menganggukkan kepala. Manakala pengembara yang lain hanya menyaksikan sahaja situasi itu.

"Kau kata ini ketua yang ke sembilan kan?" Soal Kiy yang tidak berada jauh darinya.

Samurai tadi memusingkan badannya dan mula mendekati pasukan yang menyiapkan barang untuk beredar. Tangannya di silang di dada.

"Ya." Jawabnya sepatah.

"Kalau macam tu, boleh tak kau join Guild Slayer?" Tawar Will.

"Guild apa?" Tanya Samurai. Terbelit lidahnya untuk menyebut nama itu.

"Guild Slayer, ia menempatkan orang macam kita mencari dan membunuh makhluk yang menganggu manusia." Jawab Will.

"Maaf. Tak berminat. Aku lebih suka bergerak seorang diri." Samurai ingin beredar.

"T-tunggu!!" Jerit Will masih berdegil.

Dia memberikan sebuah kad kecil yang menunjukkan alamat Guild Slayer terletak. Samurai mengambilnya dan melihat isi yang tertera lalu muka Will dipandang semula.

"Macam mana? Berminat?" Tanya Will lagi tidak mahu mengalah.

"Aku akan fikirkan." Jawab Samurai dan mula berjalan meninggalkan pasukan itu.

"Kau tak nak tumpang ke? Lagipun dah malam ni." Panggil Hazard.

"Boleh juga." Peluang hanya datang sekali, jika dibiarkan dia mesti berjalan kaki seperti biasa. Akhirnya dia menaiki kereta kuda yang dibawa oleh Hazard.

BERSAMBUNG

The Last Demon Hunter [ HIATUS ]Where stories live. Discover now