[7. Ujian ]

26 6 14
                                    

Gua Chang'e, 2127 Malam.

Pasukan Samurai tadi meneruskan langkah mereka untuk ke Gua Chang'e. Rupa-rupanya, gua ini tidaklah jauh daripada Hutan Hitam lega sedikit hati kedua rakan Samurai.

"Sam? Ada plan?" Soal Tom menyalakan api pada obor.

"Dengar sini, aku akan masuk ke dalam dan bunuh kesemua makhluk tu. Kau dan Hans jaga luar takut-takut ada Demon yang baru balik dari memburu. Selesai aku membunuh, aku akan bakar tempat ni, kau akan aktifkan Dirt Wall atau Glacier Wall untuk halang api merebak." Panjang lebar Samurai mengatur plan.

"Ada soalan?" Tanya Sam memandang kedua wajah rakannya.

"Kalau ada mangsa?" Soal Hans.

"Aku akan panggil kau, lepas tu baru aku bakar gua ni dari dalam." Jawab Sam.

"Roger." Tom dan Hans mengangguk.

"Sunrise Lightning!!! Spread!!!" Tom mula menyeru fuison Api dan Halilintar. Kedua tangannya mula membaling sesuatu ke dalam gua.

Cahaya mula kelihatan menerangi dalam gua. Kedua mata Samurai mula bernyala kemerahan di sebalik topi sawahnya itu. Dia mula berlari laju mencantas kepala Demon satu demi satu bagaikan pembunuh psycho.

"Sam!! Ada mangsa??" Soal Hans.

Sunyi sepi tiada jawapan. Hans mula risau jika apa-apa berlaku pada rakan baiknya. Lain pula dengan Tom. Dia hanya berfikir bahawa Samurai adalah seorang yang handal membunuh makhluk itu.

tup! tup! tup!

Bunyi deruman tapak kaki seseorang mula menampar kedua gegendang telinga Hans dan Tom. Kelihatan Samurai sedang membawa seorang wanita yang merupakan mangsa Demon.

"Aktifkan Wall. Mereka semakin ramai!!" Jerit Sam lalu melompat keluar dari gua.

"Dirt Wall!! Spread!!" Tom mula menumbuk tanah menggunakan kedua tangannya. Muncullah sebuah dinding daripada tanah yang menutup gua dari dalam.

"Jangan risau. Mereka dah dibakar hidup-hidup dalam tu." Kata Sam memandang wanita yang dibawanya. Sehelai tuala menutupi gadis tersebut.

"Jadi, macam mana nak beritahu pada pihak GS?" Soal Tom.

Sam mula berfikir sebentar. Mukanya diangkat memandang gua yang sedang dijilat api dan dihalang oleh dinding ciptaan Tom.

*****

Kesemua penghuni  Guild Slayer terlopong apabila melihat ketibaan Sam dan kedua rakannya. Mereka tidak sangka, ini kali pertama pemburu Demon berjaya kembali dengan keadaan selamat. Walaupun keadaan Sam dan kedua rakannya tercungap-cungap, mereka masih selamat.

"K-kamu okey?" Soal Vanessa.

dupp!!

"Ini tanda kami okey." Jawab Samurai apabila sebuah kepala Demon spesis Big diletakkan di atas meja kaunter itu.

Kesemua pemburu dan pengembara terkejut. Bagi mereka seorang pemburu tidak mungkin mampu memenggal kepala makhluk ini apatah lagi mencederakannya. Beberapa pemburu terhandal di sana mula mendekati Sam termasuk Sam.

The Last Demon Hunter [ HIATUS ]Where stories live. Discover now